Bab 5

1.7K 15 2
                                    

Cuti seminggu persekolahan telah melaburkan tirainya. Semua pelajar kembali melangkah ke sekolah. Hari ini, hari pertama Mia menjejakkan kaki di sekolah baharunya. Perasaan berdebar dan gugup mula menyerap di dalam dirinya. Dia melangkah masuk ke dalam sekolah dan menuju ke pejabat kerana guru di pejabat yang akan membawa Mia ke kelasnya.

"Weh, aku dengar ada budak baru dalam kelas kita."

"Betul ke? Lelaki ke perempuan?"

"Aku dengar perempuan."

"Nice lah kalau perempuan."

"Eh kau. Dasar lelaki. Pantang nampak perempuan."

"Diam lah kau."

Itulah gelagat segelintir pelajar di kelas baru Mia. Beberapa minit kemudian, guru kelas mereka masuk. Semua pelajar bangun dan memberi salam. Selepas menjawab salam, guru kelas tersebut memulakan bicara.

"Ok semua, harini ada pelajar baru dalam kelas kita. Damia, mari sini." Panggil guru kelas Mia. Mia pun berjalan masuk ke dalam kelas. Perkara pertama yang dia lakukan ialah melihat rakan sekelasnya. Matanya memerhatikan setiap seorang, ada yang berkacamata, ada yang segak dan ada juga yang nerd. Dalam pada matanya meliar memerhatikan rakan sekelasnya, tatapan matanya terhenti terhadap seorang individu yang berada di tengah-tengah kelas. Pandangan mata individu itu tepat pada buku di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan kehadirannya sebagai pelajar baharu di dalam kelas. Siapa lagi kalau bukan Han. Mia bakal sekelas dengan Han, sepupunya sendiri. Ingatkan dekat rumah sahaja begitu, rupanya di sekolah pun sama.

"Damia, boleh perkenalan diri kamu." Kata guru kelas tersebut.

"Hai semua, nama saya Damia Iresya. Boleh panggil Mia." Mia memperkenalkan diri.

"Hai Mia. Pergi kedai beli buku, I love you. Hahaha." Sakat seorang pelajar lelaki di dalam kelasnya. Semua pelajar lelaki tertawa. Pelajar perempuan pula hanya menjeling kepada pelajar yang menyakat Mia.

"Uhuk uhuk, kau cakap apa tadi. Aku tak berapa nak dengar." Kata Han memandang pelajar yang menyakat Mia. Keadaan di dalam kelas yang tadinya riuh, menjadi sunyi. Suara Han yang garau walaupun intonasi yang dilontarkannya adalah rendah, msmbuatkan kelas itu sunyi sepi. Semua tidak berani bersuara.

"Ha sunyi pun kelas. For your information, Damia ni cousin Han." Kata guru kelas tersebut. Mata pelajar lelaki membulat mengetahui Mia adalah sepupu Han, manakala pelajar perempuan tersenyum kemenangan.

"Weh mati lah aku. Sepupu Han rupanya budak baru tu." Kata Helmi, pelajar yang menyakat Mia sebentar tadi.

"Ha tu lah kau, menyakat salah orang. Nasib kau lah Mi." Kata rakan yang berada di sebelah Helmi.

"Mia, boleh ambil tempat duduk awak." Arah guru kelas kepada Mia kerana dia mahu memulakan sesi pembelajaran.

"Mia, sebelah saya ada kosong." Panggil rakan perempuannya. Menunjukkan meja kosong kepada Mia. Mia menuju ke meja tersebut dan melabuhkan punggungnya.

"Hai Mia, saya Alya. Panggil Yaya je." Kata Yaya memperkenalkan diri.

"Hai Yaya. Saya Mia." Kata Mia sambil tersenyum.

"Ok kelas, buka buku teks ms 56." Arah guru yang mengajar dihadapan. Semua pelajar mengeluarkan buku teks masing-masing dan membuka pada muka surat ms 56. Mia memandang seketika ke arah Han.

"Fokus betul su Han ni. Langsung tak toleh kiri kanan. Tapi kan, kenapa semua nampak macam takut je bila Han tegur budak yang sakat aku tadi eh? Ada apa dengan Han ni sebenarnya, sampai satu kelas diam tadi. Kena siasat ni." Monolog Mia di dalam hati. Kelas diteruskan sehingga waktu rehat tiba. Semua pelajar keluar dari kelas untuk membeli makanan di kantin.

Terlanjur Cinta Where stories live. Discover now