2.8

151 9 0
                                    

Michael tidak mampu berkata apa. Hendak dimarah pun tidak guna. Dia cuba bersabar melayan karenah Hannah yang menjijikkan. Dalam hatinya menyesal kerana menawarkan diri menjaga Hannah. Kalau dia tahu keadaan menjadi rumit begini, lebih baik dia menyerahkan saja wanita itu kepada James.

Hannah tersedak muntah sambil dibantu oleh Michael. Hendak dibiarkan saja dia tidak sampai hati. Belakang Hannah di tepuk-tepuk lembut. Selang lima minit, keadaan Hannah makin membaik. Mujurlah tiada orang lalu disitu memandangkan jam sudah larut. Kereta mereka terletak beberapa meter di hadapan. Michael memapah Hannah kesana tanpa berbaju. Dalam gelap tiada siapa pun perasan kalau dia telanjang sekalipun. Bajunya telah ditanggalkan dek terkena muntah Hannah.

Mereka sampai di kereta. Hannah meminta air untuk berkumur. Saat itu dia baru perasan Michael separuh telanjang. Tersembur air dari mulutnya dan terkena muka Michael yang berada di hadapan.

Michael menarik nafas sambil memejamkan mata cuba bertenang. Bom atom dalam dirinya hampir saja meledak. Seakan mahu dipulasnya hingga tertanggal kepala wanita itu. Geram sungguh dia! Sudahlah tadi Hannah muntah ke atasnya, kali ini Hannah menyemburkan air kumur ke muka dia. Siapa saja yang tidak marah kalau situasi jadi begini. Untung dia masih waras tidak 'membunuh' Hannah disitu.

"You nak rogol I?" Pekik Hannah setelah selesai berkumur. Michael tidak mengendahkan tuduhan itu sebaliknya mengelap muka yang basah menggunakan tisu.

'Bodoh...' maki Hannah dalam hati, menyedari Michael tidak mengendahkan dia. Tunggu saja hari esok dia akan mengadu kepada James bahawa Michael mahu merogolnya. Biar kepala Michael berkecai kena peluru James.

Ketika mahu masuk kereta, kepalanya tiba-tiba berdenyut seperti dicucuk jarum. Lalu objek yang dilihatnya berputar melayang di awangan. Sesaat kemudian, Hannah jatuh tergolek di tepi kereta.

Michael terperanjat dan sepantas kilat mendapatkan tubuh Hannah yang sedang terjelepok atas rumput. Wanita itu mengaduh sakit sambil memicit kepala.

"Bos, ok tak?" Marah tadi bertukar menjadi risau.

"Tak ok lah bodoh..." Keluh Hannah antara dengar dan tidak.

"Mabuk wiski memang parah, bos..." Kata Michael sambil cuba mengangkat tubuh Hannah ke dalam kereta. Tubuh kurus itu di baringkan baik-baik di tempat duduk belakang.

Tangan Michael ditarik Hannah ke dahi. Tanpa perlu dijelaskan Michael tahu isyarat itu; lalu dipicitnya lembut dahi Hannah.

"Slow-slow bodoh..." keluh Hannah dengan mata terpejam. Dalam hatinya membentak, mengapa mabuk kali ini parah sekali. Mungkin benar kata Michael sebab mereka minum wiski terlampau banyak. Lain kali dia tidak mahu minum wiski lagi. Dia serik.

Mujurlah tadi dia memilih bersama Michael dan bukannya bersama James. Dia tidak pernah berperangai gila seperti ini apabila bersama James. Dia tidak pasti kalau lelaki itu akan melayannya sebaik Michael. Sedangkan dia telah lama mengenali James, hampir sepuluh tahun jika dikira, pun dia masih ragu-ragu dengan kesetiaan James....Akhirnya Hannah belayar bersama penilaian terhadap James.

Menyedari Hannah sudah terlelap, Michael menutup pintu kereta. Dia berpindah ke tempat duduk pemandu. Enjin kereta dihidupkan. Dia harus menghantar Hannah ke rumah secepat mungkin memandangkan jam sudah lewat, dua pagi.

Sampai di pondok jaga Villa Cassandra mereka ditahan. Bertambah mencurigakan apabila pengawal melihat Michael tidak berbaju. Michael terpaksa memberitahu hal sebenar dan untuk buktinya, dia menurunkan tingkap belakang. Apabila melihat tubuh Hannah terbaring kaku, mereka faham.

Sampai di blok Alpha, Michael cuba mengejutkan Hannah. "Bos, dah sampai."

"Sampai mana?" Keluh Hannah lemah.

"Sampai rumah. Mari saya hantarkan..." Michael cuba menolong Hannah bangun. Memandangkan tubuh Hannah masih lemah, dia mendukungnya saja.

"I don't want go home....." Hannah merengek dalam perjalanan ke biliknya yang terletak di tingkat tiga. Mereka menggunakan lif untuk sampai ke tingkat atas.

Michael mendukungnya sampai ke katil. Tubuh kurus itu dibaringkan perlahan. "Michael, where are we?" Soal Hannah cuba untuk bangun. Dia terpisat-pisat seketika sambil matanya menerawang sekeliling.

"Kat rumah. Kita dah sampai rumah," Jawab Michael sambil membuka kasut but di kaki Hannah.

"Rumah siapa? You?" Hannah masih gagal mengecam rumah sendiri. Kali ini otaknya gagal berfungsi. Kepalanya masih berat serta pening. Dia tidak dapat berfikir dengan betul.

"Bukan rumah saya. Ini rumah bos sendiri." Michael cuba menyakinkan Hannah. Dia faham sitausi orang mabuk, kadang-kadang dia pun begitu. Bilik air disangkanya bilik tidur, jadi dia tidur disitu.

Setelah kedua kasut tanggal, dia menarik selimut paras punggung Hannah. "Michael, you sure kita kat rumah?" Tanya Hannah lagi.

Michael mengangguk.

"Bukan di padang rumput tadi?"

"Bukan."

Hannah menuruti kata dan kembali berbaring. Kepalanya semakin kuat berdenyut.

"Bos, I balik dulu." Michael meminta diri.

Tiba-tiba tangannya dicapai dan ditarik menyebabkan dia terduduk di birai katil. Hannah tersengih dan menarik tangan kanan Michael ke dahinya. Michael ingatkan apa tadi. Percuma dia berdebar diperlakukan Hannah begitu. Lantas dia menurut kata Hannah; memicit dan mengurut kepala wanita itu sambil menatap muka Hannah sepuasnya.

'Cantik, tapi sayang perangai tidak secantik muka'

Personal Assistant (completed ✅)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt