Bab 6

1.2K 58 1
                                    

"Abang,manalah anak kita?"

"Saya risau la"sambung Mak Piah.

"Sabar,Piah.Kita dah serah semua dekat polis.Mungkin diorang akan jumpa Is"

"Abang,sekarang dah dua hari Is hilang.Tak ada satu berita pun yang diorang bagitahu kita.Kalau jadi apa ii saya takkan berdiam diri"

"Dah,awak duduk dulu.Tenangkan diri lepastu jom kita buat solat hajat.Doa-doakan supaya anak kita dijumpai"

"Abang saya takut sangat kalau Is tinggalkan kita.Dia satu-satunya anak kita bang"

"Sabar,Piah.Dugaan untuk kita"

"Ya Allah,kau temukanlah daku dengan anak perempuan tunggalnya.Dia satu-satunya cahaya mata yang aku ada.Selamatkanlah dirinya dari malapetaka.Hanya itu yang ku pinta darimu"ujar Mak Piah di dalam hati beserta tangisan.

************************************

"Kau makan"ujar Eidlan.

"Bb...baik"ujar Ishtar terketar-ketar.Matanya tidak langsung memandang ke arah Eidlan.

"Ni,aku nak pesan dekat kau.Kau tak dibenarkan keluar dari rumah ni kecuali kebenaran dari aku"

"Kalau kau ingkar arahan aku,keluarga kau mati"

"Kau faham tak?"

"Faham"Ishtar menganggukkan kepalanya.

"Eleh,kau ingat aku nak ikut cakap kau ker?"

"Eh.Taklah"

"Dia siapa nak arah ii aku"ujar Ishtar dalam hati.

"Kau ada nak cakap apa-apa dengan aku?"

"Aduhai macam mana dia boleh tahu kalau aku tengah kutuk dia ni"Ishtar mengerutkan mukanya.

"Tak ada"ujar Ishtar kepada Eidlan.

"Kalau kau dah siap makan,boleh naik bilik.Aku nak kena keluar"ujar Eidlan dengan sedikit kuat menyebabkan Ishtar sedikit terkejut.

"Dan lagi satu tak payah la rajin sangat pusing-pusing rumah ni.Tak ada apa-apa pun.Kalau kau nak makan kau boleh mintak dekat bibik yang duduk dekat sebelah bilik kau"ujar Eidlan lagi dengan panjang lebar.

"Ok"ujar Ishtar perlahan.

Selesai makan,Ishtar memasuki bilik semula.Dia terus membaringkan badannya.

"Macam mana eh,aku nak lari dari tempat nih"

"Aku dah rindu dekat mak dengan ayah.Mesti diorang risaukan aku"

"Macam mana...macam mana"

"Jap"dia terus bangun kemudian berlari ke arah tingkap.

"Ish,kenapa perlu ada pengawal bagai"Ishtar menyerabutkan rambutnya.

Terdapat dua orang lelaki berbadan tegap dengan pakaian yang berwarna hitam di hadapan pintu pagar.

Dan itu yang akan menyukarkan pergerakan Ishtar untuk melepaskan diri.

"Tak boleh jadi nih.Aku kena merayu dekat lelaki tu supaya lepaskan aku.Tu ja cara dia"

"Hurm betul.Itu ja cara dia"Ishtar menggenggam kedua-dua tangannya erat.Berharap cara itu akan melepaskannya.

Tidak sanggup dan tidak selesa untuknya duduk sebumbung dengan seorang lelaki yang agak asing dan juga bukan mahramnya.

************************************

"Maaf puan,kami ingin bertanya,bagaimana puan dan anak puan boleh larikan diri?"

"Kami dilepaskan"

"Ouh tapi kenapa puan dan anak puan sahaja yang mereka lepaskan?"

"Yang itu kami tak tahu"

"Tapi kenapa puan tidak terus melaporkan perkara ni kepada pihak polis?"

"Ermmm...diorang dah beri amaran supaya kami tidak melaporkan kepada polis atau dia akan cederakan kami dan Ishtar"ujar Puan Maimunah.

Flashback

"Ding dong... ding dong"loceng di rumah Puan Maimunah berbunyi membuatkan dirinya terus berlari kecil membuka pintu pagar rumah.

"Assalamualaikum.Ini rumah Puan Maimunah ka?"soal salah seorang daripada dua anggota polis.

"Waalaikumsalam.Ya...saya Maimunah"Puan Maimunah mula  gelisah.

Takut jika segala kegiatan-kegiatannya berjaya dikesan polis.

"Ouh,kami di sini ingin bertanya tentang Ishtar.Puan kenal kan?"

"Ya,saya kenal"

"Setahu saya,puan dan anak puan membawa Ishtar keluar.Dan boleh saya tahu di mana dia sekarang"

"Ehermm,mari masuk dulu.Saya akan terangkan perkara sebenar"dia akan cuba mencari segala alasan untuk menutupi kesalahannya.

"Baik"

Back to the situation,

"Ouh macam tu.Kalau macam tu,kami minta puan ikut kami ke balai untuk beri keterangan dengan lebih lanjut"

"Kami berharap puan supaya beri kerjasama dengan baik"

"Baiklah tuan"

"Saya dan anak saya akan pergi ke balai polis selepas ini"

"Tuan"akhirnya Maisurah ingin membuka mulutnya.

"Ya ada apa?"

"Arghh"Maisurah berteriak perlahan kerana pahanya dicubit oleh Puan Maimunah.

"Tak ada apa-apa"ujar Maisurah beserta gelengan.

"Baiklah.Kitorang berdua mintak diri dulu"

"Ya"

Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now