Chapter 5

167 24 28
                                    


Dua hari sudah berlalu sejak peristiwa yang menimpa mereka.

Ruby sudah sembuh sepenuhnya dan dialah yang menguruskan urusan di dalam rumah tersebut.

Makan minum semua dia yang uruskan. Ezme pula sibuk melatih pedang dan memanah.

Elemental yang lain pula sedang bermain di ruang tamu.

"Cukup nih beli barang dapur sikit..",bisik Ruby sambil melihat beg dompet miliknya. Adalah juga duit hasil dari menjual kayu api.

Ezme yang baru masuk terus mengambil beg dompet milik Ruby.

"Ha! Biar aku belikan barang dapur...kau cakap nak aku beli apa.",kata Ezme cemas.

Dah kenapa budak sekor nih.

"Kau bukannya tahu barang dapur pun...biar aku jelah beli kau jaga adik kita..",balas Ruby.

Baru sahaja dia mahu mengambil beg dompetnya semula Ezme lebih pantas menepis lembut tangannya.

"Taknak weh!"

"Kau dah kenapa?"

Tiba-tiba Blaze datang kearah Ruby lalu menarik baju kakaknya perlahan.

"Ucuk...",katanya pelat.(busuk)

Ruby terus melihat lampin Blaze dan ternyata dia berak.

"Ha itu! Bila sorang berak yang lain mesti berak sekali! Kau bayangkan aku terpaksa basuh 8 orang sekali gus! Mimpi ngeri!! Aku pergi beli!!",jerit Ezme dan terus berlari keluar rumah.

Nasib baik Ruby ada letak list barang dapur dalam beg dompet.

"Ermm..ucuk...",dengan muka cemberut Solar berkata.(ermm busuk)

Yang lain juga turut datang kearah Ruby kecuali Hali.

"Uby...erak...",Thorn memasang muka nak nangis.(Ruby...berak)

"Acuh erak...ucuk..",Gempa menutup hidung menandakan busuk.(basuh berak...busuk)

"Ok...sorang demi sorang yer.."

Ruby pun membawa Thorn dahulu masuk ke dalam bilik air.

Selesai Thorn dia memanggil Solar pula. Akhir sekali ialah Hali.

Dalam bilik air...

"Kenapa berak tak bagitahu? Nasib kakak tengok..",suara Ruby agak meninggi.

Hisk..hisk...

"Cori...Li akut Uby arah anti...cam Ez...",dengan suara serak Hali berkata.
(Sorry...Hali takut Ruby marah nanti..macam Ezme..)

Matanya sudah berair. Tersedu-sedu dibuatnya.

Selesai basuh Ruby terus mengangkat Hali lalu mencium pipinya lembut.

"Kakak tak marah pun...cuma risau nanti bontot merah sebab lama sangat...nih pun dah merah...",dengan lembut Ruby berkata.

Kain tuala dibalut pada badan Hali lalu mereka berdua keluar dari tandas.

"Jom sapu ubat dulu ok?"

"Ote..",Hali tersengih lalu memeluk leher Ruby.(ok)

Ruby pun membawa Hali masuk ke dalam biliknya.

Minyak di dalam laci diambil lalu disapu pada bontot Hali.

"Ok dah siap.."

"Iyap!"(siap)

Selesai pakai baju Hali terus berlari keluar dari bilik.

Seperti kilat terus lesap dia. Nak terkejut tapi itu kuasa petir.

Kena juga biasakan diri dengan adik beradik yang ada kuasa.

.....

Situasi Ezme...

Selesai membeli barang dia menyelinap ke kerajaan ayahnya.

Ezme guna magic untuk tukar warna mata dan warna rambut seperti orang normal supaya tak kantoi.

Terlihat ramai orang sedang berkumpul di tempat biasa orang memberi hukuman pancung.

"Siapa pulak yang kena hukuman nih? Meh nak tengok sikit...",bisik Ezme lalu dia lalu di celah-celah orang ramai. Nasiblah badannya kecil senang dia nak mencelah.

Sampailah dia boleh nampak jelas orang yang akan dihukum tersebut.

Raja Amato seorang pendosa! Dia sudah membuat perkara buruk pada kerajaan ini adalah hukuman untuknya kerana derhaka!

Ezme terus menutup mulutnya terkejut dengan apa yang berlaku di depan matanya.

Itu...ayahnya.

"P-papa.."

Amato sempat melirik kearah Ezme lalu tersenyum buat kali terakhir.

Sap!

Kepalanya tergolek tepat di depan kaki Ezme.

"Argh...argh!!!!",jerit Ezme dan dia terus berlari pergi dari situ.

Air matanya tidak berhenti mengalir. Ayahnya mati di depan mata.

Lari punya lari akhirnya langkah dia berhenti di sepohon pokok.

"P-papa...hisk...hisk...argh!!! Argh!!!",jerit Ezme sekuat hati sebelum dia terduduk ke tanah.

Ruby yang berada di rumah mula risau kerana Ezme masih tidak balik ke rumah. Hari pun sudah senja.

"Mana kau Ezme?"

Bersambung...
Vote dan comment 😘

Elemental:Atrocious Beginning To Happy Ever After[Complete]Where stories live. Discover now