FM 18

2.6K 102 0
                                    

Adyra masuk ke dalam cafe , dia memesan minuman saja. Perut dia tidak terima jika dia bersarapan pagi, mesti akan muntah atau nak buang air besar lepas tu.

Adyra melihat Danial yang masuk ke cafe yang sama dia terus menghampiri Adyra.

'Apahal dia kejar aku sampai sini pula ni?' Adyra mula merasa jengkel dengan muka Danial, hari-hari dia nak hadap Danial ni.

"Adyra! You tak kesah ke suami you ni? Gosh tengok ni dia keluar lagi dengan perempuan tu." Danial terus duduk di hadapan Adyra.

"Kau tak penat ke nak fitnah laki aku?" Soal Adyra marah.

"Mana ada I fitnah dia, I cakap betul ni." Kata Danial menafikan, confident dia tu kalah confident aku.

Adyra berdiri lalu pada masa yang sama minuman yang dia pesan tiba, selepas melihat minumannya sampai dia terus ke tandas, sebab dia sudah berjanji mahu menunggu Fahnaz dan perempuan yang Danial upah di cafe itu.

"Kenapa dengan perempuan ni? percaya betul dekat suami dia tu. Bodoh!" Danial merenung minuman Adyra yang ada di atas meja dan masih belum disentuh lagi.

"Hahaha Bagus. nasib baiklah aku selalu bawa ubat tidur ni." Danial mengeluarkan ubat tidur yang selalu dia gunakan untuk tidur sekiranya dia tidak dapat tidur, tiga biji ubat itu dia hancurkan lalu dia larutkan ke dalam air Adyra.

"Siap lah kau Adyra." Gumamnya sambil berlagak biasa di sana supaya tidak kelihatan mencurigakan.

Adyra kembali, dia duduk di tempat yang sama berhadapan dengan Danial.

'Kenapa jantan ni masih ada di sini pula ni? Geram je aku tengok dia. Lambat lagi ke Fahnaz ni? Aku dah tak tahan duduk dengan jantan tak guna ni lah.' Adyra minum minumannya tanpa sebarang prasangka disebabkan tekaknya yang sudah kering.

Air itu dia minum hingga setengah gelas.

'Hahahaha! kau dah kalah Adyra.' Getus hati Danial, dia memerhatikan Adyra yang mula lemah dan terkulai di kerusinya.

"You okey?" Soal Danial, sebaik saja Danial bertanya penglihatan Adyra berpinar.

'Danial ni letak apa-apa dalam air aku ke? Kenapa kau bodoh sangat ni Adyra?' Adyra mula menyesali perbuatannya sendiri.

"Apa yang kau letak dalam air aku ni?" Soal Adyra perlahan, dia merasa sangat mengantuk hingga dia tidak dapat mengangkat kelopak matanya lagi. Matanya tertutup berkali-kali namun dia tetap bertahan untuk membuka matanya.

Walaupun dia semakin takut dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi dia terus berusaha untuk kekal sedar, badannya juga seperti sudah tidak berfungsi lagi.

"Fahnaz ..." Panggilnya apabila melihat senyuman jahat Danial.

"Go to sleep Adyra." Bisik Danial , kepala Adyra terus jatuh ke meja.

"Padan dengan muka kau." Danial mengangkat Adyra keluar dari Cafe itu dan terus menuju ke keretanya.

Fahnaz yang baru saja tiba di tempat letak kereta melihat Adyra diangkat oleh Danial, amarahnya terus membuak-buak. Tanpa berlengah-lengah lagi dia terus keluar dari keretanya lalu terus menumbuk muka Danial, dia terus menyambut Adyra yang dijatuhkan oleh Danial.

"Kau nak buat apa dengan isteri aku Hah!!!?" Soal Fahnaz marah, dia menjerit kuat di tengah tempat letak kereta itu.

"Adyra tu milik aku lah Sial!!" Balas Danial lalu meluruh ke arah Fahnaz dengan segenggam penumbuk.

Bodyguard yang selalu mengikuti Fahnaz dari jauh terus menangkap Danial, Danial ditekankan diatas jalan raya dengan seorang bodyguard Fahnaz di atasnya.

"Call polis, aku akan uruskan mamat ni nanti." Kata Fahnaz apabila melihat Adyra terkulai di tanganya.

Fahnaz memasukkan Adyra ke tempat penumpang hadapan lalu dia merebahkan kerusi supaya Adyra dapat berbaring dia menutup pintu lalu kembali kepada Danial.

"Aku akan pastikan kau menyesal sentuh isteri aku." Ujar Fahnaz lalu berjalan menuju ke keretanya.

