Bab 6

1.6K 21 4
                                    

Hari berganti hari, satu demi satu lawan telah kutumpaskan. Kini aku berada di perlawanan akhir. Pelawanan penentuan kejuaraan. Adakah aku mampu mempertahankan gelaran jagoh pencak silat selama 3 tahun berturut-turut, ataupun bakal dirampas pihak lawanku? Semuanya bergantung pada perlawanan petang ini.

Ketika ini baru pukul 9.00 pagi. Aku menjalani latihan untuk pertempuran petang nanti. Fokus dan tenang menjadi jati diriku. Segala teknik yang ku pelajari ku keluarkan dalam sesi latihan, bagi memantapkan lagi skillku dalam pertempuran.

"Han, ingat segala latihan yang kita jalani selama ini. Ingat, kita bertarung bukan untuk menunjukkan siapa jagoh, tapi demi memertabatkan sukan silat di mata dunia." Pesan jurulatihku.

"Baik coach. Saya ingat kata-kata coach. Saya akan buat yang terbaik." Kataku.

"Apa kau tunggu lagi, tekan tubi 100 kali. Lepastu kita akan start latihan pertempuran." Tegas jurulatihku.

"Baik coach." Aku segera melakukan tekan tubi 100 kali dan memulakan latihan seperti biasa.

*****

Sementara itu, Mia dan Yaya menuju ke kantin untuk membeli makanan kerana telah tiba waktu rehat. Setelah selesai membeli makanan, mereka duduk di bahagian meja kantin yang kosong.

"Mia, petang ni kita stay sekolah nak tak? Ada perlawanan final pencak silat. Dengar cerita Han masuk final." Kata Yaya, mengajak Mia menonton perlawanan akhir tersebut.

"Boleh juga. Tapi aku kena telefon drive aku dulu. Sebab harini dia yang ambil aku dari sekolah." Jelas Mia. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya dan mendail nombor telefon Pak Mat.

"Assalamualaikum Pak Mat. Harini Mia balik lambat sikit tau. Nak tengok final pencak silat." Kata Mia selepas Pak Mat mengangkat telefon.

"Waalaikumussalam. Boleh Mia. Sebab Pak Mat pun akan ambil Han balik sekolah nanti. Katanya dia masuk final." Kata Pak Mat dari hujung talian.

"Haah, Han masuk final. Ingat nak bagi semangat dekat dia." Kata Mia.

"Ha, cakap dengan dia buat betul-betul."

Ye Pak Mat. Ok lah, Mia nak letak dah ni. Assalamualaikum." Kata Mia, meletakkan panggilan sejurus Pak Mat menjawab soalannya.

*****

Saat yang dinantikan para penyokong telah tiba. Perlawanan akhir pencak silat akan bermula sebentar sahaja lagi. Kelihatan Han sedang bersiap sedia untuk perlawanannya. Perlawanannya adalah perlawanan terakhir pada hari ini. Jadi, dia membuat sedikit latihan sebelum perlawanan berlangsung.

Perlawanan demi perlawanan, pemenang telah ditentukan. Kini masih ada satu lagi perlawanan yang belum ada pemenangnya. Perlawanan akhir pada hari ini. Perlawanan yang pastinya dramatik dan sengit bakal ditampilkan oleh kedua-dua peserta. Kelihatan dua peserta telah melangkah masuk ke gelangang. Seorang bertali merah, seorang lagi bertali biru. Dan yang bertali biru itu adalah Han. Mukanya tegang, tiada satupun senyuman yang dikeluarkan Han untuk pihak lawannya. Melihat Han melangkah masuk ke gelanggang, Mia menjerit sekuat hati.

"Han, goodluck." Han berpaling ke arah Mia. Tiada apa-apa reaksi pada wajahnya. Pandangan kemudian dialihkan kepada pihak lawan semula.

"Ishh, apa aku buat ni. Dia tak ada reaksi pun. Dah lah aku jerit kuat-kuat. Malunya." Mia menutup muka menahan malu. Sedar yang Han kini berada di dalam mood konsentrasi 100%. Perlawanan set pertama di mulakan. Tumbukan demi tumbukan, tendangan demi tendangan. Kebanyakannya membawa mata kepada Han. Tamat set pertama, Han mendahului dengan mata 20-5.

Set kedua dimulakan dengan jatuhan yang dilakukan oleh Han terhadap pihak lawan. Sorakan bergema apabila Han barjaya menjatuhkan pihak lawannya. Ketenangan yang ada pada Han membuatkan mata demi mata bertambah untuknya. Tetapi kali ini, pihak lawan sudah mula mendapatkan rentaknya. Set kedua berakhir dengan mata masih berpihak kepada Han dengan jumlah 29-14.

