XXVI ; Untold Story

90 4 0
                                    

⚠️ Warning! The longest chap ⚠️

Kerana pertemuan mereka di jamuan yang diserang pemberontak, mereka kekal berhubung. Bermain bersama-sama dan berlatih kombat bersama-sama.

" Ah~ Tak adil " rengek Omin apabila melihat api yang dibaling kepada Wonu menjadi ais.

" Hehe. Ini baru sedikit. Ada lagi banyak dan besar. Tapi tak boleh buat di sini "

" Ah wae? "

" Di sini panas. Bukan seperti di Ayes Kingdom " jelas Wonu.

" Jom. Kita pergi ke Ayes Kingdom " ajak Omin tanpa berfikir dua kali. Dia sudah amat tertarik dengan majik ice.

" Maaf, Putera Dokyeom. Kita tak boleh keluar dari Fotiás " seorang lelaki berpakaian perisai dengan pedang tersarung di pinggangnya mendekati dua orang kanak-kanak tersebut.

" Hmph! Pengawal Wang tak seronok " ujar Omin selepas menghentak kakinya lalu mengembungkan pipinya. Merajuk kerana ditolak pengawal Wang, pengawal yang khas untuknya.

Pengawal Wang tampak sedikit menggelabah. Dapat dia pastikan yang Omin tidak akan bermanja dengannya selama seminggu. Dia hanya menjalankan tugasnya...

Omin menarik tangan Wonu untuk berlalu pergi dari tempat mereka berlatih. Dia mahu merajuk lama-lama.

" Eih. Tak baik buat pengawal Wang seperti itu. Dia hanya menjalankan kerjanya " pujuk Wonu. Tetapi tiada balasan yang Omin yang masih kekal menarik tangannya.

Kreak

Bam!

Pintu biliknya dibuka dan ditutup dengan kasar. Wonu yang melihat perbuatan Omin juga terkejut. Dia tahu yang putera tunggal itu senang emosi. Masih tetap mengejutkan apabila emosi Omin boleh bertukar dengan senangnya.

Badannya kecil dihempas pada katil empuk nan besarnya secara meniarap. Wajah kecilnya tepat di bantal. Nafas dalam ditarik lalu...

" Hueeee " dan lagi. Ini bukan kali pertama mahupun kali kedua. Entah kali ke berapa Wonu mendengar dan melihat Omin menangis.

Beberapa mínas berlalu begitu sahaja tanpa mereka sedar selepas jamuan yang mempertemukan mereka berdua. Tidak hairan kalau mereka berdua rapat.

Ini juga dianggap sebagai pengalihan oleh Wonu. Dia kehilangan sahabatnya. Secara tiba-tiba. Dia tidak tahu kenapa. Apa dia terlalu banyak makan buah ceri di rumahnya?

Tanpa berbicara atau bertemu buat kali terakhir, terputus begitu sahaja hubungan mereka. Wonu cuba untuk berjumpa juga dengannya. Malah diberikan lampu hijau oleh kedua ibubapanya. Tetapi tetap tidak berjaya.

Tok tok tok

" Putera Dokyeom. Tolonglah jangan menangis. Hati saya turut terhiris "

Pujukan dan ketukan pintu dari pengawal Wang langsung tidak diendahkan oleh Omin. Wonu memandang pintu dan Omin secara berganti-ganti.

Dilepaskan keluhan nipis. Tangannya mencapai tombol pintu dan dibuka. Muat untuk kepalanya sahaja. Tanda dia tidak membenarkan pengawal Wang masuk.

" Erm. Apa kata pengawal Wang berehat seketika. Wonu ada di sini. Tiada apa-apa yang akan terjadi "

" Serius? " ditatap mata tajam yang berbinar terang itu. Wajahnya dibuat secomel mungkin untuk membawa lari hati pengawal Wang.

" Baiklah. Saya akan serahkan semuanya kepada Tuan Muda Wonu " pengawal Wang mengalah apabila mata Wonu semakin memancarkan sinar kejujuran.

 Saya akan serahkan semuanya kepada Tuan Muda Wonu " pengawal Wang mengalah apabila mata Wonu semakin memancarkan sinar kejujuran

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.
SEVENTEEN 2 『세븐틴 2』Où les histoires vivent. Découvrez maintenant