3.2

136 9 0
                                    

Dua hari telah berlalu...

Keadaan Michael baik-baik saja setelah bergelar penganggur. Dia makan dan tidur dengan teratur. Waktu pagi dan petang dia berjogging di taman atau pergi ke gym. Waktu lapang digunakan sebaik mungkin bermain game kegemarannya atau tidur sepuasnya apabila mengantuk. Dia juga keluar berjalan di tepi tasik sambil mencuci mata sekeliling. Apa saja yang tidak dilakukan selama ini, telah dilakukan dengan baik.

Masalah lain juga telah diselesaikan. Hutang ibunya lapan ribu telah dilangsaikan; berkat gaji terakhir yang diberikan Hannah. Barang dan dokumen penting di pejabat Hannah telah diambilnya semalam ketika Hannah tiada di pejabat. Dia tidak mahu bertembung dengan wanita itu. Sempat juga dia bersalam dan mengucap selamat tinggal kepada rakan pejabatnya. Mereka bertanyakan alasan dia berhenti mengejut. Dia hanya menjawab dirinya dipecat tanpa alasan logik.

Selepas mengambil barang di pejabat, Michael pergi ke Villa Cassandra untuk memulangkan kereta Bmw dan sweater tempoh hari. Dia tidak selesa memilikki barang orang lain walaupun hatinya menginginkan kereta itu.

Jason menelefonnya selepas beberapa jam dia dipecat. Alangkah cepatnya rumor itu menyebar dalam villa Cassandra. Dia tiada pilihan lain selain menerima tawaran Jason. Maka dia akan bekerja di bawah penyelian lelaki lembut itu.

Zaman sekarang bukan senang mencari kerja dengan kelayakkan akademik STPM sepertinya. Disebabkan nasib keluarga miskin dia tidak mampu melanjutkan pelajaran ke universiti. Setelah tamat STPM dan mendapat kelulusan penuh, dia cuba berhidjrah ke Johor Baharu dengan menumpang di rumah Morgana; sepupu ibunya.

Dalam dunia penulisan mak ciknya lebih dikenali sebagai Lady Morgana kerana buku yang ditulisnya. Pada mulanya Michael bekerja dengan Morgana; menolong apa yang patut.

Wanita 40-an itu mempunyai syarikat penerbitan buku dan sebuah restorant serta beberapa buah chalet di pantai Air Papan Mersing; atas pengkongsian dengan mendiang suaminya. Jadi, Michael menolongnya selama tiga bulan lebih sementara mencari pekerjaan tetap.

Kebetulan pada masa itu dia dipertemukan dengan Datuk Vee yang datang melawat kawan baiknya, Morgana. Dia tidak tahu kisah sebenar mak ciknya dengan Datuk Vee. Morgana merayu kepada orang tua itu supaya mengambil Michael bekerja. Dan dari situlah bermulanya episod dia bekerja di bawah kuasa Kingdom.

Selepas berhenti kerja dengan Hannah di cawangan Bukit Indah, dia akan berpindah ke cawangan induknya semula di pusat bandar. Kalau dulu dia bekerja dalam department marketing di bawah kuasa Datuk Vee (kini department marketing di ambil alih Andre) memandangkan orang tua itu ingin bersara.

Sementara Jason menguruskan bahagian pentadbiran dan sumber manusia. Nampaknya Michael terpaksa belajar bidang baru. Tidak masalah baginya kerana dia ada basic pengenalan. Sewaktu bekerja dengan Hannah dia sudah mendapat banyak pengalaman. Lagi pula keadaan tidak berapa rumit kerana Jason bukan seperti kakaknya yang kejam itu. Dia berharap hidupnya lebih aman setelah dicampakkan oleh Hannah.

Malangnya tidak. Mungkin keadaan masih baru; dia masih terkejut dipecat oleh Hannah. Otaknya masih belum menerima kenyataan. Atau hatinya sudah terpikat dengan wanita itu tanpa disedari.

Tidak dinafikan saat berada dekat dengan Hannah jantungnya mula berdebar lain macam. Dia terlalu mengambil berat akan wanita itu. Malah dia sanggup bersabar dimarahi dan dimaki hamun; sedangkan Mina yang konon dicintainya, dia tidak dapat menahan sabar dengan gadis itu.

Kejadian pada malam itu telah meninggalkan kesan mendalam padanya. Setiap babak dan aksi ghairah malam itu sering berlegar dalam minda, bahkan pada saat ini. Apa pun yang dilakukannya, atau kemana pun dia pergi, bayang Hannah tetap muncul menyertai

Berbanding perasaannya terhadap Mina; yang baru putus dengannya, dia langsung tidak merasakan apa-apa. Dia tertanya-tanya apakah selama ini dia benar mencintai Mina atau sekadar kagum. Entah....

Tiba-tiba, ketika dia sedang berbaring melayan fikiran, panggilan dari James masuk. Kelam kabut dia menjawab. Rupa-rupanya lelaki itu berada di kafeteria bawah apartment dia.

Michael bergegas keluar rumah dan turun ke bawah menggunakan lif. Hatinya cuba meneka tujuan James ingin bertemunya. Mustahil James melawatnya begitu saja tanpa alasan. Mereka bukan rapat mana pun. Walau bagaimana pun, dia berharap James adalah utusan Hannah. Mungkin Hannah ingin dia kembali bekerja semula, siapa tahu kan...

Sampai di Ali Baba Cafe, Michael mencari James yang katanya menunggu di situ. Dalam kafeteria hanya berapa orang pelanggan saja. James langsung tidak kelihatan. Michael keluar dari kafeteria dan cuba menelefon pengawal itu.

"Aku dalam kereta," Jawab James dalam talian.

Michael terpinga-pinga, apakah James cuba mempermainkan dia? Atau Hannah yang menghantar James supaya melakukan benda bodoh terhadapnya. Apa lagi kesalahan dia?

"Michael, jumpa aku kat kereta. Ada benda aku nak tanya." Arah James tegas membuatkan Michael berdebar.

"Aa...apa dia?" Michael cuba bertanya dalam telefon, dia jadi takut bersemuka dengan James dalam kereta.

"Hei! Kau faham tak!" Bentak James marah.

Michael ketakutan. Dia melilau kiri kanan mencari kereta James. Gatal hatinya ingin lari saja, tetapi nasibnya bertambah buruk jika dia melarikan diri. Sebuah kereta hitam dengan tinted gelap pekat; mengerlipkan lampu.

"Masuk cepat sebelum aku heret kau masuk!"

Personal Assistant (completed ✅)Where stories live. Discover now