01| Drum Stick

31 8 0
                                    

Jungkook masuk ke dalam rumah dengan keadaan yang penuh berhati-hati. Kakinya terjengket-jengket agar tidak menimbulkan bunyi. Tetapi segala percubaannya gagal apabila dia terkejut melihat figura kecil yang berada di depan TV itu menoleh kearahnya.

Dia terkaku seperti patung. Mata mereka berdua bertembung cukup lama dan dia masih terkaku di tempatnya. Seolah-olah dirinya kini adalah sebuah patung berukuran manusia.

"Appa tinggalkan Taeri sendiri dekat rumah?"

Soalnya dengan mata yang bulat. Satu jam lepas, Taeri terbangun dari tidurnya kerana terasa sejuk. Tangan kecilnya menepuk-nepuk ke sebelah untuk mencari keberadaan Jungkook tetapi apa yang dia dapati adalah, dia tidur sendiri. Disebabkan itu, dia bangun dan terus menuju ke ruang tamu dan berharap Jungkook ada di luar. Tetapi tetap sama, Jungkook menghilang ketika Taeri sedang tidur nyanyak.

Jungkook tersengeh. Kedua-dua tangannya masih setia bersembunyi di belakang badannya.

"Appa pergi mana?" 

Budak comel itu lagi bertanyakan soalan kepada appa mudanya itu. Tetapi soalannya tidak dijawab membuatkan dia bangun dari tempatnya.

"Apa dekat belakang appa tu?"

Dia mendekati Jungkook dan cuba untuk melihat apa yang disembunyikan oleh Jungkook.

"Appa!"

Taeri mula membuat muka sambil berpeluk tubuh. Dia cukup geram apabila Jungkook masih setia menyembunyi barang tersebut. Bukannya nak memujuk, Jungkook malah ketawa kecil melihat aksi comel anak kesayangannya itu.

"Okey fine."

Jungkook melutut di depan Taeri. Senyumannya mekar dan cuba untuk memujuk sebab dia dapat melihat wajah Taeri semakin datar.

"Appa beli ini."

Jungkook menunjukkan sesuatu yang baru sahaja dia beli semasa sedang dalam perjalan pulang ke rumah.

"Appa beli banana milk special untuk Taeri."

Wajah Taeri yang tadinya monyok dan mencuka terus berubah gembira apabila minuman kegemarannya berada di depan matanya sekarang ni. Pantas tangan kecil itu merampas satu banana milk buatan tangan itu dari Jungkook.

"Mana appa tahu Taeri nak minum ni?"

"Adalah. Appa dapat baca apa yang Taeri tengah fikir. Mesti Taeri nak air kan? sebab tu appa belikan. Suka tak?"

Taeri mengangguk kecil. Perasaan marahnya hilang begitu sahaja membuatkan Jungkook berasa lega. Nasib baiklah dia sempat beli minuman kegemaran Taeri. Kalau tidak, memang sampai ke esok anak dia akan merajuk.

"Kenapa Taeri bangun?"

Tangan kecil itu ditarik menuju ke sofa lalu Taeri duduk diatas pangkuannya.

"Sebab sejuk. Appa lupakan matikan aircond."

"Arh! mianhae. Appa tak sengaja."

Jungkook mengetuk kepalanya sendiri akibat terleka. Dia berharap sangat esok pagi Taeri akan baik-baik sahaja sebab anak kesayangannya ini tidak berkawan baik dengan cuaca sejuk. Mudah sakit kalau terlalu sejuk.

"Appa pergi mana? kenapa tinggal Taeri sendiri?"

"Appa jumpa kawan sekejap. Dia minta bantuan. Kesian takde yang tolong dia malam-malam ni. Jadi appa tolong lah."

"Jinjja?"

"Yes!"

"Okey."

Jungkook bernafas dengan lega. Nasib baiklah Taeri bukan jenis yang suka buat macam-macam kalau tinggal sendiri. Sebelum ni pernah juga dia tinggalkan Taeri dirumah tetapi apa yang dia dapat adalah dia melihat Taeri menconteng cermin tingkap dengan marker. Nasib baiklah boleh hilang.

No Dot | JungkookWhere stories live. Discover now