Bab 10

1.2K 10 1
                                    

Gelap. Sunyi. Hanya bunyi kipas berputar. Suasana di dalam bilik itu sangat tenang. Kedengaran laungan azan menandakan telah masuknya waktu subuh. Mia terjaga dek kerana laungan azan. Dia mengeliat di atas katil. Melihat waktu di telefon pintarnya. 5.30 pagi. Dia bangun dan menuju ke bilik air. Mempersiapkan diri untuk solat subuh.

Setelah Mia selesai menunaikan kewajipannya sebagai seorang umat Islam, dia turun ke bawah untuk membantu Mak Jah menyediakan sarapan pagi.

*****

"Hai Mak Jah" sergah Mia.

"Oii mak kau terkejut. Eihh Mia ni. Terkejut Mak Jah. Kalau Mak Jah ada sakit jantung macam mana. Auto lepak underground tahu tak." Bebel Mak Jah.

" Alah Mak Jah. Sorry lah. Janji tak buat lagi. Mia turun tadi nampak Mak Jah tengah khusyuk sediakan sarapan untuk kitaorang. Tu yang saja kacau Mak Jah tu. Ingat nak tolong Mak Jah masak sekali." Ujar Mia.

" Banyak lah kamu. Ni nak tolong Mak Jah kan tadi, pergi kacau bahan-bahan dalam kuali tu. Lepastu tambah air, masukan bihun sekali. Lepastu kacau lagi sampai masak." Ujar Mak Jah yang sedang sibuk mempersiapkan menu lain.

"Baik Mak Jah" kata Mia yang terus melaksanakan apa yang Mak Jah suruh.

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Semua hidangan telah dihidangkan di atas meja. Menu sarapan pagi tidaklah banyak kerana kebanyakan dari mereka hanya makan untuk alas perut sebelum ke tempat kerja ataupun bersiar-siar pada hujung minggu ini.

Kelihatan dato dan datin sedang menuruni tangga, menuju ke meja makan. Seketika kemudian, Kak Long juga turut serta untuk menikmati juadah sarapan pagi.

"Wah papa, segak-segak nak pergi mana ni. Bukan harini weekend ke?" Ujar Kak Long.

"Pagi ni papa ada meeting dengan Tan Sri. Lepas habis meeting papa nak keluar dengan kawan papa sekejap." Ujar papa. Kak Long mengangguk tanda faham.

"Dia tu lawa-lawa nak pergi mana pula?" Soal papa kepada Kak Long.

"Nak teman mama gi spa. Lepastu nak pergi shopping." Ujar Kak Long.

"Ohh, kenapa tak ajak Mia sekali." Ujar papa.

"Eh tak apa tak apa. Mia malas nak keluar harini. Nak rehat kat rumah je." Ujar Mia.

"See" kata Kak Long.

"Tapi kan Mia, tak bosan ke duduk rumah je. Betul ni tak nak ikut kitorang" Ujar Kak Long lagi.

"Eh tak apa. Lagipun ada Nana kan dekat atas." Ujar Mia pula.

"Ha si Nana tu, kenapa dia tak turun makan?" Soal mama kepada Kak Long lalu semua mata tertumpu padanya.

"Erkk, mama faham-faham lah anak mama sorang tu. Waktu-waktu macam ni memang duk lena lah atas katil tu." Ujar Kak Long.

"Haish, dah besar panjang pun tak reti nak bangun pagi." Ngeluh papa.

"Tulah, dah pesan banyak kali dah. Macam tu juga. Tak berubah." Ujar Kak Long, lalu menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.

"Maybe kita kena bagi dia minum air yasin baru elok kot." Ujar mama sambil tersenyum.

"Memang pun, alang-alang azan sekali kat telinga dia." Gelak Kak Long.

"Hahaha, pandai lah kamu. Ok lah, papa nak pergi kerja. Jangan keluar lama sangat." Pesan papa, lalu berjalan menuju ke kereta.

"Ma, Han mana? Selalu waktu-waktu macam ni dah ada dekat meja makan. Harini tak nampak pulak dia. Jarang-jarang dia skip sarapan." Ujar Mia kehairanan.

"Han balik kampung. Sebelum subuh tadi dia dah gerak." Ujar mama.

"Ohh, dia balik kampung ada apa ma?" Kata Mia ingin tahu.

"Han tu memang dua atau tiga minggu sekali akan balik kampung. Jaga atuk dia. Dia kan rapat dengan atuk dia." Ujar mama.

"Ohh"

"Ok lah, mama dengan Kak Long nak gerak ni." Ujar mama.

"Ok ma"

Keadaan di dalam rumah kembali sunyi. Hanya tinggal Mia, Mak Jah dan Nana yang masih dibuai mimpi sahaja di dalam rumah. Mak Jah segera mengemas meja makan dan dibantu oleh Mia.

