9.3

94 6 0
                                    

Pagi berlangsung seperti biasa. Hannah bangun dalam pelukan Michael seperti semalam. Sudah dua hari mereka tidur bersama sejak Michael berpindah ke Alpha. Ternyata tidurnya sangat nyenyak sekali. Malam tadi sebelum tidur mereka sempat berasmaradana dahulu, mungkin itu 'ubatan' dia tidur lena.

Hari ini perasaan Hannah agak berbeza daripada biasa. Cara pandangnya terhadap Michael telah berubah. Lelaki itu bukan sahaja sekadar pembantu malah seseorang yang sangat penting baginya. Seseorang yang harus dihargai dan dihormati. Malah dia meletakkan Michael di tangga teratas sekali dalam hatinya.

Begitu juga Michael, tidak kalahnya dengan Hannah. Hatinya memang sudah lama meletakkan Hannah di tangga teratas. Dia menyanyi kecil sewaktu turun dari tingkat tiga menuju ke biliknya untuk membersihkan diri.

Dalam kepalanya sedang bermain adegan panas penuh berahi yang berlangsung malam tadi. Buat pertama kali dia 'pancut' dalam dan ternyata ia lebih nikmat. Hannah pun turut merasakan nikmat itu. Dan tanpa Hannah sedari, dia melakukan pancut dalam beberapa kali tanpa memikirkan masalah yang akan mendatang. Yang penting mereka puas.

Bagi Michael, dia tidak mahu mensia-siakan waktu yang ada bersama Hannah. Hanya ini masa yang tersisa baginya sebelum Hannah menjadi milik orang lain. Harapannya bersama Hannah selepas berkahwin agak tipis. Namun dia sangat berharap wanita itu akan terus mencarinya.

Selesai bersiap Michael meringankan beban Kak Yati di meja makan sementara menunggu Hannah turun. Kelibat Suria tidak kelihatan pula pagi itu.

Keberadaan Suria tiada kena mengena dengan Michael jadi Michael malas bertanya. Sebaliknya pula Kak Yati yang bertanya kepada dia.

"Akak agak hairan, dua hari sudah kamu berpindah kesini tapi tidak tidur dalam bilik, kamu tidur dimana?" Tanya Kak Yati sambil menyediakan sarapan atas meja.

Sebenarnya dia tidak sengaja melintas bilik Michael malam tadi dan malam sebelum. Menyedari pintu bilik tidak tertutup rapat jadi dia terpanggil memeriksa. Dari situ dia menyedari yang Michael tidak tidur di biliknya.

"Err... Maksud akak macam mana tu? Siapa cakap saya tak tidur kat bilik?" Michael tergagap-gagap menjawab. Jelas sangat dia terperangkap oleh soalan Kak Yati.

"Hissh, kamu ni," Kak Yati geram melihat Michael cuba berdalih, "...akak tengok sendiri bilik kamu tu kosong,"

"Oh..." Michael menyengeh sambil menggaru kepala.

"Malam tadi saya tertidur kat bilik bacaan, kak," akhirnya Michael mendapat idea.

"Pulak dah...kenapa?" Kak Yati seolah-olah percaya.

"Pasal kerjalah, Kak...." keluh Michael. "...akak macamlah tak tahu hidup saya ni macam mana,"

"Yalah tu, lain kali buat kerja dalam bilik. Mata ngantok terus baring jer kat katil."

Tiba-tiba Hannah muncul bagai pelesit. Automatik perbualan mereka terpadam. Selepas menyapa dengan ucapan selamat pagi, Kak Yati berlalu ke dapur basah. Manakala Michael menyertai Hannah di meja makan.

"Seronok berbual?" Sindir Hannah kurang menyenangi kemesraan Michael dengan orang lain. Dia geram; kalau dengan dia Michael terlampau pendiam.

"Err...tak ada apa pun, cuma berbual kosong." Jawab Michael serba salah. Takut kalau ianya mendatangkan kemarahan kepada Hannah. Tapi dia bukan berbual dengan Suria. Harap-harap Hannah tidak melarang dia berbual dengan Kak Yati pula.

Hannah hanya mencebik. Dia meneruskan selera sambil melihat berita semasa dalam ipad. Memang begitulah tabiat Hannah apabila berada di meja makan. Sementara Michael pula lebih suka menikmati suasana.

Selesai bersarapan, Hannah mengingatkan Kak Yati; "Malam nanti I makan malam kat Delta. So, tak perlu masak untuk I."

"Baik, Puan."

"Oh yeah, termasuk Michael and James follow I makan malam."

"Ya, Puan."

Kak Yati bersorak dalam hati. Jadi hari ini dia tidak perlu pergi ke market basah membeli bahan mentah.

Berbeza pula perasaan Michael setelah mendengar arahan Hannah. Walaupun bukan ditujukan kepadanya, tetapi mengingatkan dia kepada sesuatu hal buruk. 

Hal buruknya kalau melibatkan Arman. Entah apa rancangan Arman malam nanti. Jangan-jangan lelaki itu ingin melamar Hannah untuk menyempurnakan kesepakatan orang tua mereka.

Ya tuhan, seandainya lamaran itu berlaku, apakah dia sanggup menyaksikan itu?

Sejak itu, hati Michael mulai tidak tenteram. Air mukanya keruh seperti kalah jadi. Otaknya cuba diperah mencari jalan pernyelesaian. Dia harus bertindak sebelum terlambat. Sepanjang perjalanan menuju ke tempat kerja otaknya diperah berfikir.

Sampai di meja kerja, dia memeriksa handphone. Manalah tahu ada orang mencarinya. Dan benar tekaan dia; mesej Jason telah masuk seawal matahari terbit tanpa disedari.

'Lusa kita keluar minum nak?😅' -Jason

Michael mula berkira-kira sendiri sama ada menerima tawaran Jason atau menolak. Teringat kenangan mereka keluar minum kali pertama di Cabana Bistro dulu. Dia tersengih sendiri. Sejak itu mereka sering keluar minum bersama.

Tiba-tiba sesuatu melintas fikirannya. Lounge Cabana? Ya, Arman dan Suzy; dimana dia melihat pasangan itu bermesraan. Itu boleh dijadikan bukti perselingkuhan Arman. Pasti ianya terakam oleh cctv disana. Ya, dia mesti mendapatkan bukti itu secepat mungkin.

Personal Assistant (completed ✅)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن