Bab 8

1.7K 16 4
                                    

Semasa di dalam kelas, Mia mengelamun sendirian. Dia merenung di luar tingkap. Sekumpulan pelajar perempuan sedang bermain bola jaring. Kelasnya berada di tingkat tiga dan berhampiran dengan dewan serbaguna, membolehkan Mia memerhati aktiviti sukan yang di jalankan di dewan itu. Mindanya masih terimbau kejadian pagi tadi di bilik Han. Kejadian yang tidak disengajakan. Tidak disengajakan? Mungkin tidak. Tapi yang bermain di mindanya sekarang adalah Han. Seorang yang dia kenal dari kecil, yang dulunya kurus kini memiliki tubuh yang agak sasa. Tapi Han bijak menyembunyikan poster tubuhnya dengan berpakaian oversize. Secara tidak sedar, Mia mula menyukai Han.

Han memiliki rupa paras yang agak tampan. Berkulit hitam manis. Berambut sedikit ikal dan mempunyai sedikit jambang yang baru ingin tumbuh. Jika dilihat dan diteliti, Han mempunyai karakter ala-ala mafia. Apa yang membuatkan Mia suka kepada Han ialah bukan saja daripada rupa parasnya yang tampan tetapi juga dari tingkah laku Han. Sudahlah jagoh silat, tampan, rajin ke surau pula. Ini membuatkan hati Mia berbunga-bunga setiap kali memandang Han. Ketika Mia sedang sibuk mengelamun, seorang rakan kelasnya menegur Mia.

"Mia, jauh kau mengelamun. Kau mengelamun apa?" Kata rakan sekelasnya membuatkan Mia tersedar dari lamunan.

"Kau ni, mana ada aku mengelamun lah. Aku tengah tengok budak-budak tu main bola jaring." Kata Mia, mengelak dari dituduh mengelamun.

"Ye lah tu. Aku panggil dari tadi buat tak tahu je." Jelas rakannya.

"Kau ada panggil ke?"

"Ada"

"Hahaha. Sorry. Kau panggil aku nak apa?" Ujar Mia.

"Ni ha, aku tak faham lah apa cikgu ajar tadi. Kau boleh ajar aku tak?"

"Boleh je. Kau tak faham yang mana?"

"Yang persamaan kimia ni. Macam mana nak buat persamaan dia? Aku dah cuba banyak kali, still salah." Jelas rakan Mia. Nampak yang dia berusaha gigih untuk memahami topik persamaan kimia walaupun dia lemah dalam subjek ini.

"Ouhh, persamaan tu senang je. Meh aku ajar." Ujar Mia. Dia menunjukan kepada rakannya cara untuk membuat persamaan kimia yang diajar gurunya sebentar tadi.

*****

"Kaklong, kenapa bagi Mia masuk bilik Han pagi tadi?" Ujar Han.

"Dah aku ketuk pintu bilik kau, kau tak bangun. Aku suruh lah Mia kejut." Jelas kaklong.

"Masalahnya dia masuk bilik Han tahu tak." Ujar Han.

"Lah, Mia masuk bilik kau ke. Dia lupa kut tu. Alah kau pun jangan lah marah dia, dia baru lagi. Mana biasa dengan peraturan merepek kau tu." Sindir kaklong.

"Eii geram betul lah cakap dengan kaklong ni. Peraturan tetap peraturan." Kata Han lalu membawa diri ke halaman rumah.

*****

Ketika Mia baru masuk ke dalam rumah, dia langsung diterjah oleh Han.

"Woi, asal kau memandai masuk bilik aku ha?" Kata Han. Matanya tepat memerhati wajah Mia.

"Aduh, mati aku. Ingat dia tak nak ungkit fasal pagi tadi. Aku nak jawab apa ni. Fikir Mia fikir." Omel Mia di dalam hati.

"Ouhh, ya yang tadi pagi tu? Mama suruh kejut abang bangun solat subuh. Tu je." Kata Mia dengan gugup. Mukanya menghadap lantai. Takut ingin memandang wajah Han.

"Tak boleh ketuk ke. Kenapa sampai nak kena masuk bilik aku?" Soal Han.

"Sorry. Mia bukan sengaja." Ujar Mia. Riak mukanya kelihatan sedih dimarah Han. Han yang melihat reaksi Mia itu seakan ingin tergelak.

Terlanjur Cinta Where stories live. Discover now