Bab 1

3.7K 117 23
                                    

"Is! Boleh tolong mak belikan santan tak?!"jerit Mak Piah kepada anak perempuannya.

"Boleh. Nak duit"Is menyuakan tangannya ke arah Mak Piah.

"Nah"Mak Piah terus menyerahkan sekeping duit RM10.

"Ok, terima kasih ya mak atas pemberian ini. Is pergi dulu ya"

"Yerr"balas Mak Piah.

Ishtar terus mengayuh basikalnya dengan laju, menghiraukan orang yang lalu.

Dengan secepat mungkin dia akan pergi dan pulang selepas membeli barang.

Kerana takut akan orang-orang jahat yang berlegar-legar. Sudah banyak kes rogol yang melibatkan remaja perempuan. Itu yang menjadi ketakutannya.

Dirinya juga dipesan oleh ayahnya, supaya tidak berlama-lamaan di luar.

Usai membeli barang keperluan dia terus beredar dari situ.

Sedang dirinya ingin pulang mengayuh basikal...

"Boom"tayar basikalnya pancit membuatkan dirinya berasa takut dan gelisah.

"Aduhai, waktu sekaranglah kau nak pecah. Mak aku nak kena masak makan malam. Tambah lagi hari nak hujan"

"Aku takut kau tahu tak. Kau nak aku jadi mangsa tak sepatutnya ka basikal?"sambung Ishtar beserta keluhan.

Dia terus turun dan menuntun basikalnya. Tanpa dia sedari, ada orang memerhatinya dari jauh.

Sesiapa itu tidak pasti. Mungkin seseorang yang dikenali atau mungkin tidak.

Setibanya dia di rumah, dia terus memberikan plastik yang berbungkus santan kepada emaknya.

"Is, kenapa lambat sangat sampai rumah? Kamu tahu tak mak risau. Selalunya kamu cepat sampai rumah. Tak lama-lama sangat dekat luar tu"

"Lepas balik dari beli santan tadi,tayar basikal Is pancit"ujar Ishtar kepada Mak Piah.

"La, macam mana boleh pancit pulak?"

"Manalah orang tahu"

"Hurmm tak apa la. Nanti bagitahu ayah suruh tukar tayar basikal tu"ujar Mak Piah.

"Ok mak"Ishtar terus berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.

************************************

"Apa yang kau nak dari aku?"soal Eidlan.

"Tak...Tak ada apa-apa"ujar lelaki itu terketar-ketar sambil menggelengkan kepalanya.

"Kalau kau tak ada apa-apa nak cakap..."

"Kenapa kau berdiri depan aku sekarang?!"Eidlan terus menengking lelaki itu.

"Erm, sebenarnya aku nak pinjam duit"akhirnya terkeluar apa yang dihasratkan.

"Haih, yang kau tahu pinjam duit. Tapi tak pernah pulak bayar balik"

"Aku janji. Ni last aku pinjam dekat kau. Lepas ni aku bayar balik"ujarnya untuk meyakinkan Eidlan.

"Semua janji kau aku tak percaya. Kau tahu tak yang kau dah hutang 1 juta. Ni pun kau nak pinjam dekat aku lagi"Eidlan tersenyum sinis.

"Kau kena percaya dekat aku. Lepas aku dah dapat balik duit aku, hasil dari pelaburan, aku akan bayar dekat kau balik"

"Tolonglah"sambungnya lagi.

"Kalau nak aku percayakan kau boleh, tapi ada syaratnya"Eidlan cuba berunding dengan lelaki tua itu.

"Apa syaratnya? Aku akan buat"ujar lelaki itu.

"Syaratnya, kau perlu bayar 500 ribu dulu. Sebahagiannya dari hutang kau. Dan baru aku bagi kau pinjam lagi"

"Erk"lelaki itu terkedu.

"Kenapa tak boleh? Tadi cakap boleh buat apa sahaja"

"Masalahnya sekarang..."belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya.

"Aku tak ada masalah. Yang ada masalah sekarang ni ialah kau"

"Dah aku malas nak cakap. Kau pergi cari dulu duit yang aku nak, kemudian kau datang sini balik. Aku akan pinjamkan duit untuk kau. Berapa yang kau nak aku akan bagi"

"Tapi.."lelaki itu mencuba lagi.

"Tak ada tapi-tapi"

"Kau boleh keluar. Aku ada banyak kerja lagi yang nak diselesaikan. Aku bukan jenis yang goyang kaki then duit jatuh dari langit"

"Aku datang sini nak pinjam duit! Kau bagi jerlah! Apa yang susah sangat!"jerit lelaki tua itu kepada Eidlan.

"Kau!"Eidlan terus menepuk meja dengan kuat.

"Bila aku cakap elok-elok dengan kau, kau pijak kepala aku, ya?"

"Hei, kau ingat kau siapa"ujar Eidlan lagi.

"Tengking-tengking bagai. Kau tahu kan aku siapa. Kau nak orang aku bunuh kau sekarang juga?"

"Maafkan aku"ujar lelaki tua tersebut. Sedar akan keterlanjurannya.

"Tapi kali ni aku akan lepaskan kau atas satu sebab. Aku buat semua ni bukan sebab aku kesian tapi disebabkan aku labur duit aku dekat kau sampai 1 juta. Tak akan aku nak sia-siakan duit sebanyak tu pulak kan?"

"Kau nak tahu kenapa aku nakkan balik 1 juta tu?"lelaki itu teragak-agak untuk menganggukkan kepalanya.

"Sebab aku tak mahu duit aku hilang dengan orang yang tak berguna macam kau"kepala lelaki tua tersebut ditunjal.

"Duit tu sebenarnya lebih baik dilaburkan untuk memperbesarkan dan meluaskan empayar keluarga aku"

"Bukannya kepada orang yang tak berguna macam kau"

"Dan sekarang kau keluar dari sini, sebelum benda buruk yang lebih teruk jadi dekat kau"

"Bb...baik"lelaki itu terus beredar.

"Erghh,menyusahkan"Eidlan terus mengusutkan rambutnya. Pening dengan masalah yang menimpanya.


Maaflah author buat bab 1 pun dah emosi bagai....sebelum keluar jangan lupa vote tau...penting sebagai semangat dan support supaya author terus membuat karya yang baru untuk anda semua....tq kepada yang memberi kerjasama

Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now