Chapter 9

109 18 22
                                    


Semua memandang Sage dengan wajah lain macam.

"Kau.... boyfriend Ezme ke? Aku tak sangka dia berminat dengan lelaki...",dengan dramatic Ruby berkata.

"Hoi! Kau ingat aku berminat dengan perempuan ke gila!",dengan muka menahan geram Ezme membalas.

Ada sahaja kakak dia nih karang ada juga yang kena campak dalam perigi.

"Jikalau kau mengizinkan apa salahnya aku jadi pasangan Ezme...",kata Sage dengan selamba.

"Kyargh!!! Aku setuju dengan hubungan korang dua!",jerit Ruby teruja dengan matanya bersinar.

"Kakak!!!"

Terus cemberut wajah Ezme melayan karenah Ruby. Sage pula makin melayan.

"Alaaa aku sebagai kembar kau happy tau bila kau akhirnya jumpa cinta sehidup semati...",kata Ruby sambil menghembus hingus palsu pada sapu tangan.

Mula dah drama di siang hari.

"Aku dengan dia takde apa-apa hubungan ok...kami pun baru je kenal tadi..",balas Ezme tetapi lain jadinya.

"Oho~ adakah ini cinta pandang pertama? Omo omo! First love!",makin teruja Ruby dibuatnya.

"Aku pun seperti melihat bidadari je kali pertama jumpa tadi...",dengan wajah memerah Sage berkata.

Apa lagi memang sukalah Ruby mendengarnya.

Laci yang berada di sebelah dibuka lalu satu buku diambil.

"Kau nak buat apa tuh?",soal Ezme pelik.

"Nak hitung berapa kos kena bayar untuk majlis perkahwinan kau...",jawab Ruby dengan sengihan nakal.

"Apa kau nih!!!!"

Bergegar satu rumah dengan jeritan Ezme sampaikan elemental lain tutup telinga.

Ehe..

Selesai perbalahan mereka pun mulakan bicara biasa.

"Perkenalkan nama aku Ruby dan ini semua adik aku...diorang kembar 8 jadi kau..."

Ruby memandang kearah Ezme lalu sebilah pedang dihala tepat pada leher Sage.

"Jangan sesekali bagitahu tentang kembar yang kau lihat sekarang...kalau tak...kepala kau aku pancung.",ugut Ezme dengan wajah datar.

Anggukan laju diberi.

"Ez betul ke kau nak kahwin?",tanya Thorn dengan wajah polos.

"Tak jangan dengar cakap si Ruby nih.",jawab Ezme malas.

Solar mendekati Sage sambil melihat penampilannya.

"Erm aku terima kau kalau nak jadi abang ipar~",bisik Solar.

"Oho terima kasih adik ipar~"

Mereka berdua tersengih nakal.

"Kau mesti dah dengar apa jadi pagi tadi dekat pasar...aku cadang untuk tanam sayur sendiri dan ikan boleh tangkap dekat sungai...daging pula kita boleh tangkap dekat hutan...",cadang Ruby.

"Hmm bagus juga idea kau...kalau bahan-bahan dapur boleh beli dekat makcik Ila...",sokong Ezme.

Mereka sekarang sudah dipulaukan jadi kalau pergi pasar mesti penduduk di sana taknak jual apa-apa kepada mereka kecuali makcik Ila.

"Korang semua lahir dekat sini ke?"

Dengar sahaja pertanyaan dari Sage membuatkan Ruby dan Ezme terdiam.

Gempa mula membuka mulut untuk menjawab.

"Tak...kami lahir dekat kerajaan Lightness tapi kami lari dari situ untuk selamatkan diri.",jawab  Gempa.

"Identiti kami dirahsiakan untuk keselamatan diri...sebab mereka sedang mencari kami untuk dibunuh kerana kami anak kepada Raja Amato.",sambung Hali.

Terkejut kakak mereka mendengar jawapan adik diorang.

"K-korang!?"

Sage terkejut mendengar jawapan mereka.

"Aku pernah dengar tentang kerajaan Lightness tapi tak sangka pewaris mereka masih hidup...jadi betullah kewujudan kuasa elemental tuh...",kata Sage dengan gaya berfikir.

"Apa je yang kau tahu pasal kerajaan Lightness?",tanya Ezme.

"Kerajaan yang dulu aman damai terus bertukar menjadi tempat pertumpahan darah...Raja Amato dihukum pancung atas sebab tertentu dan anak mereka mati dibunuh oleh musuh kerajaan tersebut...itu apa yang ayah aku ceritakan..",jawab Sage.

"Penipu."

Ezme mengengam tangan erat. Dia berasa sangat marah dengan cerita palsu dari kerajaan Lightness.

"Kalau korang selamat jadi pewaris tahta boleh ambik alih kerajaan Lightness..."

"Heh...pakcik kami sendiri yang cuba bunuh Ruby kerana dia pewaris sulung."

Terbeliak mata Sage mengetahui hal tersebut.

"Jadi sebab tuh korang sembunyikan diri?"

"Yup"

Tiba-tiba pintu rumah diketuk dari luar.

Blaze terus bangun dan membuka pintu.

Punyalah terkejut melihat rombongan knight di depan rumah mereka.

"K-korang cari siapa?",tanya Blaze.

"Kami datang kesini untuk jemput Putera Sage Evergreen...",jawabnya lalu menunduk hormat.

Kakak!!

Yang lain terus ke pintu rumah dan terkejut melihat semua knight. Pakaian tempur mereka berwarna hijau gelap.

Dan salah seorang membawa bendera kerajaan Plantes.

"Eh!? Kau siapa sebenarnya!?"

"Maaf lupa nak bagitahu...aku seorang Putera dari kerajaan Plantes."

Dengan senyuman dia berkata .

Ruby sudah tersenyum kekok teringat pula apa yang dia katakan tadi. Dahlah dia usik Sage dengan adiknya. Ini dah macam buat dosa besar.

Sage mendekati Gempa dan Hali.

"Kenapa korang ceritakan semua tuh kepada aku?",tanya Sage.

"Sebab kami percayakan kau...",jawab mereka berdua serentak.

"Aku takkan kecewakan kepercayaan korang...aku pergi dulu...berharap kita akan berjumpa lagi.."

Mereka hanya melihat Sage pergi.

"Nasib kepala aku tak kena pancung...",bisik Ezme gugup.

Bersambung..
Vote dan coment 😘

Elemental:Atrocious Beginning To Happy Ever After[Complete]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora