HAZER DARI NERAKA II

115 11 6
                                    

Berbeza daripada orang lain hanya berakibat sesuatu dan ia tidak lain tidak bukan membuatkan  seseorang itu lebih mudah dikenali.Seperti seekor kambing hitam dalam segerombolan kambing putih ataupun seekor  bangau dalam sekumpulan gagak.Mudah kelihatan walaupun dari jauh!

Seperti itu keadaan Naii adanya.Insiden dia berani menongkah arus dengan mempersoalkan tindakan para senior dengan pantas menaikkan popularitinya.Bukan popular seperti artis papan atas dek kerana jualan album yang mencecah jutaan ringgit melainkan popular kerana menjadi pencetus kepada sekumpulan pemberontak dalam pandangan para senior terutama sekali kumpulan senior berbaju merah itu.Bahkan jauh lebih teruk,orang yang tidak tahu apa-apa seperti Amei turut terkena tempias.

Jika Naii berjalan,setiap pelajar junior seangkatannya akan segera menepi dan pelajar senior pula meliriknya tidak ubah seperti lirikan yang diterima oleh seseorang yang lupa memaķai face mask dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.Dicurigai dan dipandang serong belaka.

" This  freshman gathering is nothing more than a bunch of crap.Hazing in disguise!"

Naii angkat kening sambil menatap bingkai wajah Raez yang masam mencuka.Adegan di anjung kafeteria di mana beberapa orang pelajar junior sedang mengepak-ngepak sayap dan berkokok riuh seperti gerombolan ibu ayam yang baru bertelur sementara para senior yang diketuai oleh Farhan tampaknya sedang menikmati senario itu
membuatkan pandangan mata Raez semakin sengit.

Tuan-tuan dan puan-puan..

Perkenalkan anggota pertama yang secara sukarela bernaung di bawah panji pemberontak minggu orientasi.Muhammad Raez  bin Muhammad Hanif.Pelajar baru Fakulti Sains Sukan yang tampangnya selalu kelihatan seperti komando yang baru menerima arahan untuk melepaskan tembakan One Shoot One Kill oleh sang ketua operasi.Tinggi lampai dan berbahu tegap sesuai dengan pengkhususan yang bakal diambilnya.Daripada tona kulit dan rangka tubuhnya,Naii tahu acara padang dan balapan adalah kemahiran pemuda itu.

Daripada caranya menghulur botol mineral water kepada Naii dua hari lepas,jelas dia sememangnya cukup anti dengan para senior berbaju merah itu maka ketika Naii menyudahkan lariannya mengelilingi padang,selain Amei-Raez adalah salah seorang daripada para pelajar junior yang mendatanginya dengan membawa sebotol air.

Tapi apabila disebut 'salah seorang' ,usah membayangkan bahawa ada ramai pelajar junior yang menyebelahi Naii kerana hakikatnya mereka hanya bertiga.Amei yang sudah beberapa kali menjadi mangsa para gerombolan Hazer Dari Neraka itu dan Naii sendiri.Amei barangkali kerana mereka rakan sebilik sementara Raez jelas tidak berkenan dengan penindasan begitu maka dia menyertai Naii dengan sukarela.

" Jomlah..."Amei pantas berdiri seraya menyapu seluarnya lalu berlari anak menuju ke tengah padang.Naii bangkit dari kejap silanya di atas tangga astaka lantas mengekori Amei.

Dan sebaik sahaja Farhan dan konco-konconya bergerak ke tengah astaka setelah para senior yang lain memastikan para junior berkumpul seperti biasa,Raez kembali semula ke sebelah kanan disambut pandangan aneh oleh para junior yang lain.Namun pemuda itu berlagak selamba tanpa memperdulikan mereka yang lain-lain.

Jika burung helang mengawasi daerah mereka dengan berlegar-legar tinggi nun di atas udara,gerombolan hazer sang polis minggu orientasi ini pula berlegar dengan memasang tampang ketat dan tidak bersahabat.Bagaikan sekumpulan burung hering yang mengawasi haiwan penziarah di padang rumput Masai Mara.Mengerubungi sesiapa sahaja yang mengap-mangap menahan panasnya musim kemarau lalu menggerogoti mereka sehingga menyisakan tulang dan kulit.

Malang melintang 44 kali ! Naii yang sudah beberapa kali meneguk air liurnya yang terasa kelat akibat duduk bersila di tengah selaran matahari yang masih terik ikut terperanjat sehingga bahunya terlonjak akibat lengkingan suara Farhan di sebelah kanannya.

My Dear LoserWhere stories live. Discover now