bab 1

2.7K 16 4
                                    

Di dalam dorm, semua pelajar sedang mengemas barang kerana cuti persekolahan telah tiba. Suasana agak tenang walaupun semua sedang mempersiapkan diri untuk berjumpa keluarga masing-masing.

"Mia, nanti siapa ambil kau?" Soal Nurul rakan baik kepada Damia Iresya atau lebih dikenali sebagai Mia. Dia sudah selesai mengemas barang dan duduk di birai katil miliknya.

"Mama dengan papa aku yang ambil. Tapi sepatutnya dah sampai." Kata Mia. Dia masih lagi menunggu familynya.

"Ouhh, nak aku tunggu tak?"

"Eh tak payah kut. Family kau dah sampai kan? Family aku pun kejap lagi nak sampai. So ko balik je." Kata Mia.

"Betul ni?"

"Yah sure."

"Okay lah kalau macam tu. Aku balik dulu. Kalau ada apa-apa chat aku." Pesan Nurul.

"Baik boss."

Nurul pun membawa keluar semua barang miliknya keluar dari dorm. Meninggalkan Mia dengan beberapa orang pelajar yang masih lagi menunggu family mereka.

Satu jam kemudian

"Haih, mana mama dengan papa ni. Lambatnya." Omel Mia di dalam hati.

"Mia, family awak dah sampai." Kata wardan yang menjaga dorm milik Mia.

"Ouhh ok. Baik puan." Kata Mia.

"Pelik. Biasa chat bagitau dah sampai. Ni sampai wardan datang bagitau. Hmm." Omel Mia. Dia segera mengemas barang dan keluar dari dorm. Langkah dibawa ke tempat ibu bapa mengambil dan menghantar pelajar. Kelihatan mak longnya sedang berada di luar kereta menunggu keberadaannya.

"Aikk, makin pelik ni. Kenapa mak long yang ambil aku. Mana mama papa?" Kata Mia menuju ke arah mak longnya.

"Assalamualaikum mak long" Mia bersalaman dan mencium tangan mak longnya sebagai tanda hormat.

"Waalaikumussalam Mia"

"Mak long, mana mama dengan papa. Biasa dia orang yang ambil saya?" Soal Mia penuh rasa curiga.

"Nanti dalam kereta mak long cerita. Ni je kan barang kamu?" Soal Mak long.

"Haah ni je."

"Letak barang kamu dalam bonet. Lepastu masuk kereta."

Mia mengambil semua barang yang dia bawa dan diletakan di dalam kereta. Setelah selesai, dia menaiki Honda HRV milik mak longnya. Hatinya menjadi tidak sedap. Dia tidak tahu apa yang ingin mak longnya beritahu. Adakah ada kaitan dengan mama dan papa?

Suasana sepi di dalam kereta. Mak longnya fokus pada pemanduan. Kelihatan muka makciknya suram sahaja. Mia memberanikan diri untuk mulakan perbualan.

"Mak long nak cakap apa tadi?" Soal Mia setelah kereta yang dipandu mak longnya berhenti di lampu isyarat.

"Mia. Kalau mak long bagitau ni. Mak long harap Mia kuat." Kata Mak long. Nada yang digunakan perlahan dan sayu sahaja.

"Bagitau apa mak long?" Mia semakin curiga. Dalam masa yang sama dia takut. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia perlu rasa demikian.

"Mama dan papa exsident. Mereka dah tak ada?" Kata mak long sambil memandang muka Mia. Melihat reaksi yang diberikan oleh Mia. Sejurus mendengar perkataan yang keluar dari mulut Mak longnya, air mata tidak dapat ditahan lagi. Berjurai-jurai air mata yang keluar dari mata Mia. Teresak-esak dia menangis. Melihat keadaan itu, mak longnya sedaya upaya memujuk Mia.

"Mia sabar Mia. Mak long tau kamu sedih. Tapi kamu kena kuat." Sambil memeluk Mia.

Selesai pengebumian

Terlanjur Cinta Where stories live. Discover now