FM 14⛈️

3.3K 129 0
                                    

Adyra keluar dari bangunan tempat dia bekerja, dia bermain dengan telefonnya sambil-sambil dia menunggu Fahnaz yang akan datang menjemputnya untuk lunch bersama.

Semakin hari hubungan mereka semakin rapat apatahlagi selepas masalah yang berlaku sebelum ini, Adyra mula lebih terbuka dengan Fahnaz.

'Mana pula Naz ni? Lambat pula hari ni.' getus hatinya, selalunya Fahnaz akan tiba sebelum dia turun ke bawah lagi.

Memandangkan hari itu hari sabtu jadi dia hanya bekerja setengah hari saja, dan dia sudah berjanji untuk keluar dating dengan Fahnaz.

"Yo Puan Adyra." Tegur Danial sambil melambai ke arah Adyra.

Adyra sangat jengkel melihat kelakuan Danial yang seakan-akan rapat dengannya sedangkan mereka hanya berbicara tentang Kerja saja sepanjang masa.

Senyuman palsunya itu pun boleh dilihat dengan ketara sekali.

"Jijik." Gumam Adyra.

"Apa dia?" Soal Danial tidak seberapa dengar dengan apa yang Adyra katakan.

"Tak ada apa." Balas Adyra lalu senyum.

Danial mengangguk, mungkin dia salah dengar kot.

"Encik Danial tak ada nak pergi mana-mana ke? Kereta encik kat situ je." Ujar Adyra berharap Danial akan pergi selepas dia katakan begitu, namun tidak! Danial sangatlah keras kepala.

"Tak pergi mana-mana pun, baik saya sembang dengan Puan kejap." Balasnya selamba, dia berdiri rapat dengan Adyra.

'Ishh! Rimas betullah aku dengan manusia tak faham bahasa ni, dahlah berdiri dekat sangat. Ni kalau Naz nampak mesti dia mengamuk.' getus hati Adyra memikirkan senario yang boleh berlaku.

Fahnaz masuk ke dalam perkarangan bangunan tempat Adyra kerja, matanya terus menangkap sosok tubuh Adyra yang sedang berdiri rapat dengan seorang lelaki.

Keningnya mula berkerut.

"Siapa pula lelaki tu? macam pernah nampak je, but where?" Fahnaz menenangkan fikirannya, mungkin cuma rakan sekerja saja.

Fahnaz pun berhenti dihadapan Adyra, Adyra kelihatan sangat lega apabila melihat kereta Fahnaz di hadapannya. Fahnaz keluar dari kereta, dia berjalan ke pintu penumpang hadapan untuk membukakan pintu untuk Adyra.

"sampai dah suami kesayangan saya, gerak dulu ye encik Danial." Pamit Adyra yang sengaja mahu menampakkan kepada Danial bahawa dia sangat rapat dengan Fahnaz.

Fahnaz yang mendengar terus tersenyum bangga, tapi tatapan matanya tetap saja sinis dan tajam.

"Call me Adyra!" Kata Danial dengan suara yang kuat sebelum Fahnaz menutup pintu.

Berderau darah Fahnaz mendengar lelaki yang tidak dia sukai itu menyebut nama isteri kesayangannya macam sudah kenal lama saja.

"Oh shit." Fahnaz memaki perlahan.

Danial terus meninggalkan mereka selepas membuat masalah untuk Adyra.

Fahnaz merenung Adyra yang sudah berada di dalam kereta, saat itu fikiran gilanya mula bergerak semula.

"Of course lah... Even though Adyra dah kahwin dengan aku dia masih belum jadi sepenuhnya milik aku. Aku tak terima curang.." Fahnaz bergumam sendiri.

Adyra yang merasa tidak selesa dengan tatapan tajam Fahnaz terus membuka tingkap, macam dia tidak tahu apa yang suaminya itu sedang fikirkan.

"Fahnaz... Awak okey?" Soal Adyra perlahan.

Fahnaz senyum senget, senyum yang dia paksakan.

Dia terus masuk ke dalam kereta tanpa berbicara sedikit pun.

Adyra mula merasa seram sejuk dengan suasana di dalam kereta itu, apa aku nak buat ni?

Mereka terus kembali ke pejabat Fahnaz.

