7.9

100 7 0
                                    

Hannah mara ke arah Michael apabila melihat lelaki itu teragak-agak. Bibirnya terukir senyuman manis saat menarik tangan Michael supaya menduduki bangku kayu.

Michael akur. Punggung lalu dilabuhkan tanpa berkata apa. Hanya dada masih berdebar tanpa sebab. Di samping itu hatinya sangat senang menerima layanan istimewa dari Hannah. Bunga dalam taman hatinya semakin mekar melihat senyuman Hannah yang begitu manis serta indah. Dia seolah-olah melihat bidadari syurga....

"Hellooo...I'm talking to you," Hannah memetik jari sekaligus membawa Michael ke dunia nyata.

"Are you with me?" Tanya Hannah sambil menghulurkan separuh gelas wain merah. Sedar-sedar wanita itu sudah berada di sebelahnya.

"Err...ya, bos. I'm sorry," Michael tersipu-sipu menyambut gelas wain.

"It's ok, i'm in good mood. So, yamseenggg!"

Hannah mengajak Michael 'cheers'. Michael akur. Gelas mereka berlaga seketika sebelum meneguk sedikit wain masing-masing. Dahi Hannah berkerut seribu menahan bisa wain merah tahun 1999 itu; salah satu koleksi wain peribadinya. Begitu juga Michael turut merasai bisa tersebut.

"Bisanya. Ini wain tahun berapa?" Michael saja bertanya.

"Year 1999. Why?"

Michael hanya menggeleng sebelum mengeluh sambil mengurut dada. Bisa wain itu jelas terasa membakar ulu hati dan membuatkan tubuhnya terasa panas.

"Do you like it?" Tanya Hannah lagi, seraya merapatkan tubuhnya pada Michael. Buah dada yang separuh terdedah sengaja digesel ke tubuh Michael. Lalu perlahan dia merangkul lengan lelaki itu.

Dada Michael berdebar kembali. Sentuhan Hannah berjaya membuatnya tergoda seperti sebelum ini. Hatinya sangat teringin membalas sentuhan itu namun dia masih segan. Ikutkan hati yang sedang galau; tubuh Hannah ingin dipeluk seeratnya.

"Kenapa diam? You tak suka, atau you jual mahal?" Bisik Hannah di telinga Michael.

"Tak. Siapa yang jual mahal?"

Cepat Michael menjawab. Tangan Hannah lalu digenggam erat. Hannah tersenyum. Dia pasti Michael pun merasa apa yang dia rasa. Cuma lelaki itu terlalu malu untuk memulakan. Itu tidak menjadi masalah. Zaman sekarang tiada lagi istilah pepatah; perigi mencari timba.

"You seronok hari ini?" Tanya Hannah lagi, sekadar berbasa basi.

Suasana yang sunyi dan kelam serta penangan wain tadi sangat romantis baginya. Berada dekat dengan Michael memberinya kehangatan dan ketenangan yang telah lama tidak dirasai.

"Seronok, bos. Terima kasih," Jawab Michael, masih berlagak formal.

"Can't you stop calling me bos? It sounds weird you know."

"Err..."

Michael serba salah. Dia tersengih. Habis dia nak panggil Hannah apa? Nak panggil 'sayang' ia agak berlebihan pula. Tak pasal-pasal suasana yang romantis bertukar huru hara kalau Hannah mengamuk.

"Just call me whatever you want.." Bisik Hannah ke telinga.

Michael teringatkan panggilan Jason kepada Hannah. Panggilan itu menandakan Jason sangat rapat dan terbiasa dengan Hannah walaupun Hannah tidak pernah baik terhadap Jason. Michael pun mahu menjadi seperti Jason. Jadi dia cuba memanggil ketuanya;

"Han?" Ucap Michael malu-malu.

Tiba-tiba ketawa Hannah berderai. Michael pun ikut ketawa. Selang beberapa saat keduanya kembali tersengih.

"Ok. Accepted." Hannah setuju.

"So, I can call you Han if it's just the two of us?" Michael mahu kepastian.

Hannah menjawab dengan anggukan sambil tersenyum; merenung wajah Michael penuh minat. Begitu juga Michael, mata mereka bersatu buat seketika. Entah mengapa hari ini dia mendapat kekuatan untuk berbalas renungan. Dia terpana sesaat apabila menyedari keindahan ciptaan Tuhan di hadapannya. Wajah itu membuatnya berasa sangat bahagia. Mata yang bersinar itu sangat memukau. Begitu juga bibir tipis yang menggoda iman; membuatkan hatinya membuak-buak ingin menjamah bibir itu.

Puas menilai, tidak terasa tangan Michael berpindah naik ke muka Hannah. Diramas lembut bibir tipis itu buat seketika. Perlahan dia mendekatkan muka dan bibirnya menggamit mesra bibir itu. Pautan bibirnya disambut Hannah dengan mesra.

Kehangatan ciuman mula membangkitkan rasa ghairah antara mereka. Tangan keduanya mula menjalar menjelajah ke setiap pelusuk daerah terlarang. Sekejap sahaja nafsu durjana berjaya menguasai mereka.

Selang beberapa minit keduanya berhenti bercium saat keadaan sudah tidak terkawal lagi. Nafas keduanya turun naik mengawal nafsu yang sedang menguasai. Sedar-sedar Hannah sudah berada di atas paha Michael; sedang berusaha menanggalkan zip seluar lelaki itu. Michael pun sama: sudah berjaya membuka ikatan tepi kiri dan kanan tali underwear g-string yang dipakai Hannah. Alang-alang lalu dilucutkan sahaja.

Malam itu mereka melakukan hubungan seks di bangku kayu luar balkoni; dengan posisi duduk dan saling menghadap. Ternyata nikmat posisi itu lebih sedap kerana baru pertama kali mereka mencubanya. Tidak cukup disitu, keduanya berpindah ke katil untuk menyambung permainan.

Hampir dua jam mereka bertarung di ranjang hingga puas dan keletihan. Hannah terus berlayar dalam pelukan Michael. Namun sebelum itu dia sempat mengingatkan lelaki itu agar terus menemaninya hingga ke pagi. Awas jika Michael curi-curi meninggalkan dia; Michael akan dipecat.

Ugutan itu sangat mengembirakan Michael. Pucuk dicipta ulam mendatang. Dia lagi seronok berlipat ganda tidur berpelukan begitu. Kalau Hannah menginginkan dia setiap malam, itu lebih bagus.

Personal Assistant (completed ✅)Where stories live. Discover now