8.5

90 6 0
                                    

Ketika Michael kembali ke pejabat, Hannah belum balik lagi. Semangat Michael melayang sekali lagi. Namun tidak lama, setengah jam kemudian kelibat Hannah muncul dari pintu masuk. Para pekerja kelam kabut acah-acah bekerja.

"Michael, come in," Arah Hannah sebaik lalu di meja pembantunya.

Michael lantas bangun dan mengekori Hannah. Di dalam bilik, dia tercegat sambil tunduk di tepi meja menunggu arahan seterusnya.

"You dah makan?" Tanya Hannah sambil membuka laptop.

"Sudah, bos."

"Sorry, I forgot to tell you, I kena makan dengan klien. And Arman pun ada sekali."

Michael cuma mengangguk. Buat apa Hannah memberitahunya tentang Arman? Sengaja buat dia cemburu tanpa sebab. Cukup-cukuplah Hannah menyakiti hatinya makan bersama Arman tadi.

"Kenapa diam?" Hannah memandang Michael yang masih tunduk.

Michael serba salah melihat reaksi Hannah. Habis, dia harus bagaimana lagi? Tidak mungkin dia memarahi Hannah kerana makan dengan Arman.

"Are you jealous?" Teka Hannah lagi.

Michael tersentap. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Tidak perlu dia menjawab, Hannah sudah tahu jawapannya. Bukan sayang namanya kalau tidak cemburu.

"So, you merajuk?"

Kali ini Michael menggeleng. Buat apa dia membuang masa dengan merajuk? Dia bukan jenis seperti itu.

"Good, malam nanti kita keluar makan, ok." Hannah memancing perhatian Michael.

Mendengarkan itu perlahan bibir Michael mengukir senyum. Wajahnya kembali cerah. Kepala diangkat memandang Hannah.

"Lepas makan kita berjalan di tepi tasik,"

Senyuman Michael semakin lebar. Dalam kepalanya sudah terbayang suasana romantis antara mereka.

"Saya ikut sahaja kata bos," balas Michael tersipu-sipu.

"Ok, kalau macam tu, please buy for me a coffee, as usual. I feel sleepy after lunch," Hannah tersengih.

"Yes, bos."

Michael segera meminta diri. Tanpa singgah di meja, dia terus keluar pejabat. Hatinya menyanyi riang menuju ke arah lif. Tidak sabar rasanya menunggu malam menjelma. Dia mohon agar masa cepat berlalu.

Michael sampai di mall tingkat dua. Keadaan mall sentiasa meriah sepanjang waktu walaupun hari biasa. Pelanggan sentiasa ada berkunjung ke mall Kingdom.

Michael lalu di hadapan butik Royale. Lantas dia teringatkan Mina. Kebetulan pada masa yang sama; dua orang pekerja perempuan sedang bersidai di luar kedai.

Michael terpanggil untuk menyapa setelah menjenguk ke dalam butik; mencari kelibat Mina namun hampa. Lalu dia bertanyakan tentang pekerja Sabahan bernama Mina.

"Abang ni siapa?"

Dia pula disoal balik.

"Saya cousin dia." Jawab Michael.

"Oh, begitu," Keduanya tersengih, "...kami ingatkan pakwe dia yang mana tadi, hehehehe..."

"Dia ramai pakwe ke?" Tanya Michael lagi, cuba mengorek rahsia Mina.

Mendengarkan itu, keduanya tergelak sakan. "Sangat ramai, bang. Dia laku macam pisang goreng panas, heheheh..."

"Yeke..." Sekarang baru Michael tahu Mina jenis perempuan apa. Hatinya tiba-tiba sakit setelah menyedari diperbodohkan oleh Mina. Mujurlah mereka tidak lama bercinta dan belum sempat bersama.

"Sekarang Mina tak kerja sini lagi, bang. Pasal ada orang cari dia," Ujar gadis India itu.

Rakannya di sebelah mengiyakan; "Itulah sapa suruh dia menggatal dengan laki orang?" Lalu keduanya memaki Mina dalam bahasa Tamil.

Michael agak terkejut dengan berita itu. Sampai laki orang pun Mina kebas. Tidak mustahil Mina diserang oleh bini orang.

"Sekarang Mina kerja kat mana?" Michael masih tidak puas hati.

"Tadak tahu la bang. Kami sudah lost contact,"

Michael pergi setelah berterima kasih. Entah dimana Mina sekarang. Dia ambil peduli bukan kerana dia masih cintakan gadis itu. Mina bukan orang lain pun. Mereka sepupu sebelah bapanya. Bagaimana nanti kalau ibu bapa Mina bertanyakan kepadanya. Apa dia harus jawab?

Puas berperang dengan fikiran sendiri, Michael sampai di tempat dituju. Kopi kegemaran Hannah lalu dipesan. Sementara menunggu kopi siap, dia lebih suka melihat sekeliling daripada melihat handphone.

Matanya terpandang sepasang kekasih sedang minum di sebuah meja hujung sekali. Apa yang menariknya, si lelaki sedang memakaikan sesuatu ke pergelangan tangan si wanita. Mungkin saja itu gelang tangan. Alangkah romantis pasangan itu. Automatik dia berfikir tentang Hannah.

Balik dari Starbucks, Michael sempat menyimpang ke kedai emas. Entah kenapa dia terikut dengan pasangan muda di Starbucks tadi. Dia pun teringin menjadi seperti lelaki romantis itu.

Puas berkeliling dalam kedai emas sambil membandingkan harga, akhirnya dia memilih seutas gelang emas pandora yang simple dan elegan. Dia membayar dengan debit kad. Apalah sangat harga seribu dua berbanding cinta terhadap Hannah. Malah dia sanggup menggadai nyawa agar Hannah bahagia.

Michael kembali semula ke pejabat di tingkat dua puluh lima; tingkat paling atas sekali bersama air Starbucks kegemaran Hannah, yang bertulis nama 'Michael' pada cawannya.

Personal Assistant (completed ✅)Where stories live. Discover now