JAMIL OH JAMIL

62 8 4
                                    

Hidup akan terasa lebih mudah jika tidak mencampuri urusan orang lain yang tidak ada kaitan dan itulah yang selalu diikuti oleh Farhan sekurang-kurangnya sehinggalah hari itu.Jam itu.
Di tempat tersebut.Prinsipnya selalu memperingatkan agar jangan suka mencampuri urusan orang lain tetapi rasa hatinya selalu benar mengkhianati.

Mengikhlaskan si buah Khuldi di taman larangan itu sudah cukup sukar dirasakan dan kini di hadapan matanya sendiri berlaku kejadian yang paling ditakutinya selama ini.

Si Tampan Yoo Si Jin itu menjelma menjadi satu susuk tubuh berbaju Melayu dengan sampin serta songkok yang mengeraskan suara bertanyakan di mana butang bajunya!

Farhan meraup wajahnya yang mendadak terasa panas dingin itu dengan hati paling jengkel pernah dirasakannya.Dia tahu sangat tidak wajar dia mencampuri urusan orang lain tetapi walaupun pahit dan memalukan,Farhan sedar segala prinsip dan moralnya akan tunggang-langgang sehingga perlu ditala semula jika ia menyangkut susuk bernama Naifa Zahra itu.

Hendak ditinggalkan,kakinya enggan memberikan kerjasama tetapi sebaliknya melangkah ringan ke arah pasangan tersebut yang sedang berpegangan tangan memasuki sebuah premis menjual barang kemas.

Masa cutinya hanya berbaki satu minggu sebelum dia terjun lagi ke dalam kesibukan yang tiada penghujung.Lagi pula berlama-lama di kampung hanya membuatkan fikirannya kembali tidak keruan.Baki seminggu untuknya mengeset semula fikiran dan fokus kepada perkara-perkara yang lebih penting.

Dan apa yang dilihat dalam tempoh masa bertenang begitu? Si Jamil Lidah Bercabang!

Farhan tunduk menyembunyikan wajah sambil berpura-pura menekuri deretan barang kemas yang terpamer di dalam rak berkaca itu dan dalam masa yang sama memasang telinga.Mencari bilik air katanya lalu meninggalkan wanita tersebut berseorangan di rak pameran sebelah.

"Hai.." senyum diramahkan dan raut wajah bersahaja dipamer" Is that Eric?"

" Hai..you know my husband?"

Dia menggaru keningnya yang tidak gatal sambil menatap sekilas bingkai wajah wanita tersebut.Matanya jeli dan bersinar.Berkulit cerah dengan roman wajah yang manis jika sahaja di dahinya telah tercetak dua patah perkataan yang  anehnya perkataan itu hanya boleh dilihat oleh Farhan seorang sahaja.

KASIHAN NAIFA.

" Sudah tentu,puan.I am Farhan,by the way.."

" Gembira dapat berkenalan dengan En.Farhan."

"Saya juga puan.Tapi maaflah saya tak dapat menunggu suami puan.Saya ada hal sikit.Send my regard to him,will you?"

Wanita tersebut menganggukkan kepala dan Farhan segera menyelit keluar dari celah pintu dengan perasaan yang bercampur-aduk.

+                +                 +

Apa masih belum cukup lenyekkah aku ini digilis oleh dugaan yang tidak ada penghujungnya? Begitu Farhan sempat mendongak ke arah langit buat beberapa detik ketika melihat seseorang melintas di hadapannya tanpa menoleh ke kanan atau ke kiri.

Menerima tawaran jawatan sebagai pembantu profesor di sebuah pusat pengajian rupanya masih belum cukup untuk memutuskan magnet aneh antaranya dengan buah Khuldi di taman larangan itu.Sangkaannya dengan mengikhlaskan sahaja segalanya kepada kehendak takdir dan keadaan akan kembali seperti sediakala sangat jauh meleset.

Hari itu si buah larangan itu benar-benar berada di hadapan matanya!

Ribut dalam kepalanya belum reda akibat kejadian  beberapa hari sudah dan bayangan wanita yang sarat mengandung itu selalu membuatkan Farhan seperti diserang demam panas.Yang nyata,hendak dikata salah.Hendak didiamkan,juga bukan satu tindakan yang betul.

My Dear LoserWhere stories live. Discover now