FM 17

3.1K 106 2
                                    

Fahnaz melihat skrin telefonnya, berpuluh-puluh missed call dan mesej daripada Adyra yang masuk. Dia sengih , dah suka aku balik lah tu.

"By the way aku tak boleh buat kesalahan lagi memandangkan ini dah peluang kedua aku." Ujarnya lalu menghubungi Adyra.

"Assalamualaikum cinta." Kata Fahnaz sebaik saja Adyra menjawab panggilannya itu, Fahnaz diam seketika. Sebenarnya dia cuma mahu memberi salam tadi cuma kerana sudah terbiasa dengan cinta sekali dia sebut.

"Buat apa tadi?" Soal Adyra dengan nada suara dingin dan marah.

"Kerja. Saya mesyuarat tadi, sorry sayang. Malam ni saya balik lambat tak perlu tunggu depan pintu , tidur terus." Kata Fahnaz sengaja nak buat Adyra salah sangka.

"Hah? umm okey." Balas Adyra lalu memutuskan talian.

Fahnaz menelan liurnya dia mula merasa gementar dengan pilihan yang dia buat itu, betul ke apa yang aku buat ni?

Seorang gadis duduk di hadapannya, cafe yang tadi sangat penuh kini berkurangan orang.

"SO?" Soal Fahnaz sebaik saja gadis itu duduk.


_

Adyra berjalan keluar dari keretanya geram dengan Fahnaz, aku tak patut bagi dia peluang lagi kot.

'Kau dah lupa ke apa yang lelaki tu buat Adyra? dia tu gangster ! Tak layak dapat kau yang baik ni.' Adyra berjalan menuju ke restoran yang menjadi tempat rehatnya selama dia bekerja di tempat kerjanya sekarang.

Matanya menangkap seseorang yang amat dia kenali keluar dari Cafe di seberang jalan, detak jantungnya seakan-akan terhenti melihat Fahnaz keluar dari Cafe itu dengan seorang gadis ynag berpakaian seksi.

"Dasar jantan tak guna!" Jerit Adyra sakit hati melihat Fahnaz membukakan pintu keretanya untuk gadis itu pula, Adyra bukannya semakin cemburu malahan dia semakin marah melihat Fahnaz.

"EEEEEEE ni kalau balik rumah nanti aku lanyak-lanyak engko! Siap kau aku potong kau tujuh kerat buat masak lemak! bagi anjing makan!" Kata Adyra dengan kuat marah.

Orang-orang yang lalu di sekelilingnya menjauh kerana menganggap Adyra gila.



Fahnaz masuk ke dalam rumahnya pada jam 11 malam dia tidak mampu meninggalkan Adyra terlalu lama itu membuatnya sendiri sakit kerana rindu.

Rumah mereka masih lagi terang benderang.

"Adyra belum tidur ke? Aku tak nak menjawab dia nanti dia marah." Gumam Fahnaz lalu naik ke biliknya di tingkat atas.

Dia masuk ke dalam bilik, pintu bilik mereka tertutup dengan kuat sekali membuatnya terkejut hingga melompat.

"Allahu!" Jerit Fahnaz terkejut, dia berpusing memandang Adyra yang berdiri dihadapan pintu.

"Tadi buat apa? Lunch dengan siapa?" Soal Adyra sambil tersenyum manis.

'Dia tahu ke? macam mana ni? bagitahu je lah daripada aku gaduh dengan dia.' Fahnaz terus mendakap Adyra erat.

"Sebenarnya tadi Zara tu perempuan yang lelaki Danial tu upah untuk goda saya untuk dapatkan awak, saya tak ada rancangan lain dengan dia. Dia cuma bagitahu saya tentang arahan Danial tu, tak lebih sumpah demi Allah!" Jelas Fahnaz dengan cepat.

Adyra diam tidak tahu mahu menjawab apa.

"Apa Danial nak?" Soal Adyra.

"Dia nak pisahkan kita sayang." Balas Fahnaz dengan nada perlahan, tiba-tiba takut bini.

"Jadi apa awak buat dengan perempuan tu?" Soal Adyra ingin tahu juga.

"Hmm? I did nothing with her sayang." Balas Fahnaz lalu mencium pipi Adyra di kesempatan yang ada itu, Adyra menolak muka Fahnaz.

"Jujur ni?" Soal Adyra kurang percaya.

Fahnaz mengangguk dengan cepat.