Set ketiga menjadi rancak. Masing-masing membalas serangan. Ketika pihak lawan ingin melakukan tendangan kepada Han, dia tidak sempat mengelak. Tendangan tersebut tepat mengenai pergelangan tangan kanannya. Membuatkan Han jatuh terduduk. Pihak lawan tersenyum melihat keadaan Han kerana dia berpeluang besar untuk menang sekiranya Han bertarung dalam keadaan cedera. Pihak perubatan melakukan rawatan kepada Han dan coach Han membantah tindakan yang dilakukan oleh pihak lawan terhadap Han sehingga menyebabkan Han mengalami kecederaan. Bantahan itu hanya mendapatkan penolakan 10 mata kepada pihak lawan, dan bukan terbatalnya penyertaan.

"Han, kau ok tak. Boleh teruskan tak?" Kata jurulatih Han.

"Boleh coach. Saya tak akan menyerah." Kata Han. Dia membakar semangat pendekar yang ada di dalam jiwanya. Sementara itu, Mia kelihatan cemas melihat keadaan Han yang dirawat pihak perubatan. Wajahnya sedikit lega apabila melihat Han bangkit untuk meneruskan perlawanan. Melihat semangat Han yang tidak menyerah kalah dan bangkit untuk meneruskan perlawanan mengakibatkan semua penonton bersorak kegembiraan. Perlawanan set ketiga diteruskan. Kali ini, pihak lawan banyak mengambil kesempatan di atas kecederaan Han. Banyak mata yang dikutip walaupun sebentar tadi matanya telah ditolak 10 mata. Set ketiga tamat, masih berpihak Han dengan jumlah 31-21.

Perlawanan set keempat, Han banyak melakukan kesilapan. Memberi peluang kepada pihak lawan mengutip mata-mata penting. Tendangan dan jatuhan yang Han cuba lakukan tidak berjaya, sebaliknya diambil peluang oleh pihak lawan untuk melakukan tengangan dan tumbukan susulan kepadanya. Perlawanan set keempat berakhir dengan keputusan 37-32. Kali ini, pihak lawan berjaya memintas Han.

"Han fokus. Ingat apa yang aku cakap. Ikut gerak geri dia. Ada peluang, baru masuk. Dah go." Pesan jurulatih Han.

Han masuk semula ke gelanggang untuk pertempuran set terakhir. Set penentuan dimana adakah dia akan memenangi perlawanan, ataupun tumpas buat kali pertamanya sepanjang kejohanan berlangsung. Udara dihirup sedalam mungkin, dilepaskan secara perlahan. Han melihat sekeliling, ramai bersorak untuknya. Han memejamkan mata mengambil ketenangan. Ketenangan yang selama ini dia cari. Setelah menemuinya, dia membuka kelopak mata. Pandangan tajamnya kepada pihak lawan mampu mengugat konsentrasi pihak lawan. Ya, dia sudah bersedia untuk perlawanan di set yang kelima.

Perlawanan set kelima dimulakan. Satu tengangan tepat ke arah Han berjaya di elak. Han membalas dengan tumbukan ke arah dada lawannya, juga dapat dielak. Satu acahan dilakukan Han untuk menendang lawan, tetapi sebaliknya dia menjatuhkan lawannya. Berjaya. Point dikutip dari jatuhan itu. Perlawanan kembali bersambung, mata demi mata bertambah kepada kedua belah pihak. Tendangan, tumbukan, acahan dan jatuhan, semua skill telah digunakan oleh kedua belah pihak. Di saat-saat akhir, Han berjaya menjatuhkan lawannya. Tindakannya itu telah mendapatkan sorakan paling gemuruh oleh para penonton. Selepas jatuhan itu, perlawanan tamat. Keputusan masih berada di tangan pengadil. Tidak ada yang tahu siapakah pemenangnya kerana perlawanan sebentar tadi amat sengit. Pengadil telahpun mengetahui keputusannya. Dia memegang kedua tangan peserta untuk mengisytiharkan pemenang. Tangan siapa yang bakal diangkat oleh pengadil? Adakah peserta bertali merah ataupun peserta bertali biru? Semua penonton menanti dengan penuh debaran.


















Hai korang, sebenarnya story ni dah nak siap, dah banyak dh draft author siapkan...tapi macam tak ada sambutan je...so kalau korang nak sambungan comment nak sambungan...klu tak ada yg comment nak sambungan, maknanya korang x nk tau lanjutan dari cerita ni lah kan...so author simpan kat draft je lh sambungan cerita ni😬

Terlanjur Cinta Onde histórias criam vida. Descubra agora