*****

Bunyi ayam berkokok memecah kesunyian dipagi hari. Udara segar di pagi hari amat menyegarkan. Disertakan pula dengan pemandangan yang indah di sekitar sawah padi. Sungguh tenang.

"Atuk, makan lah sikit. Kalau tak makan macam mana atuk nak makan ubat." Ujarku sambil cuba menyuapkan nasi lemak di dalam mulut atuk.

"Thak nak lah han. Ahuk thak de sehera nak mahan." Ujar atok.

"Atuk kau tu Han dah berapa hari dah kurang makan. Berbuih dah mulut opah ni pesan suruh makan. Dia macam tu juga." Ujar Opah sambil menyuapkan karipak ke dalam mulutnya.

"Kalau atuk tak nak nasi lemak, atuk nak makan apa. Han belikan." Ujarku.

"Ha, Han tahu atuk nak apa. Atuk nak Starbucks kan. Takpa takpa nanti Han belikan eh. Tapi sekarang atuk makan dulu nasi lemak ni. Sebab nanti atuk nak makan ubat." Ujarku. Secara tiba-tiba ada objek yang hinggap dikepalaku. Bila aku pusing belakang, aku lihat opahku sedang memegang senduk kayu.

"Ha amik kau. Starbucks apa Starbucks. Atuk kau tu kencing manis. Masuk hospital nanti sapa yang susah?" Bebel opah.

"Aduh, orang gurau je lah opah. Takkan lah orang nak bagi atuk minum Starbucks." Ujarku sambil mengosok kepala yang masih berasa sakit diketuk oleh opah.

Setelah selesai sarapan pagi. Aku membawa atuk bersiar-siar menghirup udara segar. Kelihatan petak sawah terbentang luas umpama padang yang besar. Dihiasi pula dengan bunyi burung berkicauan. Ada beberapa petani yang sudah masuk ke dalam sawah untuk melihat hasil tanaman padi mereka. Aku memandang ke arah atuk. Kelihatan dia sedang termenung jauh. Entah apa yang dia fikirkan pun aku tak tahu. Ada suatu ketika, ketika atuk pulang dari terawih dia pulang berseorangan. Padahal masa tu dia pergi terawih sekali dengan opah. Lepastu aku tanya atuk, 'atuk mana opah'. Baru dia teringat yang opah ikut dia terawih sekali. Mengelabah dia nak patah balik ambil opah di masjid. Mujur tak sampai beberapa langkah, kelibat opah telah kelihatan. Itu yang orang kata, setia hujung nyawa. Apa-apa pun dekat sini memang banyak kenangan dan dekat sini jugalah tempat aku menenangkan fikiran apabila mempunyai masalah.

Setelah aku rasa telah lama bersiar-siar dengan atuk, aku kembali pulang kerumah.

"Han, hatuk nak makhan roti chanai. Han bholeh bhelikhan thak?" Tanya atuk.

"Apa pula tak bolehnya atuk, untuk atuk semua boleh." Ujarku. Terus aku hidupkan enjen kereta dan membeli roti canai untuk atuk.

"Atuk, jauh betul duk termenung tu. Atuk fikir apa sebenarnya." Ujarku ingin tahu.

"Thak ada apha la Han. Huma tehingat khehangan hekat hini je." Ujar atuk. Fahamlah aku yang atuk rindu dengan suasana dan kenangan yang berada disini. Aku juga begitu. Setiap kali balik ke kampung, pasti terkenang kenangan manis dan pahit disini. Amat mengamit memori.

*****

"Sedap?"ujarku sambil menyuapkan atuk roti canai. Dia mengangguk.

"Lepasni kalau atuk nak makan apa-apa, cakap je kat Han. Nanti han belikan." Ujarku.

"Untung lah opah dengan atuk dapat cucu macam kau Han. Dah lah baik, rajin pula tu orangnya." Ujar opah.

"Hehe. Mana ada lah opah. Eh opah makan lah sekali. Han ada beli lebih tu. Sekali dengan Pak Lang. Nanti dia balik makan tengah hari kan? Ujarku, menunjukan bungkusan roti canai yang ada lebih di atas meja.

"Haah, nanti pak lang kau balik lah tu. Dah nak tengah hari. Ni kau balik bila?" Ujar opah mencapai roti canai di atas meja dan diletakkan sekeping di dalam pinggan.

"Tengok lah, tak malam ni esok pagi." Ujarku.

"Balik esok pagi lah Han. Bahaya balik malam-malam. Tidur sini je malam ni." Ujar opah kepadaku.

"Baik opah"




















Sorry dowh buat korang lama tunggu...ni author dah update balik...hope korang still with author...sorry guys




Terlanjur Cinta Where stories live. Discover now