HAZER DARI NERAKA

101 11 5
                                    

Aduhai...Naii hanya mampu menghembuskan nafasnya berat.Tidak tahu hendak mengatakan apa-apa.Aku sudah terlalu tua untuk hal-hal begini !

Tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk Naii memahami bahawa berada di situ dia terpaksa melalui sekali lagi hari-harinya sebagai seorang junior!

Seperti selayaknya seorang junior,mereka perlu mematuhi segala peraturan universiti dan arahan lisan daripada sekumpulan pelajar senior dalam suatu sistem yang mereka namakan sebagai STARS

Bintang??

Jauh panggang dari api.

S.
SENIORITI

T.
TRADISI

A.
ARAHAN

R.
RESPONSIF

S.
SAHSIAH MURNI

Lima huruf itulah yang menjadi punca Naii pening kepala hampir setiap petang.Sama seperti hari ini.
Ratusan pelajar junior berkumpul di tengah padang universiti hanya untuk dimarahi dan dibebeli tanpa sebab yang jelas.

Duduk saling bertemu lutut seperti segerombolan banduan yang menunggu hukuman.Barangkali pelajar senior ini terlalu sayangkan pelajar junior sehingga mereka tidak mahu para junior kekurangan vitamin D maka kerana itulah mereka terus memberikan para junior vitamin tersebut langsung daripada sumber utamanya yakni matahari.

Hanya setelah matahari betul-betul condong ke barat barulah padang tersebut redup namun ketika itu aktiviti petang sememangnya sudah tamat dan sehingga itu,tadahlah sinar matahari yang terasa menyengat kulit.

Walapun menyarung baju yang sama berupa kemeja berwarna putih dengan tulisan STARS yang besar pada bahagian belakang,mereka dibezakan oleh tanda nama bersaiz separuh F4 yang dikalungkan ke leher.Dimulakan dengan satu huruf bagi mewakili fakulti masing-masing dan diikuti oleh empat nombor pengenalan masing-masing.

Seperti Naii adanya.SP-5055.Merupakan pelajar yang ke lima ribu lima puluh lima fakulti Sains dengan pengkhususan Perubatan semejak universiti ditubuhkan.Dan jika dihitung dari kiri ke kanan ,pasti ada ratusan lagi pelajar yang akan memulakan pengajian di universiti ini.

Pakaian? Tidak ada masalahnya dengan itu.
Arahan? Naii juga tidak hairan tetapi yang menghairankan ialah arahan tersebut mulai bertukar mengarut dan tidak masuk akal !

Contohnya petang semalam.Salah seorang daripada junior fakulti kejuruteraan dihukum 10 kali tekan tubi hanya kerana tertangkap ketika menepuk seekor nyamuk! Dan hukuman tersebut bersandarkan kepada kenyatan kononnya nyamuk tersebut kepunyaan para senior dan tidak ada sesiapa pun boleh membunuhnya melainkan mereka sahaja!

Alasan apakah???

Huh...dia tak tahu sudah berapa puluh nyamuk aku spray dengan Ridsect kelmarin gara-gara Amei lupa menutup tingkap bilik semasa perhimpunan malam, Naii mengetap giginya geram! Siap tenyeh dengan ibu jari lagi.

Dan perkara paling tidak disukai Naii adalah mereka perlu mendapatkan tandatangan para senior di fakulti masing-masing hujung minggu nanti.Bermakna berbaki hanya 4 hari.Bayangkan sahaja ! Fakulti Sains sahaja sudah ada belasan.Bayangkan pula untuk mendapatkan semua tandatangan para senior.

Itu baru memikirkan tentang belasan fakulti .Belum lagi memikirkan untuk mendapatkan tandatangan tersebut para junior perlu mematuhi arahan yang kadang-kadang absurd dan melampau.Amei dengan wajah merah padam petang semalam diminta untuk menyanyikan lagu Siti Nurhaliza di tengah kafeteria yang penuh sesak membuatkan dia menjadi tontonan semua orang.Dapat bayangkan tidak Song Ji Hyo nyanyi lagu Cindai? Ke laut!

My Dear LoserWhere stories live. Discover now