FM 29

1.8K 93 2
                                    

Adyra berjalan bersama dengan Farina, entah mengapa tiba-tiba saja kakak iparnya itu mengajaknya jalan-jalan, mesti ada sesuatu yang terjadi di antara dia dan Fahnaz.

"Dyra jom makan Mcd!" Ajak Farina sambil menarik tangan Adyra dengan teruja menuju ke Mc Donalds.

"Ehh?? Kan baru je makan tadi." Adyra yang diheret terpaksa mengikuti Farina , walaupun memang ada sesuatu yang aneh sedang berlaku.

"Kita bungkus je bawa pulang, nanti boleh makan kat rumah akak." Kata Farina lalu masuk ke dalam Mcd itu, Adyra duduk di meja sementara Farina pergi memesan makanan.

Seorang lelaki bertopi duduk disebelahnya, Adyra segera duduk menjauh darinya namun tangannya ditarik.

"A-" Baru saja dia mahu berteriak mulutnya ditekup , lelaki itu mengangkat mukanya dan membuka topeng mulut yang dia pakai.

Adyra lega dan gembira melihat Fahnaz di situ, akhirnya dia boleh selamat daripada Farina yang sudah membawanya berjalan selama hampir 8 jam dari tengah hari sampailah ke malam..

"Naz ... sakit kaki." Rengek Adyra, dia terus sebak apabila lega selepas Fahnaz ada dengannya.

Fahnaz senyum melihat isterinya yang begitu kesian didera oleh kakaknya yang bodoh, dia menarik Adyra ke dalam dakapannya.

"Sorry lambat sayang.." Kata Fahnaz sambil mengelus pipi Adyra.

"Jom balik." Ajak Fahnaz lalu menarik Adyra berdiri dengan lembut, Adyra berdiri namun dia berhenti lagi.

"Macam mana dengan kakak?" Soal Adyra.

"Tak kisah, pandai-pandailah dia hidup. Berani culik dan dera isteri saya ni, biar dia tahu rancangan dia gagal." Kata Fahnaz lalu meninggalkan sekeping kertas kecil di atas meja dan menarik Adyra keluar terus dari mall itu.

Keluar saja dari mall itu Fahnaz terus tunduk untuk mendukung Adyra dibokongnya, tanpa segan silu Adyra terus naik di belakang Fahnaz daripada degil kakinya pula yang tersiksa.

"Hari ni good girl lah sayang .. penat sangat?" Soal Fahnaz menyakat Adyra, namun sebaik saja Adyra didukungnya dia terus terlelap.

Fahnaz kembali serius apabila menyedari Adyra terus terlelap, atau lebih betul lagi pengsan.

'Tak guna Farina .. siap kau tak jumpa laki kau sebulan. Biar aku kawinkan laki kau dengan perempuan lain.' Getus hatinya geram dengan sikap Farina, ada masalah dengannya tapi yang di kacaunya orang lain.


Pada masa yang sama, Farina kembali ke meja yang Adyra duduki tadi tanpa membawa apa-apa pun .. dia mengambil kertas kecil di atas meja dengan sengihan sinis seperti sudah tahu akan kehadiran Fahnaz di sana.

'Tunggu Leo kawin baru.' Farina tertawa membaca ugutan comel dari adiknya itu..

"Hmmm .. Leo nak ke perempuan lain selain aku dek? Perempuan Atina tu pun aku belum urus lagi." Gumam Farina sinis, dia berjalan keluar dari situ dengan gembira.

Sebenarnya dia sudah menyedari kehadiran Fahnaz yang cuba untuk mengambil Adyra darinya sejak sejam yang lalu lagi.

"Ciput , dah lah tak berani depan-depan." Dua orang bodyguardnya datang mengekori Farina dari belakang.



___




Adyra terjaga dari tidurnya yang agak lena namun menambah penat di ototnya..

"Haihhh .. tidur pun penat." Ujarnya sebaik saja bangun.

Kepalanya dielus lembut, dia memeluk orang yang mengelus kepalanya .. namun badan orang itu agak lain kerana memiliki payudara ..

'Fahnaz transgender dah sekarang ke?' Dia mencelikkan matanya dan melihat Puan Sarah berbaring di sebelahnya.

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now