Chapter 10

105 18 3
                                    


Masing-masing diam membisu selepas Sage pergi.

"Dia Putera rupanya...dah lah aku bergurau bukan main lagi dengan dia tadi...",bisik Ruby mengingat kembali apa yang dia usik mereka berdua.

Kepala digeleng laju.

"Jomlah kita tanam sayur lebih bagus...",ajak Ezme.

Dia terus bangun dan membuka langkah ke pintu rumah.

"Kau rasa patut ke kita ambil semula tahta tuh?"

Persoalan Ruby membuatkan Ezme terkaku.

"A-apa maksud kau nih?"

"Kau tak rasa yang kita perlu dapatkan kembali Lightness daripada mereka? Lagipun papa dah berusaha keras membangunkan kerajaan yang damai dan sentosa..."

Elemental lain hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Ruby.

Ada betul juga sampai bila diorang nak bersembunyi daripada masalah.

"Kami boleh bantu...lagipun mereka takkan mampu lawan kuasa nih..",kata Gempa.

Ruby memandang Ezme meminta cadangan.

"Kau rasa kita perlu dapatkan Lightness semula?"

"Mungkin..."

Ezme terdiam seketika dia buntu untuk menjawab soalan Ruby.

"Tenangkan fikiran kau...aku akan tunggu jawapan kau...",dengan senyuman Ruby berkata.

Dia tahu kembarnya risaukan yang lain.

"Baiklah.."

.

.

.

.

3 hari kemudian...

Ruby sedang sibuk menyediakan bekal makanan untuk kembarnya bawa ke tempat kerja.

"Kau nak keluar ke harini?",tanya Ezme yang baru turun dari tingkat atas.

"Haah....nak kutip daun herba dekat hutan...",jawab Ruby lalu memberikan bekal makanan kepada Ezme.

"Kau pergi sorang?"

"Yup aku taknak yang lain cedera nanti..."

Ezme mengangguk faham dan dia terus pergi kerja.

Selepas beberapa minit Ezme pergi Ruby terus bersedia untuk keluar.

"Gempa jagakan yang lain...nanti kakak balik..",pesan Ruby.

"Baik!"

Gempa hanya melihat Ruby masuk ke dalam hutan.

"Gem! Aku nak pergi siram pokok!"

"Ha hati-hati!!"

Tangan Taufan terus ditarik keluar dari rumah menuju ke kebun.

"Kau siram belah sana aku belah sini...",arah Thorn fokus.

Mereka berdua pun menyiram pokok dengan kuantiti air yang secukupnya.

Sedang mereka menyiram pokok seorang jejaka meminta tolong.

"T-tolong a-aku..."

Dengar sahaja suara tersebut Taufan terus memandang kearah semak samun yang tidak jauh dari kebun mereka.

"Oi Thorn aku dengar suara seseorang lah...",kata Taufan.

"Aku pun...jom cari nak?",dengan teruja Thorn bertanya.

"Kau gila ke kalau hantu cane?"

"Mana ada hantu pagi-pagi buta nih..."

Hehe...

Mereka berdua pun membuka langkah kearah bunyi suara tersebut.

Sampai sahaja terus terbeliak mata mereka berdua melihat seorang jejaka yang sudah terbaring dengan lumuran darah.

"Eh!? Kau ok tak?",kelam kabut Taufan dibuatnya.

Dengan tenang Thorn terus melihat luka pada perutnya.

"Hmm..luka nih macam kena tikam...mari bawa dia balik...",cadang Thorn.

"Eh biar betul...kan Uby tak kasi bawa sesiapa balik rumah...",bidas Taufan.

"Tapi kalau kita biarkan nanti dia mati sebab kehilangan banyak darah...",kata Thorn simpati.

"Erm...baiklah jom bawa balik...",balas Taufan.

Dengan sepenuh tenaga mereka berdua pun memapah jejaka itu balik ke rumah mereka.

.

.

Sampai sahaja di rumah punyalah terkejut yang lain melihat keadaan jejaka tersebut.

"Kau bawa mayat mana pulak nih datang kesini?",soal Hali selamba.

"Ini bukan mayat lah! Kami jumpa dia cedera dekat semak...",jawab Taufan.

Gempa terus menyuruh mereka berdua letakkan lelaki tersebut di atas sofa.

Lukanya dirawat oleh Ice dan Thorn agak teruk juga kesan luka dia.

Ergh..

"Tahan sikit yer..."

Jarum dan benang diambil dari kotak lalu Thorn menjahit luka di perut lelaki itu dengan berhati-hati.

"Dia akan selamat ke tuw?"

"Mestilah selamat..."

Selepas sejam akhirnya mereka siap merawat dan membalut luka tersebut.

Air herba yang dibuat oleh Gempa diberikan kepada lelaki itu untuk minum.

"T-terima kasih sebab dah bantu aku..jasa korang akan dikenang...",ucapnya lemah.

"Sama-sama...kau nih dari mana?",tanya Gempa.

"Aku...dari kerajaan Shadow.",jawabnya sambil menunduk.

Lengan Gempa dicuit oleh Blaze.

"Pst...kita semua lupa pakai magic..",bisik Blaze membuatkan Gempa terkedu seketika lalu dia memandang semua adiknya termasuk dirinya tidak mengubah warna rambut dan mata.

Ha sudah kantoi habis penampilan sebenar mereka semua.

Erk..

"Rambut dan mata korang unik...korang bukan berasal dari sini kan.."

Datang sudah soalan yang membawa maut.

"Aaa...sebenarnya...

Belum habis Gempa berkata,pintu rumah terus dibuka dari luar.

"Kakak dah balik...Thorn to-

Kata-kata Ruby terhenti selepas melihat seorang lelaki berada di sofa rumahnya.

Langkah laju terus dibuka dan dia berdiri di depan elemental menghalang lelaki itu melihat adiknya.

Disebabkan magic yang dipakai mempunyai had masa secara automatik rambut dan matanya berubah warna kepada asal di depan lelaki itu.

Memang tak kena masa betul.

"G-gem! Pisau pisau!"

Gempa terus berlari masuk ke dalam dapur lalu mengambil pisau dan diberikan kepada Ruby.

"K-kau siapa ha!? Jangan macam-macam erk aku panggil Ezme nanti!?",dengan cemas Ruby menghalakan pisau kearah  lelaki tersebut.

Pada masa yang sama Ezme balik ke rumah dan dia terus menghalakan anak panah kearah lelaki tersebut.

"Adakah kau manusia!?"

"Takkan dia babun pula..."

Bersambung...
Vote dan coment 🥺

Elemental:Atrocious Beginning To Happy Ever After[Complete]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora