Bab 36

944 43 1
                                    

"Cik...."

"Nak saya hantar cik pulang ke rumah?"soal Zack kepada Maisurah.

"Eh,tak payah susah-susah.Saya boleh balik sendiri.Dah la datang ke sini pun dah tumpang awak"

"Tapi cik,saya dah ditugaskan untuk hantar cik sehingga ke rumah"

"Tak payah susah-susah"Maisurah masih lagi bertegas.

"Cik,baik cik ikut saya.Saya tak mahu dibuang kerja kalau saya tak hantar cik ke rumah"

"Jauh cik.Baik saya yang hantar"ujar Zack.

"Baiklah kalau macam tu"

"Mari"ujar Zack.

Akhirnya,Maisurah masuk ke dalam kereta.

Mereka memulakan perjalanan.Buat seketika mereka berdua hanya mendiamkan diri.

"Cik dengan Puan Ishtar belum berbaik yer?"soal Zack bagi menghidupkan suasana.

"Tak.Dia belum maafkan saya"ujar Maisurah berterus terang.

"Dan saya tahu itu salah saya sampai dia tak dapat nak maafkan saya"

"Maaflah kalau saya menyibuk hal peribadi cik"

"Tak apa.Saya tak kisah"

"Baiklah kalau macam tu.Cik rehatlah.Kalau dah sampai saya beritahu"

"Ok"Maisurah meletakkan kepalanya dan tanpa sedar dia sudah terlelap.

************************************

"Akak!Akak ok?"soal Erdy apabila melihat Eidlan mendukung Ishtar.

Ishtar malah hanya menganggukkan kepalanya.Malu mula menyerbu.Orang ramai mula memerhatikannya.

"Aku bawak dia masuk dalam dulu.Kau urus tetamu.Sekejap lagi aku keluar"ujar Eidlan kepada Erdy.

"Boikkkk....bos"ujar Erdy.

Eidlan melangkah masuk ke dalam rumah.Kakinya terus menaiki tangga.

"Awak turunkan lah saya"ujar Ishtar.Eidlan hanya mengabaikan permintaan Ishtar.

Dia membuka pintu bilik dan kemudiannya terus membaringkan Ishtar di katil.

Perlahan tangannya ingin membuka kerongsang di tudung Ishtar tetapi tangannya diberhentikan daripada bergerak.

"Tolong...jangan"ujar Ishtar.

"Husband tak buat apa pun"Eidlan meneruskan pergerakannya.

Tudung Ishtar diletakkan di meja bersebelahan katil.

"Dah,rehatlah.Husband turun dulu.Wife pergi tidur"ujar Eidlan sambil mengusap perlahan kepala isterinya.

"Eh,kalau tak keluar...sekejap lagi tetamu kata apa pulak"

"Diorang akan kata apa?"

"Tak la kenapa pengantin perempuan duduk dalam bilik pulak?"

"Abaikan.Husband tahu wife penat.Wife tidurlah"

"Tapi..."

"Nope.You have to rest"belum sempat Ishtar menghabiskan ayatnya,Eidlan sudah membantah.

"Have a good rest,my wife"Eidlan mencium dahi Ishtar sebelum keluar dari bilik.

Berlalunya Eidlan membuatkan Ishtar mengeluh.

"Takkan dalam sehari ni kau dah nak mula jatuh hati dengan dia?"

"Betapa mudahnya hati kau ni,Ishtar"

"Kenapa kau cepat sangat jatuh hati?"

Buat seketika,Ishtar termenung.Memikirkan masa depan.

Masa depannya bersama Eidlan.Masa depan yang akan dilaluinya.

"Ah...sakit kepala aku kalau terus fikir"

"Aku rasa Mak Cik Yah datang tadi.Tak jumpa lagi dia"Ishtar bangun kemudian menyarungkan tudungnya kembali.

"Buruk benor lepas nangis tadi"selepas mengucapkan ayat tersebut...fikiran Ishtar terus melayang jauh.

Memikirkan Maisurah.

"Maafkan aku Maisurah.Maafkan aku sebab tak dengar penjelasan dari kau dulu"Ishtar mengelap airmatanya.Buat kesekian kalinya dia mengeluh.

Tanpa berbasa-basi Ishtar terus pergi ke arah bilik air untuk mencuci wajahnya.

Setelah selesai,dia terus keluar dari bilik.

Perlahan kakinya menuruni tangga.Sampai di tangga terakhir,kakinya terus bergerak ke arah pintu.

Matanya berkeliaran mencari jirannya.

"Eh,akak"tegur Erdy.

"Arghhh"Ishtar menjerit akibat terkejut.

"Eh,akak.Jangan jerit"Erdy gelabah.

Tangannya ingin menutup mulut kakak iparnya tetapi takut akan abangnya yang mungkin akan muncul dengan tiba-tiba.

"Wife!"ujar seseorang.

Erdy dan Ishtar terus memandang ke arah suara tersebut.

"Wife,are you ok?"soal Eidlan.

"Aku dah cakap dah.Panjang umur abang aku ni...."ujar Erdy di dalam hati.

"Kau buat apa dekat bini aku?"

"Aku tak buat apa la.Bini kau ni terkejut ja"

"Betul ka?"

"Kalau kau tak percaya dekat aku abang,kau boleh tanya bini kau"

"Betul ka wife?"soal Eidlan kepada Ishtar.

Saat ini Ishtar dapat mendengar deruan nafas Eidlan kerana wajah mereka amat dekat.

"Betul"ujar Ishtar sambil menganggukkan kepalanya.

"Uittt.Aku tahu kau dua orang baru kahwin.Hormat sikit yang single ni dengan orang ramai yang dekat luar tu"ujar Erdy sambil menunjukkan tetamu yang mula memandang mereka bertiga.

"Lepastu panggil wife la apa la...."

"Kau tau sedih abang.Sakit telinga dengan hati aku"

"Nak kena cari bini la macam ni"Erdy terus berlari keluar ke arah Shark yang berada di pintu pagar rumah Eidlan.

Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now