Bab 2

1.8K 16 1
                                    

Sejurus keluar dari rumah arwah pakngah, aku terus memandu kereta ke rumahku.

Aku tiba di kawasan perumahan ku. Gelap. Maklumlah, tiada orang di rumah. Masuk sahaja di dalam rumah, aku segara membersihkan diri. Setelah itu, aku berbaring di atas katil.

"Urghh, sedapnya dapat baring. Penat uruskan kenduri tahlil arwah. Esok nak sekolah lagi." Aku bermonolog.

"Tapi kan, asal Mia balik awal eh. Ouhh ya lah, dia dah start cuti sekolah. Aku kan duduk Selangor. Memanglah esok sekolah." Omelku di dalam hati.

Aku melihat jam di skrin telefonku. Terpapar pukul 12.30 tengah malam.

"Baik aku tidur sekarang. Takut esok lambat nak pergi sekolah je." Aku pun melelapkan mata dan lena diulit mimpi.

*****

"Aduh, aku kat mana pula ni. Asal semua putih je. Eh jap, tu bukan pakngah dengan makngah ke?" Han yang terlihat kelibat arwah pakngah dan makngah terus menuju ke arah mereka.

"Makngah pakngah, Han kat mana ni. Kenapa semua putih?" Soal Han penuh kekeliruan.

"Han, pakngah nak cakap sesuatu dengan kamu." Kata pakngah.

"Pakngah nak cakap apa."

"Pakngah nak kamu jaga Mia."

"Dah kenapa pula Han nak jaga dia pula pakngah. Pakngah, makngah. Nak pergi mana tu."

Seketika kemudian, pakngah dan makngah hilang dari pandangan Han. Sayup kedengaran azan subuh berkumandang, membangunkan Han yang lena di ulit mimpi.

"Fuh, aku mimpi apa tadi. Mengarutlah. Dah kenapa pula aku yang kena jaga si Mia tu. Cakap dengan dia pun tak pernah. Mengarut betul." Rungutku.

Aku mencapai towel yang tersidai di ampaian lalu terus ke bilik mandi. Aku perlu siap-siap ke sekolah. Setelah kemas berpakaian uniform sekolah, aku terus mencapai kunci kereta dan memandu ke sekolah. 

*****

"Jom kemas barang-barang Mia. Tak banyak sangat kan barang nak kena kemas. Sebab baru balik asrama kan?" Kata kaklong kepada Mia.

"Tak banyak mana pun kaklong. Banyak yang dari asrama. So senang lah nak bawa nanti." Jelas Mia.

Setelah selesai mengemas barang-barang keperluan Mia yang akan dibawa ke rumah maklongnya, mereka turun ke bawah.

"Ha tu turun pun. Meh sini. Atok, opah dengan paklang dah nak balik dh tu." Kata Maklong kepada Mia dan Kaklong.

"Hehe. Kitaorang kemas barang Mia tadi, tu yang lama kat atas. Sorry." Jelas kaklong.

"Salam atok, opah dengan paklang cepat." Arah paklong kepada anak-anaknya dan juga Mia. Kaklong, Mia dan Nana, anak bongsu paklong bersalaman dengan atok, opah dan paklang.

"Alang, bawa kereta jangan laju-laju. Kau bawa abah dengan mak tu." Pesan Maklong.

"Ye long. Jangan risau. Alang bawa paling perlahan di antara yang perlahan." Kata paklang.

"Ye lah tu lang. Kejap lagi macam nak pergi berlumba bawanya. Gugur jantung mak tau." Sampuk opah. Masing-masing gelak dengan statment yang dikeluarkan oleh Opah.

"Bye semua. Kitaorang balik dulu." Kata paklang. Keretanya terus meluncur laju di jalan raya.

"Mia, nanti siap-siap. Kita terus gerak rumah maklong." Pesan maklong.

"Baik maklong."

*****

Setibanya di perkarangan rumah maklong, mata Mia meliar melihat kawasan sekeliling. Kawasan laman dihias dengan cantik dan kemas. Bunga-bunga yang dipilih juga adalah bersesuaian dengan rumah ini yang bercirikan moden. Tidak jauh bezanya dengan rumah keluarganya. Cuma rumah maklongnya mempunyai tiga tingkat.

"Wah, lama tak datang rumah maklong. Rindu." Kata Mia.

"Ye lah, last datang sini raya tahun lepas kan." Kata maklong.

"Haah"

"Dah jom masuk. Pak Mat, Mak Jah. Angkat bag Mia bawa masuk bilik tetamu." Arah maklong kepada driver dan orang gajinya.

