"Michael, I'm sorry. You're fired!" Selepas memecat Michael dia beredar ke arah meja tulis. "What?" Michael terkejut besar. Apakah dia tersilap dengar atau....? Namun kalimah itu jelas pada gegendang telinga, jadi ia benar. Michael terasa seperti disambar halilintar. Tidak! Hannah tidak boleh memecatnya tanpa alasan munasabah. Ini tidak boleh diterima. Dia tidak setuju. Lantas dia bangun mengekori Hannah. "Bos, awak bergurau, kan?" Michael masih tidak percaya. Hannah tersengih mengejek. "No. I'm not kidding. You're terminate in 24 hours." Serta merta lutut Michael longgar. Dia terduduk di hadapan Hannah. Hatinya telah hancur berkeping. Kalau dia tahu nasibnya begini dia tidak akan melayan godaan Hannah malam tadi. Baik dia terus balik ke rumah sendiri saat Hannah mengajaknya bercium. Tetapi dia bodoh! Dia kalah dengan godaan dan hawa nafsu. Mungkin semalam Hannah sengaja mengujinya sahaja. **** nak tahu apa kisah sebenarnya; jemput singgah.