XI ; True Strength

87 11 3
                                    

" Hyung. Apa identiti hyung yang sebenarnya? Dibuang keluarga, dibiarkan di dunia manusia tanpa tahu apa-apa khabar di Fantasía ketika itu? "

Matanya sayu memandang wajah damai dan tenang Wonwoo. Sungguh dia berharap apa yang berada di benak fikirannya adalah salah.

Bahawa Wonwoo tiada kaitan dengan Ayes Kingdom.

Kerana dia sudah terlanjur selesa dengan kehadiran Wonwoo. Akan sedikit susah untuk dia menerima kalau dia tahu yang Wonwoo adalah musuhnya selama ini.

Seokmin bangkit dari birai katil. Dia mendudukkan diri di sebelah katil Wonwoo dan memegang tangan Wonwoo yang entah kenapa terasa semakin sejuk.

Tetapi sejuk itu tidak mengganggu langsung. Malah dia terasa semakin selesa. Seperti tangan lelaki yang menceroboh(?) biliknya.

" Tolonglah hyung. Buktikan apa yang terjadi tadi hanyalah satu kesalahan "

•-•-•-•-•-•-•-•-•-•-•-•

" Baiklah. Hari ini, kita akan periksa sebesar mana majik kamu boleh berkembang " ujar Sir Sooman yang menyuruh mereka bertiga belas untuk tidak pulang ke oreinó terlebih dahulu.

Sekarang, mereka dikumpulkan di Hall of Speak. Sir Heechul, Sir Seunggi, Sir Minho, Miss Taeyeon, Miss Boyoung, Miss Inyoung dan Miss Sunmi juga berada di situ. Mereka sudah diperkenalkan kepada 13 pelajar tersebut sebagai pengajar yang bakal membimbing mereka lebih lagi.

Puff!

" Home sweet home! Tahun baru, wajah baharu " ujar seseorang yang muncul secara tiba-tiba.

Di tangannya, ada sebuah buku tebal yang kulitnya diperbuat daripada kulit pokok tertua yang pernah tumbuh di Fantasìa.

" Salam perkenalan, anak muda. Aku Han Sungsoo. Orang gelar aku sebagai Elder Han kerana aku bagus bab potion. Aku datang jauh ke sini untuk periksa sebesar mana majik korang. Sebab aku dengar tiga belas pemuda di hadapan aku ini dilahirkan dengan COAL " mereka mengangguk maklum dengan perkenalan diri Elder Han yang terkesan amat santai.

" Baiklah. Kita mulakan dari yang muda dahulu "

" Schimatis " arah Elder Han dan para pengajar yang berada di dalam Hall of Speak mula bergerak kepada formasi yang biasa mereka lakukan setiap kali MK baharu akan mengetahui sebesar mana majik mereka.

Elder Han mengangkat tangan kanannya tinggi. Muncul asap berwarna putih yang mengelilingi tangan kanannya sebelum muncul sebatang tongkat tua.

Dihentak tongkatnya itu sebanyak tiga kali sebelum lantai yang mereka pijak menunjukkan cahaya yang membentuk kýklos

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dihentak tongkatnya itu sebanyak tiga kali sebelum lantai yang mereka pijak menunjukkan cahaya yang membentuk kýklos.

Kýklos juga akan muncul apabila seseorang itu telah berada pada tahap tertinggi majik mereka untuk masa yang lama walaupun tidak dilahirkan dengan COAL.

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now