"Eh takpa lah maklong. Mia boleh bawa sendiri." Kata Mia. Dia tahu rumah maklongnya mempunyai orang gaji. Tapi dia sudah terbiasa untuk tidak menyusahkan orang lain.

"Banyak tu Mia barang yang Mia bawa. Kang sakit tangan pula." Kata paklong.

"Betul, takpa Mia ni memang kerja kami. Macam tak biasa je Mia ni. Kenal kitaorang dah lama kan. Hahaha." Kata Mak Jah kepada Mia.

"Ok lah kalau macam tu. Maaf susahkan Mak Jah dan Pak Mat." Kata Mia serba salah.

"Takda susahnya Mia." Kata Pak Mat lalu membawa masuk barang-barang Mia ke dalam rumah.

"Mia tahu kan peraturan dalam rumah ni?" Tanya kaklong kepada Mia.

"Ingat kaklong. Kawasan larangan maklong dengan paklong tak boleh masuk. Hehe." Jawab Mia. Dia tergelak manja mengingati peraturan itu.

"Bagus lah kalau ingat. Sebab maklong dengan paklong tak suka orang ganggu privasi diorang. Hehe." Jelas kaklong.

"Tahu kaklong. Comel je paklong dengan maklong. Hehe."

"Suka eh dia. Jom akak tunjuk bilik Mia." Kaklong menarik tanggan Mia menuju ke tingkat 2 rumah itu.

"Ok yang tu bilik Han. Yang ni bilik Mia." Kaklong menunjukkan bilik Han berdekatan dengan tangga dan bilik Mia bersebelahan dengan bilik Han.

"Ouhh, ok kak."

"Bilik akak dengan bilik Nana ada kat atas. Kalau nak apa-apa naik je atas. Jangan takut." Pesan kaklong.

"Baik kak. Tapi Mia nak tanya satu soalan boleh?" Kata Mia.

"Boleh, apa dia?"

"Kenapa bilik Han tu ada papan jangan ganggu?" Soal Mia kehairanan.

"Ouhh, Mia tahu lah si Han tu perangai dia macam mana. So kalau papan tu tulis jangan ganggu, Mia jangan pula gi ketuk pintu bilik dia. Marah dia nanti. Kalau papan tu terbalikkan ada tulisan open, maksudnya boleh masuk. Biasanya tak ada siapa yang berani masuk kecuali mama dengan papa." Jelas kaklong panjang lebar.

"Ouhh. Pelik betul eh Han ni. Habistu Mak Jah nak kemas bilik dia macam mana?" Soal Mia lagi.

"Dia kemas bilik dia sendiri. Kalau dia takda kat rumah je makjah akan kemas bilik dia." Beritahu kaklong kepada Mia.

"Ouhh"

"Eh Mia rehat lah dulu. Mandi ke apa ke. Rehatkan badan. Mia mesti penat kan. Nanti malam turun makan eh. Akak naik atas dulu." Kata kaklong.

"Ok kak. Mia masuk dulu eh." Kata Mia masuk ke dalam bilik barunya.

"Ok"

Mia melabuhkan punggungnya di atas katil. Mata meliar melihat sekeliling bilik itu. Cantik. Tapi agak besar untuk dia yang tinggal berseorangan di biliknya itu.

Mia membuka bag pakaiannya, lalu menyusun semua pakaian di dalam almari. Selepas itu, dia membersihkan diri dan menunaikan solat zohor. Setelah selesai menunaikan solat zohor, dia mencapai telefonnya yang barada di atas katil. Melihat waktu yang tertera di skrin telefonya, 3.00 petang.

Dia terima segala apa yang telah berlaku dengan hati yang terbuka. Dia juga ingin memulakan hidup baru dengan keluarga baru. Mia kepenatan. Segala apa yang terjadi berlaku dalam sekelip mata. Dia ingin rehat seketika. Dia menaiki katil dan terlena.

Sementara itu di bilik Han

"Apa pula yang bising-bising tu. Nak buat kerja sekolah pun tak senang." Rungutku.

"Entah-entah Mia dah sampai. Patutlah bising. Alihkan barang kut. Biarlah. Kerja sekolah lagi penting." Omelku. Aku terus menyambung kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu. Biasalah, cuti seminggu memang banyak kerja sekolah.

















Ok x chapter 2...ada apa-apa yang perlu diimprove x?...kalau ada bagitau ya....support dan vote geng

Terlanjur Cinta Where stories live. Discover now