FM 08🌩️

4.3K 151 6
                                    

Fahnaz menarik Adyra ke katil mereka, dah buka baju awal-awal pagi macam tu memang sejuk lah. Kalau demam nanti tak dapat honeymoon.

"Fahnaz saya minta maaf." Adyra meminta maaf lagi, dia sudah meneka apa perkara yang akan berlaku padanya sekejap lagi.

Fahnaz menolak Adyra untuk duduk di atas katil, dia menarik selimut untuk menutupi badan Adyra.

'Eh? Kenapa dia balut aku pula? Dia tak de selera nak sentuh aku sekarang ni ke? Tak kan dia dah tak nak? Baru sekali kot buat, dia dah ada perempuan lain ke? Habis aku ni?' Adyra mula keliru, dia semakin memikirkan banyak hal.

"Sayang, Don't overthink." Kata Fahnaz, dia tahu Adyra sedang berfikir jika melihat Adyra termenung.

Adyra mendongak, tau tau saja.

"Denda sayang tak berat pun, saya nak sayang panggil saya Naz. Macam dulu-dulu, I don't want our old relationship. Naz cuma nak Adyra sayang Naz hari ini dan sampai bila-bila." Ujar Fahnaz lalu duduk di sebelah Adyra.

"Itu saja?" Soal Adyra masih kebingungan, tak kan kad mahal macam tu dia tak kisah?

"Yea sayang, itu saja." Kata Fahnaz lalu mengucup bibir Adyra sekilas.

Pipi Adyra merona merah seperti biasa, sikit je pun dia boleh blushing.

"Cuba panggil naz." Pinta Fahnaz sambil tersenyum manis, matanya menatap Adyra menunggunya untuk memanggilnya dengan panggilan yang Adyra berikan dulu.

"Naz."

"Lagi."

"Naz..."

"More."

"Naz , Naz , Naz, Naz."

Adyra terus menuruti permintaan mudah yang sudah menggembirakan Fahnaz.

"Ehehehehe. I love you sayang." Bisik Fahnaz lalu menarik Adyra untuk berbaring.

Adyra masih blushing mendengar ucapan cinta dari Fahnaz.

'Kenapa hati aku lemah sangat ni!!! Adyra wake up! Tapi tak salah pun suka dia balik, I'm married with him.' Getus hati Adyra, jantungnya pun turut berdegup kencang.

"Naz tak nak mandi, boleh tak kalau Naz tidur saja? Penat." Kata Fahnaz dengan mata yang semakin kuyu.

"Mmhmm, tidur saja." Balas Adyra.

Fahnaz senyum lalu menyembamkan mukanya di dada Adyra. Mesti dia dengar detak jantung Adyra yang kencang.

Adyra masih tidak percaya dia membiarkan Fahnaz masuk ke dalam hatinya semula. Dia menatap raut wajah Fahnaz yang sangat lelah itu.

"Fahnaz kenapa comel sangat?" Adyra memeluk kepala Fahnaz sambil mengusap rambut tebal itu.

"Rambut pun tebal, kening tebal. Yang kat situ kenapa tak tebal ek? Hmmm apa-apapun, kiranya saya ni beruntung ke dapat awak?" Adyra mula bicara sendirian.

Hati Fahnaz cair mendengar Adyra memujinya berkali-kali, kalau cakap depan-depan mesti lebih bagus.




___





Adyra pergi kerja seperti biasa pada hari esok dan seterusnya, Fahnaz merasakan bahawa Adyra lebih banyak meluangkan masanya untuk bekerja daripada bermanja-manja bersamanya.

"Tak boleh jadi ni." Ujarnya sambil termenung memandang kertas kerja yang sepatutnya dia selesaikan pada hari itu.

Honeymoon mereka ditunda kerana Fahnaz mempunyai temu janji penting pada minggu itu, tapi kini dia pula yang tidak dapat duduk tenang kerana Adyra tidak bersamanya.

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now