"Jadi kenapa awak bukakan pintu untuk dia tadi? apa nama perempuan tu?" Soal Adyra masih marah dan tidak percaya dengan Fahnaz.

"Sebab lelaki Danial tu ada kat dalam cafe tu juga jadi kami pun berlakon lah, and nama perempuan tu .... saya pun tak tau, saya tak tanya dan tak nak tahu." Jawab Fahnaz sambil menayangkan muka polos.

Adyra merasakan bahawa Fahnaz sedang bermain-main saja dengannya dan tidak jujur pun.

"Tepi sikit! Tak mandi lagi dah peluk peluk orang." Adyra menolak Fahnaz lalu duduk di birai katil berfikir apa yang patut dia lakukan dengan Danial itu.

"Fikir apa? Danial?" Soal Fahnaz lalu duduk dilantai disebelah kaki Adyra.

"Hmm." Balas Adyra.

Fahnaz meletakkan kepalanya di atas peha Adyra, dia tidak suka jika Adyra memikirkan tentang lelaki lain pun kalau sedang berada di hadapannya.

"Don't think about any men, Saya tak nak ada lelaki lain dalam fikiran awak. Saya akan uruskan dia, awak just follow my plan." Ujar Fahnaz lalu memicit peha Adyra yang banyak isi.

Pap!

Adyra menampar tangan Fahnaz perlahan, dia geram tangan gatal Fahnaz.

"Naz! pergi mandi!!!" Jerit Adyra lalu menolak Fahnaz kemudian naik ke atas katil untuk tidur.

"Jangan tidur dulu tau!" Fahnaz berdiri dia berlari ke tandas.

"Tak nak! pegilah cari perempuan tadi tu! Pegi bukakan pintu untuk dia!" Balas Adyra, tidur luar baru tau!




___

Adyra duduk di mejanya, seperti biasa Danial datang untuk menganggunya.

"Tengok apa I nampak kemarin." Danial dengan yakin menunjukkan gambar Fahnaz dan gadis yang dia upah tu kepada Adyra.

Adyra yang sudah tau tujuan Danial cuma dapat merasakan rimas dan benci dengan perangai Danial itu, tak ada kerja lain ke selain nak ganggu aku? tak de perempuan lain ke? hah!

Adyra memutar bola matanya rimas, tapi dia perlu berlakon seperti yang Fahnaz suruh.

"Hahhh! kau dapat dari mana ni?" Soal Adyra dengan nada terkejut yang kekok, sangat tidak natural.

"I tangkap sendiri gambar ni masa makan kat Cafe seberang sana tu! ini suami you kan? tengok siap bukakan pintu untuk perempuan tu lagi, mesti dia ada sesuatu hubungan dengan perempuan tu." Kata Danial dengan lakonan yang juga tidak natural.

'Anjing betullah perangai jantan ni. Tak malu ke?' Adyra pura-pura terkejut lagi.

"Aku nak call suami aku." Adyra mengangkat begnya lalu keluar dari pejabatnya dengan alasan menyiapkan tempahan Adyra boleh keluar sesuka hatinya saja, apatah lagi bila dia orang kepercayaan bos.

"Bodoh, jantan tak malu. Potong cacing kau baru tau!" Omel Adyra sambil berjalan dengan marah menuju ke keretanya.

"Miss Adyra, nak keluar jumpa client?" Adyra ditegur.

"Hai Tuan Zack! Ye saya ada tempahan yang masih dalam progress jadi nak pegi sana tengok." Balas Adyra, boleh pula dia terjumpa dengan boss besar di tempat letak kereta biasa itu.

"Good, sangat rajin ye Miss." Ujar Zack dengan senyuman manis yang sentiasa ada di wajahnya.

"Ermm bos, saya bukan miss lagi saya dah upgrade jadi puan sebab dah kahwin!!" Kata Adyra dengan divanya sambil menayangkan cincin kahiwnnya.

Raut muka Zack terus berubah sedikit namun dia masih lagi tersenyum.

"Oh, tapi you masih akan jadi Miss Adyra saya. KAN?" Soal Zack dengan nada memaksa.

Walaupun merasa sedikit aneh Adyra tetap mengangguk.

"Apalah bos ni, hahahaha." Adyra gelak kekok pula.




TBC

Vote

Okey guys macam UD juga saya akan update sekali semua lepas dah nak siap, tunggu dengan sabar yerr

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now