XXXI ; Without him

74 4 2
                                    

Malam menjelma selepas pertengkaran hebat mereka dengan Sir Minho.

Seventeen sedang menjamu makan malam yang dibuat oleh Mingyu dan Junhui. Waktu di mana mereka akan riuh, menjadi sunyi sepi seperti tiada kehidupan di sana.

" Rasa pelik, kan? Baru kurang seorang. Tapi macam kita hilang ramai orang " Seungkwan membuka mulut memecah kesunyian.

Benar. Terasa sunyi walaupun mereka hilang seorang. Tidak lengkap sama seperti sebuah puzzle. Tidak akan siap apabila kehilangan sekeping.

" Seokmin-ah, kau okey? " Mingyu bertanya kepada sahabatnya itu yang semakin menunduk. Rambutnya hampir terkena makanan.

Tiada jawapan melainkan suara tangisan pilu. Berhenti semua pergerakan yang mereka lakukan. Langsung mereka tidak terkejut untuk salah seorang dari mereka menangis. Malah mereka menunggu hal tersebut.

Supaya tiada antara mereka yang menyimpan rasa sedih dan menangis seorang diri tanpa ada peneman.

Seokmin mengangkat wajahnya. Terpampang lah wajah rupawan yang sudah dibasahi dengan air mata dan hingus itu. Tangan kanannya juga tidak berdiam diri dengan memukul dada kirinya yang menjadi sesak.

" Hhhhh. Tak. Tak okey. Dalam ni. Dalam ni sakit sangat. Hiks. Terlalu sakit sampai nak bernafas pon susah. Hiks. Pilu, perit, semuanya. Semuanya... "

Ah~

Rasanya ingin mereka menangis semula. Tetapi. Apa guna menangis? Wonwoo tidak akan sembuh sekelip mata dan kembali ke pangkuan mereka.

" Kita... Kita perlu jadi lebih kuat. Kita dah tahu dengan jelas siapa musuh kita. Siapa yang kita perlu lawan " Seungcheol bertutur dengan suara yang bergetar.

" Heum. Kita boleh cari dengan lebih mendalam siapa musuh kita. Sebesar mana kekuatan mereka. Sedalam mana penglibatan orang yang kita kenal dengan mereka " Seungkwan mengiyakan kata-kata Seungcheol, walaupun tangannya bergetar menggenggam sudu.

" Demi Fantasía "

" Demi mereka yang terbunuh 10 tahun lalu "

" Seventeen akan kalahkan Ahrie Nyio "

Masih belum ada semangat yang teguh dan kukuh untuk mengalahkan Ahire Nyio. Tidak mengapalah. Masa yang akan menimbulkan semangat itu, untuk mereka mengalahkan Ahire Nyio.

Serta mengembalikan kedamaian kepada dunia Fantasía.

•-•-•-•-•-•-•-•-•-•-•-•

" Hyung. Cepatlah pulang " bisiknya kepada angin sambil menatap katil kosong di hadapannya.

Dalam posisinya yang baring mengiring dan kedua-dua tangannya berada di antara kakinya, ditatap sendu katil yang kehilangan tuannya itu. Untuk sementara waktu.

Ya. Tuan kepada katil itu akan kembali. Tunggu. Tunggu sahaja. Usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil.

Fikirannya menerawang ketika Myungho menggunakan majik ke atasnya. Ketika itu, semua memori indah bersama sahabatnya, kembali bermain di otaknya.

Teramatlah indah sehingga dia enggan bangun. Dia tak mahu bangkit dari mimpi indah, yang sebenarnya kenangan lama yang tidak mampu diulang semula.

" Wonu hyung. Mianhae. Jeongmal mianhaeyo " bisiknya lagi dengan mata yang sudah tertutup, berserta air mata yang kembali mengalir.

Seekor rama-rama yang terbang statik di luar tingkap bilik itu kembali terbang ke tingkap bilik yang lain. Semua sama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Where stories live. Discover now