FM 28

1.9K 82 4
                                    

"Fahnaz!" Adyra menjerit nama Fahnaz yang baru saja mahu memanjat pagar untuk ponteng.

Fahnaz terus berdiri tegak di tepi pagar sambil menguis tanah dengan kakinya.

"Kan dah janji tak nak ponteng." Adyra bercekak pinggang menunggu Fahnaz untuk kembali padanya.

"Woi! Naz! Biar je!! Cepatlah!"

"Kalau tak kitorang tinggal!"

"Tinggalkan je lah, dah tak de harapan." Hakim, Ilam dan Fakha berlari meninggalkan sekolah.

Fahnaz kembali ke kelas bersama Adyra.

"Nak pegi mana keluar?" Soal Adyra, circle nakal Fahnaz tu semua kaya-kaya mesti diorang semua nak pergi ke siber atau pegi beli rokok.

"Kena paksa ikut..." Kata Fahnaz dengan nada pelan saja.

End Flashback>>>

Adyra tertawa sendiri memikirkan hal-hal lama.. kalau diingatkan balik jadi lucu pula.

"Ady? Fikir apa yang lucu sangat tu?" Soal Fahnaz , tangannya memegang pinggang Adyra lalu ibu jarinya mengelus pinggang Adyra perlahan..

"Tak de lah.." Adyra menatap wajah Fahnaz lama dia mula tersengih lagi.. Kening Fahnaz mula berkerut lagi ada yang lucu ke dekat muka dia?

Adyra yang menyedari perubahan muka Fahnaz itu akhirnya membuka bicara..

"Siapa sangka kan saya kahwin dengan gangster nakal belakang sekolah ni, kawin paksa pula tu.." Adyra menarik kepala Fahnaz untuk diciumnya, bibir Adyra melekap di kening tebal Fahnaz.

"Kawin paksa eh.. Itu semua salah awak sebab tinggalkan saya dulu, I've already fall head over heels to you.. Awak tak boleh tinggalkan peliharaan awak macam tu saja, It'll get crazy." Ujar Fahnaz dan memandang Adyra lagi, di posisi baring sambil menghadap satu sama lain itu boleh membuat mereka berfikir dengan banyak..

"Hahahaha..." Fahnaz tertawa pula selepas melihat reaksi comel Adyra.

"yelah salah saya lah semua tu jadi .. awak tu yang banyak sangat rahsia, orang dalam relationship nak kejujuran ni tak.. awak selalu sembunyikan semuanya bila saya tanya macam mana saya nak percaya awak? pastu hilang tiba-tiba pastu muncul check-in dengan perempuan lain.." Segala sindiran Adyra berikan dalam satu ayat saja.

Kening tebal Fahnaz terangkat pula, dia merasa geli hati mendengar luahan Adyra itu.

"I did nothing like that .. mungkin ya, saya terlalu banyak simpan rahsia but in my opinion you don't need to know, semua hal saya tu tak penting it can make you overthinking and it's bad for your mental health.."

"Shut!" Adyra menangkap bibir Fahnaz.

"Hal saya tak penting?? Fahnaz!! eeeeeeee geram betullah!" Adyra mencubit lengan Fahnaz dengan kuat kerana terlalu geram dengan lelaki tak berotak di sebelahnya itu.

"AH AU AUCHH!" Fahnaz memegang tangan kecil Adyra yang cubitannya kuat macam semut api, sampai berkerut-kerut mukanya menahan sakit.

Adyra menampar lengan Fahnaz selepas melepaskan cubitannya.

"Jadi saya tak perlu ambil tahu pasal awak lahh?? Amboiii~! Sedap je ek! Kalau macam tu baik saya kahwin dengan diri sendiri saja.." Adyra melepaskan keluhan lalu duduk dengan tegak, diikuti dengan Fahnaz juga duduk.. kini mereka duduk berhadapan pula..

"Kau fikir kau tu tak penting ke buat aku dulu?? Hah! Ikut sedap hati saja aku tak perlu tahu pasal kau .. nak kena pelempang ke???" Soal Adyra dengan kasar, dia mengangkat tangannya. Dengan drastis Fahnaz mengelak.. belum di hayun sudah elak dahulu.

"Dengar sini Fahnaz Miyzad, saya dari dulu ikhlas dengan awak, saya ada supaya awak boleh share apa-apa je .. it doesn't matter if it's only a smallest matter about you, saya boleh kenal awak lebih lagi kalau awak terbuka pada saya.. open minded tak?" Soal Adyra yang kedengaran aneh di hujung ayatnya..

