XIX ; Almost...

102 10 0
                                    

" Wow. Mereka yang dikatakan menjalin hubungan keluarga bersama orang asing, begini rupanya "

Pang!

Bagai tamparan yang cukup keras untuk mereka yang bertikam lidah sedari tadi. Terdiam selepas mendengar kata-kata Rin yang menusuk kalbu.

" Kau siapa? " kerana lelah untuk menghentikan pertengkaran mereka, Jisoo mengalihkan perhatian kepada Rin.

" Aku? Aku hanyalah pembantu kepada tuan aku? " balas Rin dengan nada yang sinis.

" Kau salah satu makhluk Jeon Wonwoo? " soal Soonyoung pula.

" Tak. Aku bukan makhluk. Aku juga seperti kalian semua. Tapi! " dengan sengaja Rin menjedakan kata-katanya.

" Tapi apa? "

" Aku juga adalah rakan seperjuangan Jeon Wonwoo " sambung Rin dengan senyuman sinis yang terlakar pada bibirnya.

Tidak. Empat dari mereka menidakkan pengakuan itu dalam hati. Sekeras-kerasnya mereka menidakkan apa yang baru diludahkan oleh Rin tanpa rasa bersalahnya. Tolonglah. Mereka sudah tahu Rin bekerja dibawah siapa.

Tetapi tujuh yang lain, hanya mampu terkekeh sinis. Sudah agak yang lelaki berpakaian seperti fónos itu adalah orang yang Wonwoo kenal. Malah dikatakan rakan seperjuangan. Uwah!

" Tak! Kau tipu! Aku kenal Wonu hyung. Dia tak pernah bercerita tentang kau " protes Seungkwan dengan tegas. Dia sudah muak mendengar dan melihat Wonwoo difitnah.

" Ouh. Anak Ketua Jang yang dipinggirkan sebab mak dia juga adalah pengkhianat. Tak sangka lelaki tua tu masih biarkan kau hidup "

Tangan Seungkwan terkepal erat. Dia tidak akan membenarkan sesiapa pon menghina ibunya!

" A group that full of messed kids. Oh. Bantuan hampir sampai. Sebentar. Aku nak seksa korang terlebih dahulu "

Mereka membuka kekuda. Bersedia dengan apa yang bakal Rin lakukan.

Fwish

Seperti biasa, badannya bertukar menjadi asap hitam mengelilingi badan mereka terlebih dahulu. Untuk mengelirukan mereka.

Rasa sesak itu ada kerana Rin lalu di kepala mereka. Secara tak langsung, menghirup sedikit asap hitam itu. Hanya ada bau busuk sahaja.

" Jangan! " pekik Chan kerana dia orang terakhir yang terkena Rin. Dia tahu siapa yang bakal terkena selepasnya.

" Cheol hyung! " dan ya, Seungcheol yang tidak sedarkan diri yang akan menjadi mangsa seterusnya.

continuation for chap XVIII...

Brak!

" Bodoh. Walaupun aku tak cakap, korang mesti dah tahu jangan jauh dari aku. Itupun susah nak faham, hah?! " jerkah Rang selepas melempar jauh raksasa salji yang hampir sahaja menelan mereka bertujuh.

Beruntung yang dia cepat datang. Kalau tidak, mati dia dibunuh dengan Wonwoo sebelum dibunuh oleh keluarga mereka bertujuh.

" Apa benda tadi tu? " soal Mingyu yang masih tersisa sedikit ketakutan melihat raksasa yang lebih tinggi dari pokok dan lebih besar dari bangunan biasa.

" Itu peliharaan penduduk sini. Tiada sesiapa yang jaga dia di sini. Mereka jadi ganas dan sensitif dengan manusia " balas Rang dengan badan manusianya.

" Apa pelik sangat peliharaan di sini? " soal Soonyoung tanpa sedar.

" Tak pelik untuk penduduk di sini. Kalau orang pon boleh rasa kehilangan, mereka juga sama. Mereka kehilangan tuan mereka dan terbiar begitu saja. Tak pelik kalau dari yang comel, manja dan suka orang. Menjadi ganas, menakutkan dan benci orang " tambah Rang sambil memandang Seokmin dengan wajah yang datar.

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now