XV ; Outrageous

70 11 2
                                    

" Jangan berlembut dengan aku! "

" Aku tak akan "

" Atau kau lemah lepas jadi perumah baru untuk parasit tu? "

" Wonu bukan parasit " ditolak Cherry dengan tenaga lebih lalu membuatkan Jeonghan terpelanting sedikit jauh.

Tetapi jejaka berambut panjang itu berjaya mendarat dengan baik. Dia berlari dengan laju. Apatah lagi kerana majik nya, sekelip mata sahaja sudah berada di hadapan lawannya, Seungcheol.

Dilibaskan Hany dengan kuat ke arah Seungcheol tanpa belas kasihan. Tidak kisah sahabatnya itu akan tercedera parah atau tidak.

Sedikit merugikan untuk Seungcheol kerana Jeonghan menggunakan dua bilah katana sedangkan dia hanya menggunakan satu. Membuatkan dia perlu menggunakan tenaga lebih.

" Lawan aku, Choi Seungcheol! "

Seungcheol menggunakan majik nya untuk mengelak dari tusukan dan libasan Jeonghan. Tetapi badannya kehilangan tenaga dengan banyak.

Mereka terlempar sedikit jauh antara satu sama lain. Jeonghan melihat Seungcheol yang termengah-mengah dengan senyuman.

" Penat? "

" Tak "

" Nak menyerah? "

" Kau tahu aku tak suka meninggalkan kerja separuh jalan "

" Tapi kau tinggalkan persahabatan kita demi dia! " Jeonghan mara dengan cepat.

Dia tak berlembut kali ini. Sisi lembutnya sudah hilang ditelan dendam.

" Aku tak putuskan hubungan kita " balas Seungcheol sembari menghalang serangan Jeonghan.

Dia sudah penat. Jadi dia akan bermain defense manakala Jeonghan bermain attacker.

Sedikit demi sedikit bilah tajam Hany melukai badan Seungcheol. Tetapi jejaka itu tidak menjerit sakit mahupun meringis. Sedangkan baju putih yang dipakai kian bertukar warna. Cherry juga sudah hilang dari tangannya kerana ditendang Jeonghan.

" Berhenti! " jeritan Sir Minho memberhentikan Jeonghan.

Masa yang tepat kerana Hany sudah berada tepat di leher Seungcheol. Sedangkan mereka berdua memandang tajam tepat ke mata masing-masing.

Bagaikan musuh abadi yang memiliki hubungan permusuhan yang ketat.

" Korang kenapa? " soal Sir Minho tidak percaya dengan apa yang berada di hadapannya sekarang.

" Seterusnya " ujar Seungcheol lalu menepuk lembut bahu Sir Minho dan berlalu pergi dengan langkah yang tertatih.

" Korang ada sembunyikan apa-apa dari kami? " soal Sir Minho pula kepada Jeonghan.

" Tiada. Kami baik-baik saja. Mungkin terlalu ikut suasana " bohong Jeonghan. Sesungguhnya, mereka ada dua kubu sekarang.

Sir Minho menahan bahu Jeonghan apabila yang lebih muda mahu pergi. Didekatkan mulutnya pada telinga Jeonghan.

" Kalau aku tahu terjadinya sesuatu antara korang, jangan harap aku nak berlembut. Ingat " bisik Sir Minho.

Wajah Jeonghan tidak menunjukkan reaksi. Tetapi hanya tuhan sahaja tahu betapa takut hatinya sekarang.

Ancaman Sir Minho tidak boleh dibuat main. Kadangkala, Sir Minho akan lebih menakutkan dari Sir Seunggi.

Giliran Jihoon dan Seokmin. Mereka juga tidak mengambil ringan perlawanan ini. Sehingga rosak padang kerana petir yang datang dari langit dan api yang membakar tanah.

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now