Chapter 2

180 21 22
                                    


3 tahun kemudian...

Ruby dan Ezme yang sudah berumur 14 tahun hanya duduk diam di depan semua orang yang sedang menari.

Untuk ulang tahun mereka berdua,Amato menyemput semua rakyat untuk menyambut hari jadi puterinya.

Majlis tari menari sedang dijalankan. Tiada seorang pun yang mahu menjemput Ruby dan Ezme untuk menjadi pasangan menari.

Kerana mereka berasa jijik melihat perbezaan mata mereka berdua.

Ruby mempunyai mata sebelah kanan merah dan kiri gold manakala Ezme mata sebelah kanan hijau dan kiri biru.

Bagi mereka itu satu perkara aneh dan mungkin akan membawa malang kalau mendekati kembar tersebut.

Keluhan berat dilepaskan.

"Lebih baik aku jaga Solar..",bisik Ruby. Teringat pula Solar yang menangis sebab nak ikut Ruby tapi kewujudan mereka dirahsiakan jadi bahaya kalau bawa kembar elemental ke majlis tersebut.

Haihh...

Matanya melirik kearah Ezme yang sedang makan dengan seleranya.

"Oi...ambikkan aku air..dahaga nih..",arah Ruby dengan selamba badaknya.

"Aku tengah makan nih...pi lah ambik sendiri.",bidas Ezme sambil menjeling kearah Ruby.

Ceh.

Dengan pasrah Ruby bangun dari duduknya lalu pergi ke tempat makanan dan minuman dihidangkan.

Dalam perjalanan dia kesana semua menjauh darinya.

Ezme yang melihat dari jauh hampir sahaja nak belasah semua orang. Berani diorang layan kakak dia yang begitu cantik sebegitu.

Belum sempat dia mengambil segelas air,seorang pelayan memberi segelas air kepadanya.

"Ouh...terima kasih..",ucap Ruby sopan.

Pelayan tersebut terus pergi dari situ.

Ruby terus minum air tersebut.

Pragh!

Gelas jatuh ke lantai dan pecah. Semua yang terkejut mendengar bunyi tersebut terus memandang kearah Ruby.

Ohok ohok ohok

Darah mula keluar dari mulutnya.

"E-ezme.."

Ruby!!!

Ezme berlari kearah Ruby. Badannya terus rebah ke lantai.

Majlis tersebut terus huru hara. Amato memerintahkan semua untuk keluar dari istana.

....

Di bilik si kembar...

Ezme memegang erat tangan Ruby. Muka kakaknya terlihat pucat.

"Ruby..."

Doktor yang merawat Ruby mengatakan bahawa air yang diminumnya beracun.

Selepas mendengar kenyataan tersebut Amato mengarahkan semua knight mencari pesalahnya.

Tiba-tiba bunyi letupan kuat dari luar istana.

"Ezme! Bawa semua adik kamu kesini sekarang!",arah Amato lalu mengangkat Ruby.

"Baik!"

Ezme berlari laju keluar dari bilik.

Satu pintu rahsia yang berada di dalam bilik kembar tersebut dibuka.

"Ruby.."

Dengan lemah matanya dibuka lalu memandang Amato sayu.

"Kamu dah diberi penawar tapi badan kamu masih lemah...maaf papa tak dapat nak jaga kamu tapi papa susahkan kamu untuk jaga yang lain pula...kamu anak sulung...anak kebanggaan papa mama...papa terpaksa...jadi boleh kamu jagakan yang lain?",pinta Amato serba salah.

Dia tahu anaknya masih lemah akibat kesan dari racun tersebut tapi dia tiada pilihan lain. Dia terpaksa juga menyuruh Ruby menjaga yang lain.

"B-baiklah...Ruby akan buat yang terbaik.."

"Lagi satu...jangan percayakan sesiapa.",pesan Amato tegas.

Anggukan kecil diberi.

Papa!

Pandangannya beralih kearah Ezme yang baru tiba bersama kembar elemental.

"Jom."

Mereka semua masuk ke dalam bilik rahsia tersebut.

Di bilik rahsia....

Badan Ruby dibaringkan di atas katil.

Satu kunci diberikan kepada Ezme.

"Ini kunci untuk pintu tuh...pintu untuk keluar dari istana.",kata Amato lalu menunjuk kearah pintu yang berada di sebelah katil Ruby.

Matanya memandang Ezme.

"Kamu perlu lindungi yang lain..."

Sebilah pedang diberikan kepada Ezme. Kepalanya diusap lembut.

"Papa??"

"Jangan sesekali keluar dari bilik nih. Jikalau berlaku sesuatu kepada papa...korang kena lari dari istana nih..",pesan Amato.

Ezme terus memegang tangan Amato erat.

Dia menggeleng laju.

Amato tersenyum buat kali terakhir lalu dia menolak Ezme jauh darinya.

Papa!!!!

Pintu bilik rahsia tersebut dikunci dari luar.

Air mata mengalir laju di pipi.

"Maafkan papa....maaf sebab tak dapat lindungi kamu semua..."

Dengan hati yang berat dia terus berlari dari situ.

Bunyi jeritan kedengaran kuat di luar istana.

Amato dikhianati oleh orang yang sangat dia percayakan iaitu bapa saudaranya sendiri.

"Kau tipu aku.."

"Heh...bodoh.. campak dia ke dalam penjara dan cari si kembar tuh!!"

Beberapa knight mengangkat Amato lalu membawanya ke penjara.

Lepas dua hari Amato akan dibawa ke depan semua rakyat untuk dipancung.

.....

Di bilik rahsia...

Ezme memberi susu kepada adik-adiknya. Ruby masih lemah jadi dia hanya mampu melihat dari jauh.

"Ezme..."

Dengar sahaja suara tersebut terus Ezme berlari kearah Ruby lalu memeluknya erat.

"Huwargh!!! Aku takut!! Kenapa semua nih terjadi pada hari jadi kita dua??",raung Ezme.

"Shush...ini takdir...kita kena terima dengan hati terbuka...",pujuk Ruby sambil mengusap lembut belakang Ezme.

Mereka berdua buntu. Apa yang akan terjadi pada Amato?

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Elemental:Atrocious Beginning To Happy Ever After[Complete]Where stories live. Discover now