Bab 35

956 43 1
                                    

"Kau nak cakap apa?Apa sebab kau nak jumpa aku?"soal Ishtar dengan tegas membuatkan Maisurah terkedu.

"Is, tolong maafkan aku.Aku tahu aku salah.Aku terlalu pentingkan diri"

"Aku tak ada langsung keberanian nak halang mama aku"

"Aku tak berani nak tegakkan keadilan.Aku tahu aku salah sebab tikam belakang kau"

"Tolong maafkan aku"

"Kenapa kau buat aku macam ni Maisurah?Aku terlalu sayangkan kau.Kau satu-satunya kawan aku"

"Dan aku dah anggap kau macam darah daging aku sendiri.Tapi kau....apa balasan yang aku dapat?Apa Maisurah,balasan yang aku dapat?"Ishtar menangis.Yang dirasakannya sekarang adalah sakit.

"Tolong maafkan aku.Aku tahu aku salah"

"Susah untuk aku Maisurah.Dan aku rasa kau tahu yang abang kau dah bunuh mak dan ayah aku"Ishtar mengelap air matanya.

"Apa?"

"Abang aku bunuh..."

"Kau tak payah buang masa aku lah Maisurah"

"Ya Allah,Is.Sumpah demi Allah aku tak tahu soal ni"

"Aku tahu kau nak back up abang kau kan?"

"Tak,Is"Maisurah menafikan apa yang dicakapkan oleh Ishtar.

"Is untuk pengetahuan kau,dia dah keluar dari rumah aku sejak kau tolak niat dia untuk jadikan kau sebagai isteri"ujar Maisurah.

"Ya,aku bohong dengan kau yang dia sambung belajar"

"Dan aku di sini nak minta maaf atas apa yang pernah mama aku dan aku lakukan dekat kau"

"Mama aku ada berniat nak hancurkan keluarga kau...tapi alhamdulillah aku sedar dan aku halang mama aku dari buat macam tu dekat keluarga kau termasuk diri kau sendiri"

"Tapi aku tersilap langkah.Aku nak keluarga aku bahagia dan aku terpaksa ikut kata mama aku"

"Iaitu jadikan kau sebagai korban"

"Mai...."Ishtar tergamam.

"Aku tahu kau takkan maafkan aku atas apa yang aku buat.Apa yang keluarga aku buat"

"Dan aku dah tak mampu nak cakap apa lagi.Itu kehendak kau.Aku dah tak mampu nak cakap apa"

"Sekali lagi,maafkan aku.Assalamualaikum"ujar Maisurah lalu pergi dari situ.

Ishtar hanya mampu melihat Maisurah pergi dari situ...dan akhirnya terjelepuk di atas lantai.

Eidlan terus berlari ke arah Ishtar.

"Kau ok?"soal Eidlan sambil melihat wajah isterinya.

Sebenarnya,dia memerhati dari jauh apa yang terjadi.Dia tahu masih tidak ada yang selesai antara mereka.

"Tak...."Ishtar menangis teresak-esak.Eidlan terus memeluknya erat.

"Maafkan aku sebab buat kau macam ni"ujar Eidlan.

"Maafkan aku,sebab bawa dia ke sini"

"Saya....dah maafkan dia.Tapi saya tak mampu nak cakap"ujar Ishtar beserta tangisan.

"Dia dah pergi"

"Tak apa.Nanti aku bawak kau jumpa dia"pujuk Eidlan.Di dalam hatinya mulai lega kerana Ishtar sudah mulai selesa dengan dirinya.

"Dah,kau jangan nangis lagi.Hati aku jadi sakit bila tengok kau macam ni"Eidlan mengelap air mata di wajah Ishtar.

"Hurmm"Ishtar menganggukkan kepalanya.

"Kau nak jalan atau nak aku dukung kau,wife?"soal Eidlan apabila melihat Ishtar mulai tenang.

"Apa?"Ishtar masih dalam dunianya.

"Tak ada apa pun"tanpa berlengah,Eidlan terus mengangkat Ishtar.

"Eh"

"Kenapa kau angkat aku ni?"soal Ishtar.

"Kau still nak guna ayat aku kau dekat aku?"

"Kau nak panggil aku husband atau aku cium mulut kau sekarang?"

"Tapi aku..."belum sempat Ishtar menghabiskan ayatnya...

"Aipp"tegur Eidlan.

"Kalau aku panggil kau husband?Kau nak panggil aku apa?"soal Ishtar.

"Wife of course.Because you are my wife"

"So,wife...can you call me husband?"

"Nope"Ishtar menggelengkan kepalanya.

"Cupp"tanpa sedar Eidlan memulakan langkahnya.

"Eeeee"jerit Ishtar sambil mengelap mulutnya.

"So,masih nak lawan?"soal Eidlan.

"Tak.Malu la.Tak biasa"

"Kalau tak biasa,mulai sekarang la wife kena berlatih"

"Tapi... "

"Tak ada tapi-tapi.Now"

"Turunkan la saya dulu"

"Tak boleh.I said now"arah Eidlan.

"Ok,fine.Husband"ujar Ishtar.

"Tak dengar"

"Husband"ujar Ishtar dengan menguatkan sedikit suaranya.

"Apa?"

"Ish,dengar la betul ii"

"Orang malu ni"Eidlan tergelak kecil.

"Kena la kuat sikit suara tu"

"Dah kuat la"

"Lagi sekali"pinta Eidlan.

"Husband"

"Yer,my cutie wife"Eidlan mencuit hidung Ishtar.

"Malu lah"Ishtar menyorokkan wajahnya di badan Eidlan.

"Hahaha"Eidlan ketawa.Dia merasa gembira kerana dia tahu Ishtar mulai menerimanya.

Dan sekarang,dia akan membuat cinta berputik di dalam hati Ishtar,isterinya.

Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now