1.2

262 14 2
                                    

Dia menggelupar sambil terjaga oleh deringan alarm telefon. Tepat jam enam setengah pagi telefon pintar mewah Iphone-13 itu berdering nyaring seakan bunyi das tembakan pistol James. Namun segera dia matikan sebelum histeria mendengar alarm itu memekak.

Dia bangun dari pembaringan sambil meraup muka yang berpeluh. 'Fuhh..nasib baik cuma mimpi', keluhnya dalam hati sambil bersyukur ianya hanya mainan tidur.

Walaupun sekadar mimpi, ia tetap memberikan dampak negatif; kerana bukan sekali dia mengalami mimpi buruk bersama Hannah. Kadang-kadang dia bermimpi Hannah dibunuh, dan membunuh. Seperti mimpi yang dialaminya tadi, rasanya seperti realiti kerana bersangkut paut dengan tugasan sekarang. Dia tidak tahu mimpi itu kebetulan atau amaran kerana tempoh hari Hannah menyuruhnya mencari bukti skandal Datuk Vee.

Walaubagaimana pun, mimpi tadi ternyata salah. Semalam, dia sudah menemukan bukti tersebut dan akan diserahkan kepada Hannah hari ini.

Tanpa membuang masa dia segera turun dari katil dan menapak ke meja tulis; ingin memeriksa bukti tersebut. Beberapa keping gambar Datuk Vee bersama Lady Morgana dibeleknya satu persatu. Kelihatan keduanya sangat mesra sambil minum bersama di sebuah kafe tepi pantai. Kemesraan dalam gambar ini sudah cukup mengesahkan mereka berskandal.

Tetapi apa motif Hannah kali ini; dia tidak tahu, tapi yang pasti wanita kuku besi itu sentiasa punya agenda tertentu. Dan dia sebagai personal assistant serta sekretaris sekaligus terpaksa melakukan kerja kotor yang diperintahkan.

Bunyi 'beep' dari telefon pintar mematikan lamunan. Itu menandakan ada mesej baru masuk. Dia kelam kabut menyimpan semula kepingan gambar skandal Datuk Vee ke dalam envelop.

'Morning syg 🌞😘 Boleh tak jemput aku kat hotel Paragon? Aku tunggu kat lobi utama.' -Mina

Rupa-rupanya mesej Mina dari aplikasi whatsapp. 'Dah kenapa perempuan tu kat hotel?', dia bermonolog sendirian sambil menuju ke bilik mandi. Dalam kepalanya tiada lagi hal Hannah, kini bertukar hal Mina pula.

Sambil mandi dia memikirkan Mina; sepupu memerangkap kekasih. Entahlah, kadang-kadang hubungan mereka biasa saja seperti tiada apa-apa, ada kalanya Mina berubah menjadi kekasih saat memerlukan sesuatu seperti sekarang. Dia sendiri keliru menilai hubungan mereka.

Selesai mandi dia menyarungkan pakaian pejabat serta berdandan rapi seperti manager besar walhal hanya sekretaris. Sebenarnya dia bukan kategori suka bergaya; dia lebih suka penampilan yang ringkas dan trendy. Tetapi Hannah tidak mahu seperti itu. Sesiapa yang bekerja di bawah Hannah harus bijak bergaya biarpun engkau sekadar kuli; jika tidak buruk padahnya nanti.

Dia siap dalam beberapa minit sahaja. Tiada apa yang perlu dibetulkan di hadapan cermin selain menyikat rambut ala-ala artis K-pop Korea, kerana dia rasa gaya k-pop bersesuaian dengan personalitinya; bahkan ada yang keliru menganggapnya sebagai Nam Joo-hyuk kerana penampilan dan rupa parasnya mirip pelakon itu. Dia tidak menafikan malah rasa bangga diri. Bertambah bangga apabila berjalan di mall, dia selalu menjadi bahan cuci mata para wanita.

Selesai menyikat rambut, kini saatnya
menyemprotkan parfum pada pakaian. Wangian pun tidak boleh sebarangan apabila bekerja bersama Hannah. Wanita itu sangat cerewet dalam apa jua keadaan. Itu sebab utama mengapa tiada satu pun PA Hannah yang bekekalan lebih dari setengah tahun. Hanya orang terdesak seperti dia sanggup kekal lebih dari setahun.

Breifcase atas meja tulis dicapai. Segala hal penting yang berkaitan kerja disumbat masuk ke dalam breifcase. Saat memegang telefon bimbit dia teringat satu perkara belum selesai. Lantas ditaipnya mesej kepada Mina.

'Aku otw. Sent location.'

Mesej telah dihantar melalui aplikasi whatssap. Dalam beberapa saat sudah double tick tapi belum blue tick. Lantaklah Mina baca ke tidak. Tiada alasan dia menunggu kerana dia mengejar masa. Jarak tempat tinggalnya dengan Hotel Paragon hampir setengah jam, itu belum termasuk traffik yang pastinya sibuk di pagi hari.

Hari ini dia lalu sahaja warung Janda Kinah yang terletak bawah apartment. Biasanya dia bersarapan disana sebelum turun kerja. Tetapi hari ini memandangkan dia menjemput Mina, baik dia bersarapan dengan Mina sahaja.

Lagi pula dia dan Mina bekerja di bawah satu bumbung. Walaupun mereka satu tempat kerja tetapi mereka jarang bertemu. Kebanyakan masa dihabiskan di pejabat yang terletak di tingkat atas sekali. Sementara Mina pula bekerja dalam mall tingkat bawah.

Dalam perjalanan sambil memandu otaknya masih memikirkan perihal Mina di Hotel Paragon. Pelbagai alasan melintas dalam fikirannya. Mungkin saja Mina pergi berparti malam tadi dan tertidur disana. Hatinya tidak menyenangi alasan seperti itu.

Ketika sampai di simpang Pandan, jalan menuju ke Hotel Paragon, telefon bimbit dia berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia menjeling sekilas dan tertera 'bos calling'. Kelam kabut dia memakai ear phone pada telinga sambil sebelah tangan mengawal stereng kereta.

"Err..hello bos," jawabnya.

"Michael!" Pekik suara di hujung sana.

"Ha ah..ya, ya bos..." Segera Michael menjawab.

"Pick me up now! I have an urgent meeting at 8:30 o'clock."

"Whattt? Meeting?"

Michael seakan tidak percaya. 'Mengapa last minit!!!' dia menjerit dalam hati.

"Yesss, meeting with Encik Hashim from Tara Group. I just get notice and worst of all I didn't have time to prepare anything... arrrghh! Shittt!"

Hannah sudah mula menggila, lebih baik dia turuti sahaja.

"Ok-ok.... I'm on the way right now."

Tuttt...tuttt... Talian sudah dimatikan oleh Hannah. Sekarang giliran Michael pula dilema. Tinggal dua kilometer lagi hendak sampai ke Hotel Paragon. Oleh kerana kerja lebih penting dari Mina, maka dia memilih u-turn untuk kembali ke Medini semula.

Personal Assistant (completed ✅)Where stories live. Discover now