"Awak nak tahu ke tentang saya? I don't deserve it.."

"Entah dari mana self confident engko dapat ni don't deserve lak .."

Adyra memegang kedua belah pipi Fahnaz untuk melihat tepat me matanya.

"Kalau awak tak deserve saya , awak tak perlu kahwin dengan saya.."

"But I want you .. saya nak kan awak walaupun cuma saya yang selfish.."

"Then! jadi selfish untuk ceritakan tentang diri awak pada saya? tak susah kan.. Fahnaz look at me."

"Saya dah tengok dari tadi .."

Mereka diam buat seketika menikmati kejanggalan yang lalu..

"Saya nak tahu semua yang jadi pada awak, mungkin awak rasa tak best pun.. tapi it make me feel closer to you, bolehh??" Soal Adyra dengan lembut, dia menurunkan tangannya dari pipi Fahnaz ke bahu berotot Fahnaz..

"Jom mandi sama-sama.." Ajak Adyra untuk mengakhiri deep talk mereka.

Mata Fahnaz terus bersinar, dia melompat turun dari katil.

"Saya akan isi bathtub!" jeritnya lalu masuk ke dalam kamar mandi..

"gelojoh.. "




__



Farina duduk berhadapan dengan Fahnaz di pondok kecil yang terletak di belakang rumah ibu bapa mereka..

"Kau ni bodoh." Farina terus memulakan pergaduhan , sedangkan mereka berdua baru saja sampai di rumah itu untuk meluangkan masa bersama dengan ibu tersayang mereka..

Fahnaz menjeling kakak sulungnya itu, asal jumpa saja nak cari gaduh..

Puan Sarah dengan sabar menghirup teh hangatnya, menunggu satu lagi anaknya yang tak kunjung tiba..

"Budak bodoh!! Kau ni tak hidup kalau tak cari masalah kan?? Kesian Adyra dapat laki macam kau! Mental!" Jerit Farina keras.

"EH! Mulut kau jaga sikit eh! Ady bahagia tau dapat aku!!" Fahnaz pantang menyerah namun dia bercakap pada nada rendah saja kerana tidak mahu mengganggu Puan Sarah.

"Happy apa benda! kau tu dah lah paksa dia kawin dengan kau yang tak berakal ni!!" Tambah Farina pula untuk menambahkan minyak di api kemarahanFahnaz.

"Aku boleh buat dia happy lahh!! Bukan macam kau derhaka pada suami!!"

Farina dan Fahnaz mula bertengkar..

Farhan datang untuk menyertai mereka, dia melihat aksi-aksi boxing di hadapannya dan Puan Sarah buat-buat tidak melihat saja pertengkaran dua anaknya itu.. hebat betul sampai flying kick pun dibuat oleh Farina dan di Fahnaz bertahan dengan menyilangkan tangannya saja, Fahnaz kembali dengan headlock! Farina tidak mudah mengalah dia menggigit lengan Fahnaz, Fahnaz mengelap air liur Farina dengan tisu yang dibasahkan dengan air teh milik Farina..

"Duduklah dulu, minum dengan mama jap." Kata Puan Sarah dengan tenang..

Farhan masih terpegun melihat pergaduhan dua orang dewasa yang yakni sudah mempunyai pasangan sedang bergaduh bertarik rambut, sabar je lah tiba-tiba rasa macam ada dua adik pula..

Bukk!!

Farina dan Fahnaz dihempuk oleh Farhan, dengan sopan dan tenang Farhan duduk di tengah-tengah adik beradiknya selepas memukul mereka..

"Minumlah mama.." Farhan menuangkan teh ke dalam gelas comel puan Sarah lagi.

"Korang dua pun minum." Nada suaranya berubah apabila berbicara dengan mereka berdua, suaranya lebih tegas dan serius.

Farina dan Fahnaz menjeling saja, kedua-duanya sudah terluka sedikit.

Mereka mendengar apa yang Puan Sarah mahu sampaikan kepada mereka pada petang itu tanpa menyuruh untuk membawa pasangan mereka.




 

TBC

Vote

a/n ; Btw guys author dah tak de idea dengan yang ni, probably unpublish or korang akan dapat ending yang aneh dan gantung as always ....

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now