Chapter 1

293 22 35
                                    


Kelihatan si kembar sedang bermain di taman bunga.

Ratu Flera iaitu ibu kepada dua orang kembar tersebut sedang duduk di bangku sambil melihat anaknya bermain dari jauh.

Perutnya yang besar diusap lembut.

"Tunggu harinya  kamu akan jumpa kakak-kakak kamu....",bisiknya sambil melihat perutnya.

Bahunya dipegang lembut dari belakang.

"Hari semakin gelap..mari masuk ke dalam.."

Flera memandang kearah suaminya iaitu Raja Amato.

"Panggillah anak kamu tuh..seronok betul diorang main."

Ruby!!!! Ezme!!!

Si kembar terus berlari kearah ibu bapa mereka.

"Papa!! Tengok mamat nih main baling serangga dekat orang!",bentak Ruby sambil jari terlunjuknya menunjuk kearah Ezme.

"Eh! Kau tuh pengecut sangat!",ejek Ezme lalu menjelir lidah kearah kakaknya itu.

Pak!

Adeh!

"Ruby adik kamu tuh perempuan bukan lelaki...Ezme pula kenalah hormat kakak kamu jangan buat macam tuh tak elok orang tengok.",nasihat Amato.

Haihh kalau dengan kembar nih pun dah huru hara macam manalah nak dapat adik baru.

"Macam mana nak jaga adik kamu bila mama papa dah takde nanti?"

Pertanyaan Flera membuatkan si kembar memasang muka nak nangis.

"J-jangan cakap macam tuh..."

"Mama papa nak tinggalkan kami ke?"

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain selepas mendengar kata-kata si kembar.

"Bukan...cuma...kalau jadi apa-apa di masa akan datang kamu berdua kena janji untuk jaga adik kamu daripada bahaya....faham?"

"Faham!"

Jawab mereka berdua serentak.

Selepas berdrama di luar mereka pun masuk ke dalam istana semula.

Mungkin apa yang dikatakan oleh ibu bapa mereka akan jadi kenyataan?

....

Di bilik si kembar...

Kelihatan Ruby sedang membaca buku cerita manakala Ezme sedang mengelap pedangnya.

"Oi kau rasa kenapa mama cakap camtu tadi erk?",tanya Ezme yang tekun melihat pedangnya.

"Panggil aku dengan gelaran hormat baru aku jawab soalan kau."

Jelingan maut diberikan hampir sahaja pedang yang dipegang oleh Ezme jatuh ke lantai.

Uish dia punya jelingan menusuk mata seperti pedang.

Tch.

"Wahai Puteri Ruby Meeisa...patik mahu bertanya kenapa mama berkata sedemikian?",dengan hormatnya Ezme menunduk di depan Ruby.

Heh.

"Untuk menjawab persoalan hamba...beta rasa akan terjadi perkara buruk nanti...",jawab Ruby dengan senyuman sinis diwajahnya.

"Maksud tuanku?"

"Mungkin ada yang cuba merampas tahta papa."

Terbeliak mata Ezme dibuatnya. Antara mereka berdua Ruby adalah seorang yang pintar manakala Ezme lebih menyukai bermain dengan peralatan seperti pedang,memanah dan sebagainya.

Sebab tuh bila dilihat Ezme seperti seorang lelaki dengan rambutnya yang pendek.

Ruby pula lebih kearah mamanya iaitu seorang gadis yang sopan santun tapi diri dia yang sebenar sangat jauh beza.

Tiba-tiba pintu dibuka kasar dari luar.

"Ruby Ezme! Adik kamu..."

Mereka berdua memandang kearah Amato dengan wajah teruja.

Dengan laju mereka sudah hilang dari penglihatan.

"Uishh laju betul anak aku nih.."

Amato pun pergi ke bilik dimana Flera berada.

Di bilik Flera...

Bunyi tangisan bayi kedengaran kuat di bilik tersebut.

Memang terkejut semua yang melihat 8 kembar bayi lelaki diletakkan di atas katil.

Ini adalah satu perkara yang tidak pernah berlaku selama nih.

"Macam mana boleh 8 kembar sekali?",soal Amato tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Tuanku...ini satu keajaiban... mengikut maklumat patik...perkara nih pernah berlaku 20 juta tahun dahulu...dimana 8 kembar lelaki dilahirkan dan mereka...mempunyai kuasa elemental.",jelas seorang bidan yang menguruskan Flera bersalin.

Amato tergamam mendengar apa yang dikatakan oleh bidan tersebut.

Kalau betul perkara tuh terjadi setelah sekian lama. Maksudnya...

Bidan tersebut membuka mulut lagi.

"Putera-putera tuanku dalam bahaya."

Matanya terus memandang kearah anaknya yang masih menangis.

"Beta mahu semua yang berada di dalam bilik ini mahupun seluruh istana untuk merahsiakan perkara nih...kalau ada yang bertanya tentang kandungan Flera...kamu semua wajib berkata yang anak beta mati selepas dilahirkan. Siapa yang ingkar akan beta pancung!",tegas Amato berkata.

Semua yang mendengar menelan liur kesat.

Keadaan kembar elemental....

Mereka berlapan menangis dengan kuat.

Ruby yang melihat terus mengangkat salah seorang kembar tersebut.

"Tidurlah wahai adikku sayang~akan ku beri kamu susu~",dengan merdu Ruby menyanyi sambil mengambil sebotol susu yang sudah disediakan oleh salah seorang maid.

Terus diam bayi itu selepas disuap susu.

Perlahan-lahan tangisan yang lain mula reda selepas mendengar nyayian oleh Ruby.

"Erk..aku tolong tengok jelah erk..",kata Ezme lalu berlari kearah Flera.

Mama!

Panggilan Ezme tidak terjawab. Flera hanya kaku di tempatnya.

"Mama?"

Amato yang melihat terus membuka langkah kearah Flera.

"Sayang?",panggilnya lembut tapi tidak terjawab.

Bidan yang tadi terus melihat keadaan Flera. Ternyata...

"Maafkan patik...Ratu Flera sudah meninggal dunia..."

Terus hancur hati si suami mendengar khabar tersebut.

Ezme yang berada di samping katil Flera terduduk lalu menangis teresak-esak.

Ruby yang mendengar hanya mampu fokus untuk memujuk adiknya yang lain.

Bilik tersebut menjadi hening seketika.

Bersambung..
Vote dan coment 🥺

Elemental:Atrocious Beginning To Happy Ever After[Complete]Where stories live. Discover now