Bab 21

948 43 2
                                    

Sebulan berlalu,Ishtar sudah kembali ke rumahnya.Rumah yang ditinggalkan hampir sebulan lebih.

Selama berpantang,dia tinggal di rumah Mak Cik Yah.Tidak langsung menjejakkan kaki ke rumahnya.

Hanya Mak Cik Yah yang ke rumahnya mengambil bajunya.

"Rindunya dengan bau rumah ni"Ishtar melihat keadaan rumahnya.Bersih.Tiada habuk.Mungkin Mak Cik Yah yang mengemas rumah.

"Rindu dekat mak ayah"

"Rindu sangat-sangat dengan suasana rumah ni"Ishtar berdiri di hadapan almari hiasan yang mempunyai piala dan gambar mereka sekeluarga.

"Mak,ayah Is nak dapat keputusan periksa dah nanti.Mak mesti gembira kan kalau Is lulus"

"Tapi mak tak dapat nak teman Is ambil keputusan.Nampaknya kali ni Ishtar kena pergi sendiri"

"Is nak ajak Mak Cik Yah tapi Is tak mahu susahkan dia dah.Mesti dia rasa terbeban sepanjang jaga Is sakit"

"Mak dah pesan supaya Is tak susahkan sesiapa"

"Mak,mak marah tak kalau Is mengandung anak luar nikah?"

"Mak dan ayah boleh terima kalau dapat tahu Is mengandung?"

"Is rasa mak dan ayah mesti kecewa dengan Is"

"Is tak pandai nak jaga kehormatan Is"

"Is tak pandai nak jaga diri dengan baik"

"Tapi anak Is dah masuk syurga.Is rasa bersalah sebab tak bagi dia merasa dunia ni"

"Tapi satu ja Is fikir kalau anak Is hidup,dapat tak dia terima dia tak ada ayah?"

"Nama dia tak berbinti atau berbinkan ayah dia"

"Kesian dekat dia.Ini semua salah lelaki yang rogol Is"

"Mak,ayah maafkan Is yer"Ishtar menangis.Sungguh perit yang dia rasakan sekarang.

************************************

"Mak! Ayah!"

"Is"panggil Mak Piah dengan lembut.Digendongannya terdapat seorang bayi.Dan disebelahnya terdapat Pak Rashid.

"Mak,ni siapa?"soal Ishtar.

"Ni anak kamu Is"

"Anak Is?"

"Ya sayang.Mak tak sangka mak dah dapat cucu"

"Mak tak marah dekat Is?"

"Tak.Ni bukan salah Is.Mak tahu ini bukan salah Is"

"Maafkan Is mak...ayah.Is dah tipu tentang apa yang berlaku dekat Is"

"Tak apa"

"Is,mak ada satu permintaan"Ishtar terus memandang tepat ke arah wajah emaknya.

"Apa dia mak?"

"Mak nak Is terima Eidlan"

"Siapa Eidlan?"

"Dia tulus mencintai Is.Dia mampu bahagiakan Is"

"Mak dengan ayah pergi dulu.Mak dan ayah sayang kamu.Assalamualaikum"perlahan-lahan Mak Piah dan Pak Rashid berlalu pergi.

"Mak dengan ayah nak pergi mana?"

"Mak!Ayah!"jerit Ishtar.

"Jangan tinggalkan Is"

"Tolong,jangan tinggalkan Is"

Ishtar terus terjaga dari lenanya.

"Allahuakbar"Ishtar meraup mukanya.

"Aku mimpi ja"

"Ingatkan betul tadi"

"Tapi siapa Eidlan?"

"Kenapa mak suruh aku terima dia?"

"Haihhh"Ishtar mengeluh.

Dengan perlahan dia bangun dari katil dan berjalan ke arah dapur.

Dia lantas membuka lampu dan bergerak mengambil gelas di rak.

Ishtar meminum air dengan rakus.Setelah selesai,dia meletakkan gelas di sinki dan kemudian membasuhnya.

Sedang dirinya sibuk mencuci cawan, kedengaran pintu diketuk dengan kuat beberapa kali.

Dia terus melihat jam yang digantung di dinding dapur.Jarum menunjukkan pukul 2 pagi.

Hal itu membuatkan Ishtar berada di dalam ketakutan.

"Siapa pulak ketuk pintu rumah ni?Awal lagi kut?"

Walaupun takut,dia merasa ingin melihat siapa yang mengetuk pintu rumahnya seawal ini.

Dia terus berjalan ke arah pintu.Menyarungkan tudung kemudian mengambil kunci pintu dan perlahan-lahan membukanya.

Ternampak seorang lelaki berdiri dihadapan pintu.Serba hitam bajunya.Mukanya menghadap lantai rumah Ishtar.

"Encik siapa ya?"soal Ishtar berani.Lelaki itu terus mengangkat mukanya.

Alangkah terkejut dirinya apabila melihat wajah yang dia takuti.

"Hai,bakal isteri abang"ujar Mikha anak Puan Maimunah beserta senyuman.

"Abang Mikh"ujar Ishtar.Dirinya sudah sedikit cuak.Lelaki yang dia ingin jauhi datang berdiri di hadapannya.

"Hai,sayang"Mikha mula mendekati Ishtar.

Ishtar pula bergerak ke belakang menjauhi Mikha.

"Sihat?Abang rindu dekat sayang sangat-sangat"

"Sayang rindukan abang tak?"

"A....abang Mikh.Ttt...tolong jangan dekat.Tolong jangan masuk rumah"Ishtar mula memegang tombol pintu.Bersedia untuk menutupnya.

Belum sempat Ishtar menghempas pintu,Mikha sudah menahan pintu itu daripada ditutup.

Ishtar terus berlari masuk ke biliknya dan terus mengunci pintu.

"Hey,sayang"

"Kenapa lari dari abang ni?"

"Tolong pergi dari sini!"Ishtar menjerit.

Seluruh badannya bergetar.Takut mula menguasai diri.

"Sayang, bukaklah pintu ni"

Sedang Mikha sibuk memujuk Ishtar supaya membuka pintu.....

"Woiiii,kau keluar sekarang!"jerit seseorang.

Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now