Bab 3

1.7K 26 3
                                    

Keluarga Maklong berkumpul di meja makan. Menikmati makanan yang disediakan oleh Mak Jah.

"Mia, paklong dah uruskan segala proses pemindahan kamu ke sekolah baru. Jadi mulai minggu depan kamu akan bersekolah di sekolah Han dan Nana belajar." Kata paklong.

"Terima kasih paklong. Rasa macam menyusahkan paklong pula nak uruskan soal pembelajaran Mia." Kata Mia.

"Tak ada yang susahnya Mia. Sekarang kamu dah jadi tanggungjawab kami." Jelas paklong kepada Mia.

"Betul. Lagi satu, tak perlu panggil paklong maklong. Panggil je mama dan papa. Sekarang Mia dah jadi anak kami." Sambung Maklong pula.

"Baik mak.. eh salah. Mama papa."

"Yeah, ada kakak baru. Boleh lah ajak jalan-jalan lepas ni. Nak ajak kaklong, sibuk memanjang." Kata Nana. Teruja dengan kehadiran Mia sebagai kakak barunya.

"Eh, awak cakap baik sikit eh. Selalu yang bawa awak jalan-jalan pergi shopping sapa? Kita kan." Kata kaklong. Sakit hati bila ada adik macam Nana ni. Rasa macam nak piat sahaja telinga.

"Ma, Han mana? Kenapa dia tak turun makan sekali?" Soal Mia kepada Maklongnya.

"Ouhh Han. Dia awal-awal dah makan. Dia bab makan nombor satu. Laju je turun. Sekarang dia kat surau kut. Isya dia balik." Jelas maklong kepada Mia.

"Ouhh"

*****

Ketika Mia ingin menaiki tangga ke tingkat dua, secara tiba-tiba pintu rumah dibuka. Kelihatan Han yang baru balik dari surau. Han terus menuju ke tangga. Dia ingin masuk ke dalam biliknya yang bersebelahan dengan Mia. Mia memberanikan diri menegur Han.

"Ba baru balik dari surau Han?" Tanya Mia sedikit gagap, walaupun dia tahu jawapannya. Dia sendiri tiada topik untuk bersembang dengan Han.

Han melihat ke arah Mia. Dia mengangkat kening, sebelum meneruskan perjalanan ke biliknya. Mia sedikit sedih dengan reaksi yang diberikan oleh Han. Dia beranggapan Han tidak suka dia tinggal disini. Dengan tiba-tiba Mia menahan Han dari memasuki biliknya.

"Han, tunggu sekejap. Awak tak suka ke saya tinggal kat sini. Kalau awak tak suka saya tinggal kat sini, esok saya boleh balik rumah lama saya." Soal Mia dengan nada sedih. Matanya menatap muka Han. Tiada reaksi. Seperti orang mati perasaan.

"Aku ok je kau tinggal sini. Macam tak biasa dengan perangai aku." Kata Han. Intonasi mendatar yang digunakan ketika berbicara membuatkan Mia terdiam seribu bahasa. Han meninggalkan Mia yang berdiri tegak seperti patung itu dan terus masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup, menyedarkan Mia yang terpaku dengan kata-kata Han.

"Dia ni memang tak ada perasaan ke. Satu reaksi pun tak nampak kat muka dia. Tapi betul juga, macam aku tak biasa dengan perangai dia. Cousin aku kut. Nasiblah dapat cousin muka ketat macam tu." Omel Mia di dalam hati. Dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

*****

"Ma, ni Han ada beli roti canai. Ada 12 keping tu. Cukup rasanya untuk semua orang." Kataku. Aku meletakkan roti canai di atas meja makan.

"Banyaknya kamu beli Han. Sapa nak makan banyak-banyak macam ni?" Bebel mama. 

"Ala ma, ahli keluarga kita kan dah bertambah. So beli lah lebih." Jelasku.

"Kamu ingat orang dalam rumah ni macam kamu, makan tak ingat dunia. Dah. Mak Jah, hidangkan roti canai ni." Arah mama kepada Mak Jah.

"Ha, ni kamu dah makan belum?" Soal mama kepadaku.

"Dah tadi kat kedai. Satu roti telur, dua roti kosong. Dengan teh tarik." Jelasku.

