Chapter 3

162 23 17
                                    


Malam berganti siang suasana di istana menjadi kelam kabut.

Knight berada di merata tempat mencari si kembar.

"Kau dah cari dekat bilik diorang!?"

"Sudah...tuanku.."

Bapa saudara Amato iaitu Alex berdengus kasar.

"Aku pasti ada bilik rahsia tersembunyi. Cari di dalam bilik mereka lagi sekali!",arahnya tegas.

Knight yang diarahnya terus pergi ke bilik si kembar tersebut.

...

Di bilik rahsia...

Ezme meletakkan kain basah di atas dahi Ruby.

"K-kau dah minum penawar t-tapi kenapa badan kau panas?",soal Ezme mukanya kelihatan risau.

"Demam lah tuh..",jawab Ruby sambil tersengih.

Air mata yang mengalir di pipi di lap lembut.

"Kita kena pergi."

Ezme memandang Ruby lalu matanya melihat kearah pintu rahsia yang dikunci oleh ayah mereka.

"Diorang dah tahu bilik nih.",kata Ruby.

"J-jadi macam mana sekarang?"

Ruby mengambil kunci yang berada di atas meja lalu diberi kepada Ezme.

Dia cuba bangun dengan sedaya upaya.

"Ambik kereta sorong tuh..",arah Ruby lalu jari terlunjuknya ditunjuk kearah kereta sorong yang berada di sebelah pintu keluar.

Tanpa banyak tanya Ezme terus berlari mengambil kereta sorong lalu dia kembali ke tempat Ruby semula.

Dengan lemah Ruby meletakkan kain selimut ke dalam kereta sorong tersebut sebagai perlapik.

"Angkat Lunar,Thorn,Solar,Ice dan Blaze dan letak dalam kereta sorong nih."

Tanpa membuang masa Ezme terus mengangkat sorang demi sorang masuk ke dalam kereta sorong.

Cadar katil dikoyak menjadi cebisan kain yang panjang.

"Gempa,Hali...Taufan sini..",panggil Ruby lembut.

Mereka bertiga pun pergi kearah Ruby dengan jalan terkedek-kedek.

Tangan Gempa diikat dengan kain lalu disambung pada tangan Hali dan kain dari ikatan tangan Hali ditarik lalu diikat pada tangan Taufan.

Kain tersebut mengikat sebelah tangan mereka bertiga seperti kereta api.

"Kamu bertiga kena sentiasa bersama... Ezme kita kena keluar dari sini sekarang.",dengan tegas Ruby berkata.

Terlihat muka Ruby pucat dan badannya berpuluh dengan banyak.

"B-baik!"

Pintu keluar dibuka dengan kunci yang diberi oleh Amato.

Ezme menolak kereta sorong tersebut keluar dari pintu manakala Ruby memegang tangan Gempa dan membawa mereka bertiga keluar dari bilik tersebut.

Jejak je kaki di luar terus pintu rahsia mereka ditendang kasar.

Dengan pantas Ruby mengunci pintu keluar dari luar.

"Cepat lari dari sini!"

Kereta sorong ditolak laju keluar dari istana dan masuk ke dalam hutan.

Ruby mengikut dari belakang dengan keadaan yang semakin lemah.

Knight pula mengejar dari belakang. Bersama Alex yang baru tiba.

Elemental:Atrocious Beginning To Happy Ever After[Complete]Where stories live. Discover now