"Naz! Tunggulah!" Adyra mengejar Fahnaz yang berjalan pantas meninggalkannya di tempat letak kereta.

Adyra menangkap tangan Fahnaz, Fahnaz berhenti berjalan.

"Naz marah Ady ke? Ady tak layan pun dia tadi, sumpah." Adyra berbicara dengan nada lembut dan manja, Adyra tetap bermanja-manja dengan Fahnaz.

Fahnaz menoleh memandang Adyra, dia ada idea macam mana mahu membuat supaya Adyra memujuknya. dengan selamba dia menjeling Adyra dengan mata yang tajam.

'Heh?! dia jeling aku ke? laki aku ni merajuk dengan aku ke?' getus hati Adyra bingung.

"Awak merajuk dengan saya?" Soal Adyra dengan nada terkejut, dia memandang Fahnaz dengan mata yang bulat dan tidak percaya lelaki itu tidak memarahinya.

"Talk to my hands." Balas Fahnaz sengaja mahu menunjukkan yang dia sedang merajuk, saja je nak buat Adyra pujuk dia.

Adyra terkedu melihat perangai baru Fahnaz, rasa dia macam .. ini laki aku ke?

Fahnaz terus berjalan masuk ke dalam bangunan miliknya itu, Adyra terus mengejar untuk memujuk Fahnaz.

"Fahnaz tunggulah! saya minta maaf saya tak sengaja!" jerit Adyra sambil mengejar Fahnaz yang sudah menekan butang lif, biarlah apa yang pekerja-pekerja Fahnaz akan cakapkan, sekarang ni lebih baik dia pujuk dulu Fahnaz sebelum perang dingin tercetus.

Adyra mengikut Fahnaz masuk ke dalam lif, mereka berdua diam kerana ada pekerja lain di dalam. kekok nak mampus!

'Apa aku nak buat ni? apa yang lelaki suka? aku tak pernah pujuk lelaki.' Adyra mula berfikir, sebelum ini hanya Fahnaz saja yang pernah memujuknya walaupun masa itu Fahnaz yang marah dia akan merajuk kembali dan Fahnaz pula yang memujuknya kembali , dan boleh pula dia salah faham dengan Fahnaz.

Adyra mula merasa bersalah kerana tidak pernah memikirkan perasaan Fahnaz  selama mereka bersama dulu.

'Selfish gila aku ni. Macam mana lah Fahnaz tahan dengan perangai bodoh aku ni.' getus hati Adyra sayu, dia mula merasa tidak layak buat Fahnaz.

TING ...

lif terbuka , semua pekerja Fahnaz segera keluar meninggalkan mereka di dalam.

Fahnaz masih berdiri kaku di tempatnya, Adyra menekan butang lif menuju ke pejabat Fahnaz di tingkat paling atas.

"Fahnaz... awak masih nak marah saya ke?" Soal Adyra bingung apa yang perlu dia lakukan.

Fahnaz tidak membalas sepatah pun.

Adyra memeluk pinggang Fahnaz dari belakang, dia pula yang merasa sedih Fahnaz tidak melayannya. Semua plannya untuk hari itu hancur disebabkan Danial datang bercakap dengannya.

Fahnaz membuka pelukan Adyra dari pingangnya lalu dia terus keluar meninggalkan Adyra di dalam lif. Dia sempat melihat reaksi muka Adyra yang berdiri kaku di dalam lif, kakinya hampir saja berpatah balik untuk memeluk Adyra di situ, tapi dia harus tetap menahan egonya supaya Adyra juga hormat padanya.

seketika kemudian Adyra masuk ke dalam pejabatnya dengan hidung dan mara yang merah, hatinya tidak tahan untuk melihat muka Adyra yang baru saja habis menangis.

'Why did you cry my princess?' getus hati Fahnaz yang mula rasa bersalah sangat-sangat.

Adyra datang menghampirinya, dia meramas jari jemarinya.

"Saya nak minta maaf sangat-sangat." Katanya dengan suara yang bergetar, setelah berfikir lama di dalam lif tadi dia hanya dapat mengingat bahawa Fahnaz selalu memberikan dia hadiah untuk memujuknya.

Nak bagi hadiah apa? Fahnaz dah boleh beli semuanya sendiri.







TBC

VOTE

Bab lepas ni author buat spicy sikit .

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now