Bab 13

1.1K 62 1
                                    

"Mak kenapa mak tinggalkan Is?"Ishtar menangis di sebelah jenazah Mak Piah dan Pak Rashid.

"Ayah?Ayah tak sayangkan Is?"

"Mak,ayah Is dah tak ada siapa yang nak ambil berat pasal Is dah"dia menutup mukanya dan menangis dengan sepenuh hatinya.

"Dah tak ada yang nak sayang Is"ujar Ishtar lagi.

"Is sabar ye nak"ujar Mak Cik Yah,jiran sebelah rumahnya.Sambil mengusap lembut belakang Ishtar.

Jenazah Mak Piah dan Pak Rashid sudah dibawa ke rumah untuk disembahyangkan.

Itu atas permintaan Ishtar sendiri.Kali terakhir dia dan keluarganya akan bersatu di rumah itu.

"Yah bawak si Is ni ke bilik.Tak baik meratapi orang yang dah tak da"ujar suami Mak Cik Yah.

"Baik abang"

"Is,jom kita masuk bilik.Basuh muka ya.Lepastu solat zohor.Is boleh doakan supaya mak dan ayah Is tenang dekat sana"

Is kemudian hanya berdiam diri.Hanya mengikut langkah Mak Cik Yah.

"Is pergi cuci muka ya nak.Kalau boleh bersihkan diri juga.Mak Cik tunggu dekat luar ya.Kalau ada apa-apa panggil ja"

"Hurm"Ishtar menganggukkan kepalanya perlahan.Tombol pintu dibuka.Kakinya terus melangkah mencapai kain tuala dan terus pergi ke arah bilik air.

Setelah selesai dia terus menunaikan solat.

"Ya Allah,kau permudahkan segala urusan kedua-dua ibu bapaku ke dalam syurgamu.Aku sangat menyayangi mereka ya Allah"

"Mereka yang membesarkan ku.Memberiku pelajaran yang cukup.Ya Allah kau permudahkan lah"

"Amin amin ya Rabbal Alamin"Ishtar terus mengaminkan doa.

Dengan muka yang sedikit sembap dia keluar dari bilik.Jenazah mak dan ayahnya akan dikebumikan selepas asar.

"Is mari.Tengok mak dan ayah kamu kali terakhir"ujar suami Mak Cik Yah.

Ishtar terus melutut di sebelah maknya kemudian mencium keseluruhan wajah Mak Piah.

"Mak,Is sayang mak tau"bisiknya perlahan.

Ishtar kemudiannya pergi ke arah Pak Rashid pula.

"Ayah Is sayang ayah sangat ii.Tak terkira"

"Ayah pergi dengan tenang ya"

Ishtar terus mencium keseluruhan wajah ayahnya.

Buat kali terakhir.Akhirnya gugurlah kembali air matanya yang tadinya tertahan.

Dia dengan cepat bangun dan menjauhkan diri dari jenazah.Dia sudah redha dan melepaskan apa yang sudah terjadi.

Penduduk kampung mula menutup wajah jenazah dan bersedia untuk disembahyangkan.

Selepas itu,waktu pengebumian tiba dan jenazah dibawa ke tanah perkuburan yang terdekat.

"Is sabar yer..Mak cik ada untuk kamu"ujar Mak Cik Yah.

Ishtar hanya menganggukkan kepalanya.Fikirannya sudah menerawang jauh.Entah apa yang dipikirnya.Hatinya sudah melayang pergi,jiwanya seperti sudah mati.

Jenazah Mak Piah dan Pak Rashid diletakkan bersebelahan.Di dalam satu liang lahad.

Akhirnya selesai urusan pengebumian dan penduduk kampung mula beransur-ansur pulang.

Ishtar pula masih duduk menghadap kubur mak dan ayahnya ditemani Mak Cik Yah.

"Mak...Is dah kena balik ni.Mak dengan ayah duduk dekat sana dengan tenang tau.Is nak mintak diri dulu.Sayang mak ayah.Assalamualaikum"

"Mak Cik jom kita balik"ujar Ishtar.

"Ok,jom"Mak Cik Yah memimpin tangan Ishtar supaya berdiri.

Kemudian dia menggulung tikar yang diduduki oleh Ishtar sebentar tadi.

"Jom"ujar Mak cik yah sekali lagi kemudian berjalan seiringan dengan Ishtar.

Dan tiba-tiba...

Ishtar rebah di situ dan berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

"Is!"jerit Mak Cik Yah.

"Tolong!"

"Tolong!"jeritnya lagi untuk meminta bantuan.

"Eh,kenapa ni Yah?"soal suami Mak Cik Yah.Dibelakang suaminya terdapat dua orang lelaki.

"Bang,Is pengsan ni"

"Allahuakbar"

"Ehermm.Anak ii ni boleh tak tolong angkat anak jiran Pak Cik ni?"

"Boleh Pak Cik.Biar saya yang angkatkan"ujar salah seorang daripada dua lelaki itu.

"Terima kasih nak.Kamu bawak kereta kan?"

"Ya"

"Baiklah.Kamu bawak Is ni ke hospital dulu.Pak Cik dengan Mak Cik akan menyusul.Pak Cik datang ke sini naik motor ja tadi"sementara suami Mak Cik Yah memberi tahu keadaannya,lelaki itu mengangkat Ishtar.

"Baiklah Pak Cik.Kami bawa dia dulu"

"Baik"

Dua orang lelaki itu terus beredar dari situ.

"Yah kamu sekejap lagi kalau dah sampai rumah terus pergi rumah Is ambil baju-baju dia.Kalau semua dah siap kita terus pergi hospital"

"Baik abang"







Ha korang dah baca kan vote jerlah....free ajer jangan kedekut okey👌.

Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now