Bab 4

1.6K 18 3
                                    

Semasa aku ingin melangkah masuk ke dalam bilik setelah pulang dari surau, aku mendengar suara tangisan. Aku berasa curiga, siapa yang menangis malam-malam begini. Kedengaran bunyi tangisan berada di bilik Mia. Aku menghampiri biliknya untuk mendapatkan kepastian. Sah, bunyi tangisan dalam bilik Mia. Tapi kenapa dia nangis tiba-tiba. Biarlah dia. Bukan masalah aku. Aku kembali melangkah masuk ke dalam bilikku lalu mengunci pintu.

Keesokan paginya setelah aku selesai mandi, aku menuruni tangga menuju ke dapur. Perutku telah lama berkeroncong sejak solat subuh tadi pagi. Kedengaran agak riuh di dapur hari ini. Aku segera mengambil tempat duduk dan menanti hidangan yang bakal disediakan olah Mak Jah. Beberapa minit kemudian, Mak Jah menghidangkan mee goreng yang baru selesai dimasak di atas meja. Aku segera menyenduk mee itu, diletakkan di dalam pinggan lalu menikmatinya.

"Ma, kaklong risau lah dengan Mia tu. Dari petang semalam tak turun bilik. Ajak turun makan, katanya dah kenyang." Beritahu kaklong kepada mama. Dia risau. Takut ada perkara yang tidak kena berlaku kepada Mia menyebabkan Mia berkurung di dalam bilik.

"Tu lah long. Mama risau juga ni. Han, kamu tak tau apa-apa ke tentang Mia. Bilik dia kan sebelah bilik kamu?" Soal mama kepadaku.

"Semalam masa Han balik dari surau, Han dengar dia nangis." Kataku. Mee goreng kusuap ke dalam mulut.

"Han, kenapa tak bagitau mama awal-awal. Kalau ada apa-apa jadi macam mana. Mama yang susah tau tak." Jelas nampak kerisauan pada wajah mama.

"Kaklong, pergi panggil Mia turun. Risau mama." Arah mama kepada kaklong.

"Dah panggil dah tadi mama. Dia kata dah kenyang." Jelas kaklong. Dia juga risau akan keadaan Mia.

"Hmm. Kita nak buat apa ni?" Soal kaklong.

"Han. Cuba kamu pergi bawa sarapan ni ke bilik dia. Mana tau dia buka pintu." Arah mama kepadaku.

"Lah kenapa Han pula?" Rungutku. Makanan dalam pinggan pun belum habid dimakan. Disuruh pula hidangkan makanan kepada orang.

"Han, tolong mama please. Mama risau ni." Rayu mama.

"Ha yelah-yelah." Aku bangun dari kerusi dan membawa hidangan sarapan naik tingkat 2 untuk dihidangkan di bilik Mia. Setibanya di bilik Mia, aku mengetuk pintu biliknya beberapa kali.

"Mia, aku ada bawa sarapan ni." Kataku.

"Mia tak lapar lah bang. Tak apa lah." Kata Mia dari dalam bilik.

"Kau nak buka ke nak aku terjah masuk?" Tegasku. Dengan pantas pintu bilik terbuka. Kelihatan Mia hanya memakai singlet dan shorts pant. Tergamam aku melihat Mia barpakaian begitu. Kelihatan kulitnya putih mulus tanpa sebarang parut. Rambut diikat pony tail, menyerlahkan lagi keayuan Mia. Lurah dada Mia sedikit teserlah akibat singlet yang dipakainya. Kecantikan yang ada pada Mia mampu membuatkan iman para lelaki yang melihatnya gugur bertaburan. Perfect, umpama bidadari. Terasa semua darah berkumpul di mukaku. Aku terjaga dari lamunanku apabila ditegur Mia.

"Abang, abang ok tak ni?" Soal Mia. Aku segera memberikan sarapan itu kepada Mia lalu membelakangkannya.

"Arr err aaa abang ok. Mia nanti turun. Mama risau. La lagi satu, jangan pakai macam tu. Tak sopan." Kataku.

"So...." Belum sempat Mia berkata, aku terus beredar dari bilik Mia. Aku turun semula ke bawah.

"Abang tu dah kenapa. Ok je aku pakai. Lagipun kat rumah, takkan nak pakai tudung." Omel Mia. Dia segera mebersihkan diri lalu turun ke bawah.

"Sorry mama buat mama risau." Kata Mia sejurus tiba di dapur. Kelihatan Han,kaklong dan Nana juga berada disitu.

"Mia kalau ada masalah cerita dengan mama. Han kata kamu nangis malam tadi, betul ke?" Soal mama kepada Mia.

Terlanjur Cinta Where stories live. Discover now