FM 23

2.2K 100 3
                                    

"maafkan saya."

"Allahu!!" Puan Sarah pula jatuh terduduk, jantungnya berdegup kencang kerana takut kehilangan anaknya.

"Kami dah sedaya upaya untuk selamatkan kaki En. Fahnaz namun kami gagal. Ada kemungkinan En. Fahnaz akan lumpuh sebelah kakinya." Kata doktor itu dengan lembut.

"Sarah." Seorang lelaki datang menghampiri mereka.

"Abang!! Anak kita bang!" Puan Sarah terus berdiri dan menerpa ke arah lelaki itu.

"It's okey honey, Naz kuat." Ujar Tuan Fhiraz sambil memeluk isteri tercintanya.

Farina dan Farhan turut tiba di sana, mereka yang jika berjumpa saja banyak bunyi kini masing-masing hanya diam.

"Mama balik lah dulu, kitorang uruskan." Kata Farhan lembut, namun Puan Sarah tetap berkeras.

"Pa... Bawa mama." Kata Farina juga.

"Both of you pun." Adrian bersuara menyuruh mama dan papanya pulang juga.

"Dyra tu Rian, mama tak nak tinggalkan dia." Kata Puan Amirah terlalu risau.

Adrian senyum lalu memeluk mamanya.

"Budak tu pernah jatuh dari tingkat dua masih hidup ma, balik je. Nanti dah boleh melawat dia Rian call." Kata Adrian memujuk Puan Amirah dengan tenang, dia memandang papanya menyuruh mereka pulang saja.

Orang tua mereka pun pulang selepas dipujuk.

"Aku tak tahu pun Adyra ada abang." Kata Farhan lalu duduk di sebelah Adrian.

"Hmmm .. aku anak tiri Mama je." Balasnya selamba.

"Oh." Farhan pula yang merasa janggal, anak tiri tapi serapat itu dengan mak tirinya.


___



Adyra terjaga ..

Perlahan dia membuka matanya, cahaya malap di dalam ruangan itu membantu penglihatannya dengan lebih jelas.

"Adyra." Suara Adrian kedengaran.

Adyra memandang ke arah suara itu, Adrian menayangkan senyuman kepadanya.

"Ohh .. adik nak mati dulu baru abang nak jenguk.." ujar Adyra dengan suara serak.

Adrian tidak membalas apa-apa, dia bangun untuk memanggil doktor untuk datang memeriksa keadaan Adyra, dia keluar dari wad itu.

'Fahnaz mana?' hatinya terus tercari-cari dimanakah suaminya?

"Fahnaz .." Adyra turun dari katil, jarum yang dicucuk di tangannya dia cabut. Wayar yang ain juga dia cabut.

"Auchh." Tuttttttttttt ... Mesin itu terus berbunyi menandakan tiada lagi nadi dikesan.

Dia terus turun dari katil.

Bukk!

Dia terus terjatuh ke lantai kerana terlalu lemah.

"Fahnaz ..."

Dia kaku melihat katil yang berada di sebelahnya, sebelah kaki yang tergantung membuatkan hatinya mahu hancur.

"Naz!" Dia berdiri mengheret kakinya ke arah katil itu, dia terus duduk di kerusi yang ada. Memegang tangan Fahnaz dengan erat, tangan itu dia cium pula.

"Syukurlah awak masih di sini." Ujarnya lega.

"Adyra!" Adrian berjalan menghampiri Adyra, doktor dan nurse juga turut masuk ke dalam.

"Abang apa dah jadi dengan Fahnaz?" Soal Adyra sebak melihat keadaan Fahnaz yang berbalut.

"Dia okey lah, duk di katil kau doktor nak periksa." Kata Adrian tegas, dia menarik Adyra untuk kembali di katil Adyra.

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now