Bab 48

907 41 2
                                    

"Thank you my wife tolong husband berubah"

"Welcome.Tapi kalau husband tak ubah diri sendiri pun husband takkan jadi macam sekarang ni"

"Hurmm,betul jugak"ujar Eidlan membuatkan Ishtar tergelak kecil.

"Ehermm,kenapa harini wife pakai baju macam ni?"soal Eidlan.

Tiba-tiba suasana menjadi canggung.

"Tak apa lah kalau macam tu.Husband.."

"Wait"Ishtar memegang tangan Eidlan.

"Sebenarnya,wife tahu.Sejak kita kahwin wife tak pernah jalankan tanggungjawab wife"

"Wife dah jalankan tanggungjawab wife.Tak ada pun yang kurang?"Eidlan tergelak.Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Ishtar.

Dia tidak mahu memaksa Ishtar kerana dia tahu Ishtar masih trauma.

"Jangan usik saya"ujar Ishtar.Dalam hatinya sedikit gugup.

"Husband tak nak wife terpaksa.Husband tak nak lukakan hati wife"

"Tapi..."

"Dah jom tidur"

"Husband!"jerit Ishtar

************************************

"Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan"

"Berdua jalan kaki saat turun hujan"

"Basah baju kita basah hati kita"

"Mesranya berpayung daun pisang"nyanyi Erdy sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Dia baru pulang dari kedai membeli kuih-muih untuk sarapan pagi.

"Hai,abang dengan akak"sapa Erdy melihat akak dan abangnya yang baru keluar dari dapur.

"Ehermmm"dehem Eidlan.Dia terus duduk di meja makan.

"Hai,Erdy"

"Errr, duduklah dulu.Akak nak hidang nasi goreng kejap"

"Nah,Erdy ada beli kuih sedikit tadi"

"Baik.Tunggu kejap nanti kita dah boleh makan"

"Ok"Ishtar terus berlalu pergi ke dapur.

"Eh,abang kenapa akak nampak macam malu ja?Sebelum ni tak macam tu pun"soal Erdy kepada Eidlan.

"Tak tahu"ujar Eidlan.

Flashback

"Wife buat apa tu?"soal Eidlan kepada Ishtar yang sedang memasak.

Terus dipeluk pinggang Ishtar lalu meletakkan hidungnya di leher Ishtar.

"Wangi"ujar Eidlan di dalam hati lalu tersenyum.

"Eh"Ishtar terkejut.Bulu romanya terus mencanak naik.

"Husband"ujar Ishtar sambil menolak perlahan lengan Eidlan malah suaminya makin mengeratkan pelukan.

"Kenapa wife?Masih malu pasal.."belum sempat Eidlan menghabiskan ayatnya tangannya perlahan ditampar oleh Ishtar.

"Mana ada"

Tiba-tiba terdengar seseorang masuk ke dalam rumah Eidlan....

Sambil menyanyi.

"Cepat husband, sekejap lagi ada orang nampak"ujar Ishtar gelabah.

"Tak nak"

"Ala, tolong.Wife malu ni"rayu Ishtar.

Sungguh malu hampir menyerbu muka.Walaupun mereka sudah berkahwin dan tidak apa kalau berpelukan tapi dia tetap tidak biasa jikalau ada orang yang melihat mereka seperti itu.Terutamanya Erdy dan yang lain.

"Baiklah"ujar Eidlan.Ishtar terus menutup api gas kemudian keluar dari dapur.

Kembali ke situasi asal semula.

"Amboi bang kau pikir apa la sampai aku tanya kau tak balas"

"Tak ada apa"

Tidak lama kemudian,Ishtar tiba sambil membawa semangkuk besar nasi goreng.

"Kejap kuih yang Erdy beli tadi"

"Eh,tak apa kak.Erdy pergi ambil dekat dapur"

"Akak hidang jerlah dekat abang dulu"

"Baik.Terima kasih"

"Sama-sama"balas Erdy.

Erdy terus berlalu pergi.

"Husband nak nasi goreng atau kuih yang Erdy beli?"

"Of course nasi goreng wife"ujar Eidlan sambil tersenyum.

"Ok"Ishtar terus mengambil beberapa kali senduk nasi ke dalam pinggan Eidlan.

"Dah,cukup"ujar Eidlan.

"Meh duduk sebelah husband"

"Tak pa.Wife nak cuci kuali apa semua.Banyak dalam sinki tu"ujar Ishtar.

"Sit down here.Nanti tu boleh basuh"

"Tapi..."

"Tak payah.Ataupun wife nak duduk dekat atas riba husband?"

"Ok,fine"ujar Ishtar kemudian duduk di sebelah Eidlan.

Eidlan terus mengambil pinggan kemudian mencedok kan nasi ke dalam pinggan Ishtar.

"Makan"ujar Eidlan.

"Ok"balas Ishtar.

"Kuih dah sampai"ujar Erdy.

Dia terus mengambil tempat duduk berhadapan dengan abang dan kakak iparnya.

Erdy terus mengambil makannya sendiri.Dia sudah diberi amaran untuk tidak menyusahkan Ishtar oleh Eidlan.

"Abang dengan akak tak ada plan ka nak honeymoon kat bercuti ka?"

"Sebab dah nak dekat sebulan dah Erdy tengok korang dekat rumah ja"

"Abang pulak pergi kerja macam biasa"

"Tak rasa nak bercuti ka?Spent time dua-dua orang"

"Kot...kotlah boleh bagi Erdy anak menakan"ujar Erdy membuatkan Ishtar dan Eidlan tersedak.

Mereka terus berpandangan sesama sendiri.

"Aku dah rancang dah.Cuma waktu ja tak berkesempatan.Kalau aku pergi honeymoon pun aku akan bawak korang semua sekali"

"Eh,eh tak payah.Itu nanti.Kau pergi dengan akak dulu.Tahun depan kita pergi sekali dengan anak menakan aku"

Kali keduanya membuatkan Ishtar dan Eidlan terkedu.

"Dah lah kau.Kau nak jaga kau anak aku kalau ada"

"Of course.Aku akan tatang dia bagai minyak yang penuh"

"Kau dengan bini kau cuma buat anak.Aku jaga"

"Kepala kau"ujar Eidlan kepada Erdy membuatkan Erdy ketawa.

"Ok sorry"

"Dah makan.Sebelum apa-apa jadi dekat kau"

"Ok ii"mereka terus makan dalam keadaan senyap.

Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now