FM 02🌧️

5.2K 176 1
                                    

Adyra bersandar di pintu keretanya. Seluruh tubuhnya menggigil semasa bercakap dengan Fahnaz, walaupun lelaki itu tidak melakukan apa-apa dia tetap takut berdua-duaan dengan Fahnaz.

"Dia serius ke? Client aku ni abang dia? Betul ke cerita dia tadi tu?" Soal Adyra bingung.

Dia meraup mukanya melegakan rasa gementar.

Dfffftt ...

Telefonnya berbunyi. Dia terus menyambut panggilan itu memandangkan telefonnya berada dalam genggaman.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam Mama. Kenapa tu?"

"Ni, ada orang datang meminang kamu. Orangnya bagus juga, family dia pun okey. T20 juga ni dyra, boleh bantu kamu nanti."

Adyra tersengih mendengar berita itu, at this time? Mungkinkah Allah berpihak pada dia?

"Terima saja Mama!" Ujarnya dengan teruja.

Dia boleh terus kahwin dan menjauhkan diri dari Fahnaz tak guna tu.

"Hah? Terima? Kamu tak nak jumpa dia dulu ke? Tak nak kenal-mengenal dulu?"

Suara Puan Amirah risau apabila anak gadisnya mahu menerima pinangan itu terus.

"Tak pe Mama, kenal-mengenal tu boleh buat lepas kahwin." Balas Adyra dengan yakin, kini dia akan kahwin betul-betul.

Kata-katanya kepada Fahnaz tadi bukan lagi tipu, aku akan kahwin betul-betul!

"Tapi family dia nak buat akad dan majlis next week terus. Tak pe ke?" Soal Puan Amirah risau akan anaknya yang selalu kepenatan bekerja.

Mata Adyra bersinar. Lebih cepat lebih baik!

"Itu lagi bagus Mama! Terima terus!" Kata Adyra.

Puan Amirah bingung, anaknya betul ke tak betul ni?

"Dyra kamu .."

"Okey mama! Dyra kerja dulu tau!" Adyra terus memutuskan talian kerana mempunyai idea untuk menghalau Fahnaz dari hidupnya.

Dia masuk semula ke dalam hotel itu, matanya mula melihat sekeliling untuk mencari kelibat Fahnaz.

Dia masuk ke dalam dewan itu dulu kerana mungkin Fahnaz akan berada bersama abangnya di sana.

"Serius lah kau dah bagitau dia? Lepas tu dia tetap tak nak kau? Kau jangan buat majlis aku rosak pula, she was my wedding planner." Kata Farhan kepada Fahnaz dengan nada tegas, mestilah dia tidak mahu majlis terindah dia rosak.

"Keras betul hati dia." Ujar Fahnaz dengan sebuah senyuman kesal.

"Tu lah .." balas Farhan, lagipun salah dia juga waktu tu.

Tingg ..

Kata-kata Farhan terhenti apabila mendengar bunyi telefon Fahnaz.

Notification masuk ke dalam telefon Fahnaz. Dia melihat chat daripada Mamanya.

Senyumannya terukir manis dan lebar sampai ke telinga.

"Ada berita baik ke?" Soal Farhan hairan melihat adiknya tiba-tiba tersenyum lebar seperti kambing.

"Ada, berita yang teramatlah baik dalam hidup aku ni." Balas Fahnaz sambil membaca chat di telefonnya.

"Fahnaz!" Adyra menjerit nama Fahnaz dengan kuat dari hadapan pintu. Dia memandang Fahnaz dengan senyuman di wajahnya.

Fahnaz terus mengubah riak mukanya menjadi sayu.

'pe bende budak ni? Buat-buat sedih lak.' Farhan geli melihat raut wajah sedih Fahnaz. Tadi kemain happy lagi, pakar betul berlakon.

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now