"Ha tengok, dah makan lepastu beli banyak-banyak buat apa?" Bebel mama. Dia tidak suka kalau orang membazir.

"Mak Jah dengan Pak Mat ada. Makan sekali lah." Jelasku.

"Apa yang bising-bising ni yang. Dari kat atas abang dengar. Pot pet pot pet." Perli papa kepada mama.

"Anak abang sorang ni lah, beli makanan banyak-banyak. Nanti tak habis, buang. Mama tak suka orang membazir tau." Ngadu mama. Papa hanya menggelengkan kepala melihat mama membebel. Sudah terbiasa. Kalau sudah membebel memang payahlah nak berhenti.

"Papa nak tak roti ni?" Tanya kaklong kepada papa.

"Papa dah lambat dah ni long."

"Ha, roti canai ikat tepi. Papa boleh makan masa dalam perjalanan nak ke pejabat." Nana memberi idea.

"Ha boleh juga. Cepat sikit. Papa dah lambat ni." Papa bersetuju dengan idea Nana. Beberapa ketika kemudian, roti canai siap dibungkus di dalam plastik. Roti yang dibanjiri kuah dal itu nampak menyelerakan.

"Ok. Papa pergi kerja dulu. Bye." Papa pun beredar dari ruang makan diikuti Pak Mat. Dia mempunyai mesyuarat penting hari ini di pejabatnya. Sebab itu dia tidak mahu lewat ke pejabat.

Selang beberapa minit, kelihatan Mia menuruni tangga. Dia menuju ke meja makan.

"Mia, harini sarapan roti canai. Han beli tadi." Kata Mak Jah kepada Mia.

"Wah, nampak sedap."

"Makan lah. Han beli banyak tu." Kata mama.

"Bak sini pinggan, tengok korang makan rasa lapar pula." Kataku, menyuruh Nana menghulurkan pinggan yang berada di sampingnya. Setelah pinggan berada di tanganku, aku mengambil dua keping roti lalu diletakkan di dalam pinggan.

"Han, kau biar betul. Bukan tadi kau dah makan ke? Kau bela saka ke apa. Pelik akak tengok kau." Perli kaklong diiringi rasa tidak percaya dengan kelakuan adik lelakinya.

"Hahaha, lapar lah kak. Nak buat macam mana." Gelakku.

"Ha ye lah. Makan-makan. Mia pun kalau nak lagi ambil je. Jangan malu-malu." Pesan kaklong kepada Mia.

"Baik kak" kata Mia. Lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan kaklong. Dia lalu menikmati roti canai yang terhidang di pinggannya.

"Han. Lepasni anggap Mia ni macam adik kamu sendiri. Sebab dia dah jadi adik kamu sekarang." Pesan mama.

"Ok"

"Mia, lepasni panggil Han abang. Jangan panggil nama lagi." Pesan mama kepada Mia. Aku yang mendengar perkataan abang yang keluar dari mulut mama itu terus tersedak. Segera aku mencapai air untuk meredakan keadaanku.

"Wait. Tapi Han dengan Mia kan sebaya?" Kataku.

"Ye lah. Tapi tak salah kan. Mia pun ok je kan? Soal mama kepada Mia.

"Mia ok je ma."

"Han macam mana?" Soal mama.

"Ok je. Cuma terkejut." Kataku. Selesai makan, aku segera memasuki bilikku untuk menyambung menghabiskan kerja sekolah sempena cuti selolah selama seminggu.

Seteleh beberapa jam aku menghadap buku. Akhirnya siap juga kerja sekolahku. Aku melihat jam di skrin laptopku yang aku gunakan untuk membuat kerja sekolah. Kelihatan jam menunjukan pukul 6.30 petang. 

"Alhamdulillah siap. Haih, lapar lah pula. Turun bawah lah, tengok makanan apa ada. Rasanya Mak Jah dah siap masak dah ni." Omelku sendirian. Aku keluar dari bilik lalu mengunci pintu. Aku lihat kaklong berada di depan pintu bilik Mia. Mengetuk pintu bilik Mia yang berkunci. Aku yang tidak mahu ambil tahu segera menuruni tangga menuju ke dapur.

















Hmm korang....tak best ke cerita yang saye write ni?....x de comment x de vote pn🥲....x pe lh....saya akan teruskan write juga....tq yang dh baca

Terlanjur Cinta Where stories live. Discover now