"Aku akan dapatkan Adyra!!" Jerit Danial sambil mencuba untuk melepaskan diri dari bodyguard Fahnaz itu.

Fahnaz sengih sinis lalu masuk ke dalam keretanya, dia pun beredar dari ditu.

 

_




Fahnaz membawa polis untuk menyiasat rumah Danial yang kononnya dilaporkan menjual dadah dan membeli dadah.

"aku tak ada semua benda yang korang cakap tu!!" Jerit Danial yang sudah digari oleh polis awal-awal tadi.

Polis mula menyerbu ke dalam rumah Danial , tidak lama kemudian polis-polis itu mula menjumpai plastik yang berisi serbuk putih dari dalam rumahnya dan disembunyikan di bawah tanah.

Danial terkedu melihat serbuk putih yang mereka jumpa di dalam rumahnya, dia tidak percaya apa yang dia lihat kerana dia tidak pernah melihat semua itu di dalam rumahnya sendiri.

"Aku tak tahu semua benda tu! itu bukan aku punya!!" Jerit Danial masih menafikan.

Danial menoleh memandang Fahnaz, Fahnaz sengih sinis apabila Danial memandangnya. Dia tidak menyangka bahawa rancangannya akan berjalan lancar seperti itu.

"Itu semua kau yang buat kan?! Fahnaz!! Hoi polis! dadah semua tu milik lelaki ni! bukan aku!" Jerit Danial namun polis langsung tidak mempercayainya.

"Kita akan buat ujian dadah lepas ni, sila beri kerjasama Encik Danial. Ikut Kami ke balai." Kata polis itu lalu mengheret Danial masuk ke dalam kereta polis.

"Encik Fahnaz, Encik masih mahu beri keterangan, sila ikut juga." Kata Polis itu.

Fahnaz mengangguk, dia mengikut polis itu dengan senang hati.

Mereka tiba di balai polis dan Danial pun dipaksa untuk melakukan ujian dadah, selepas ujian keluar Danial disahkan telah mengambil dadah dalam jumlah yang banyak.

Danial bingung, dia hairan bagaimana ada dadah di dalam badannya sebanyak 40 peratus itu, how?

"Macam mana kau buat aku macam ni?" Soal Danial apabila dia berjalan melalui Fahnaz.

"Kau yang makan bukan aku." Balas Fahnaz tanpa rasa gentar pun.

"Encik Danial sila terus berjalan!" Arah polis itu lalu menolak Danial untuk berjalan menuju ke penjara sementara sebelum dia dibawa ke penjara besar.

Melihat Danial yang sudah dibawa pergi kini giliran Fahnaz pula untuk berlakon.

"Encik Fahnaz sila ikut kami untuk siasatan lanjut." Kata  polis itu lalu menunjukkan jalan untuk Fahnaz, mereka masuk ke dalam bilik siasatan.

Fahnaz duduk berhadapan dengan polis di dalam bilik siasatan itu, dia menunjukkan raut muka yang gementar.

"Encik tak perlu gementar, kami tak kan tangkap encik. Kami cuma perlu tahu macam mana Encik boleh tahu tertuduh ada barang tersebut?" Soal polis.

"Kemarin saya lihat isteri saya hampir diculik oleh dia dalam keadaan tidak sedarkan diri dan saya merebut isteri saya selepas dibantu oleh rakan saya, selepas itu barulah saya membawa isteri saya ke hospital dan pihak hospital mengesahkan terdapat 3 peratus dadah dalam badan isteri saya, jadi saya pun bertindak untuk menghubungi polis." Jelas Fahnaz, dia sudah menyediakan semuanya sendiri.

"Kalau encik mahu lihat laporan tu pun saya boleh bagi!" Kata Fahnaz yang sedang berlakon takut.

Polis itu senyum lalu menggelengkan kepalanya

"Baiklah encik, terima kasih atas bantuan encik. Encik boleh pulang, kami tidak boleh tahan encik tanpa waran tetapi encik masih akan diperhatikan oleh polis." Kata polis itu lalu menutup buku nota yang dia gunakan untuk menulis tadi,

"Terima kasih Tuan." Balas Fahnaz lalu keluar dari bilik itu.

Dengan senyuman kemenangan dia keluar dari balai polis itu, hari yang sudah malam itu membuatkan hatinya bertambah senang.

"Now I have Adyra ... all of her. Kalau ada lagi lepas ni tinggal buat perkara sama je." Ujar Fahnaz sendiri, dia berjalan kembali ke keretanya dengan langkah yang riang.





TBC

VOTE

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now