4.2

116 8 0
                                    

Entah mimpi apa Arman disana tiba-tiba mengajak Hannah makan malam. Memandangkan mereka sudah lama tidak bertemu, Hannah mempersetujuinya.

Seperti telah dijanjikan mereka makan malam di sebuah hotel di pusat bandar. Hannah yang sampai dahulu sebelum Arman. Dari pintu masuk Arman melihat seorang lelaki memakai tuxedo hitam sedang berdiri di samping Hannah.

Arman mengagak sesuatu, pasti Hannah membawa pengawal memandangkan PA telah berhenti. Dia sangat memahami wanita itu. Hannah jarang keluar tanpa ditemani PA atau pengawal.

Arman melangkah penuh gaya mendekati meja Hannah. Dari pintu masuk dia tersenyum hingga ke meja namun tidak dibalas Hannah. Tiada sebarang reaksi daripada wanita itu. Air muka Hannah masam mencuka seolah-olah sedang menanggung seribu masalah; sangat berbeza dengan pertemuan sebelum ini.

"Hi, dear!" Sapa Arman girang sambil menduduki kerusi hadapan Hannah.

'Hi' di biarkan berlalu. Tiada balasan dari Hannah. Sebaliknya Hannah memberi isyarat kepada James di sebelah agar meninggalkan mereka. James akur dan berlalu meninggalkan Hannah.

Arman mengurut dada lega setelah James berlalu. Hannah tersenyum sinis. Dia sengaja membawa James agar Arman kecut perut. Kalau dengan James, Arman tidak boleh main-main berbanding Michael dahulu.

Hannah tahu Arman suka mempersendakan Michael. Dan Michael pula melawan balik tanpa menyedari kelemahan sendiri. Selepas bertarung tenaga hingga lebam, keduanya menjadi seperti anjing dan kucing; jika bertemu pasti bercakaran.

"I heard your PA has stopped..." Ucap Arman sewaktu meneliti menu.

"Yeah, I fired him..." balas Hannah sambil lewa, sama meneliti menu.

"Why?" Arman saja ingin tahu. Hatinya bersorak mendengar Michael dipecat Hannah. Dia memang berbulu dengan lelaki itu. Memang padan mukanya dipecat.

"Nothing... I boring dengan dia. So I buang saja sampah tidak berguna. Why you want to know?"

Arman tersengih mendengar jawapan sinis dari Hannah. 'Sampah tidak berguna' sampai begitu sekali gelaran Hannah pada Michael. Pasti PA bodoh itu melakukan kesalahan besar. Arman mahu tergelak. Seronok mendengar Hannah mencaci musuhnya.

"Well, tiada yang kekal dalam dunia ini. Cinta dan kasih sayang pun boleh berubah sekelip mata...pada akhirnya perlu dilupuskan juga. Sama seperti sampah sarap, jika tidak dilupuskan, akan menjadi parasit." Hannah memandang Arman sinis.

Lelaki itu terpinga-pinga. Entah Arman mengerti atau tidak, terpulang kepada cara Arman menilai.

Makan malam berlangsung seperi biasa. Hannah hanya makan sedikit. Sejak kebelakangan ini dia tidak berselera. Arman pula tidak pernah tidak berselera. Jika dihidangkan tahi dihias seperti makanan, pun dia makan kerana semua makanan nampak sedap di matanya.

"Oh yeah, I almost forgot one thing..." kata Arman hampir lupa. Dia baru selesai makan.

"I don't know about you, but I already know our family discussion..." Sambung Arman.

"Family discussion? I don't know anything," balas Hannah sambil menjongket bahu, agak terkejut. Kalau itu perbincangan keluarga, mengapa dia tidak tahu?

Arman tersengih. Perlahan tangan Hannah dicapai dan digenggam erat. Hannah kehairanan. Arman jarang begitu jika tiada alasan. Namun, untuk kali ini di biarkan saja Arman menyentuh tangannya.

"We're getting married," kata Arman girang.

"What?" Hannah terperanjat. "Oh really?"

Arman mengiyakan. Tangan Hannah dikucup mesra. Nampak gaya Hannah setuju dengan rancangan orang tua mereka. Dia seratus kali ganda setuju! Mana nak cari wanita cantik dan kaya zaman sekarang? Cinta zaman sekarang sudah tidak bermakna. Dunia tidak memandang pada cinta.

"But, I think this marriage is too hasty..." sangkal Hannah, perlahan menarik tangannya dari Arman.

"Hasty what? We're couple in four years. Why still in doubt? We have been waiting a long time for this," Bebel Arman. Hannah seperti masih ragu.

"I don't know, Arman. Please give me some time to think about this." Hannah meminta ruang untuk berfikir.

"Think about what? Hannah, please don't waste our family's hope.." Arman cuba menyakinkan Hannah.

"You're wrong. They just only considered their interests. The victim is us," tegas Hannah. Itulah tujuan sebenar perbincangan keluarga.

"What do you mean? Hannah!"

Arman mengelabah apabila Hannah bangun dari kerusi.

"Thanks for dinner."

Selesai berkata Hannah berlalu.

Arman tidak puas hati. Semasa lalu di kaunter dia meninggalkan not 200. Dia tergesa-gesa mengejar Hannah yang baru melepasi pintu masuk.

"Hannah! Wait for me..." Panggilnya sambil berlari. Dia berjaya mengejar Hannah yang memakai heel 6'. Lantas tangan Hannah dicapainya.

"Come on! We go to club or anywhere..." Ajak Arman memaksa Hannah mengikutnya.

"Lepaskan!" Tengking Hannah marah.

"No. I won't let you go. You belong to me forever. Come on..." Arman terus menarik Hannah mengikutnya ke arah kereta.

Tiba-tiba, seorang lelaki berseragam hitam muncul dan menumbuk Arman. Genggaman di tangan Hannah terlepas. Arman terseret agak jauh. Hannah mengurut dada lega, akhirnya penyelamat dia sampai.

Kebiasaan kalau Arman buat perangai, Michael akan sampai tepat pada waktunya. Namun kali ini bukan Michael tetapi James.

Personal Assistant (completed ✅)Where stories live. Discover now