02 | Festival

17 6 0
                                    

Jungkook berdiri di depan cermin besar untuk melihat penampilannya ketika ini. Dan selepas itu dia ketawa sendiri melihat Taeri yang ikut berdiri di depan cermin. Dia mengambil keputusan untuk membawa taeri ke Festival sebab hari ini Taeri cuti sekolah.

Hari ini mereka memakai pakaian yang sama iaitu jacket jeans diluar dan didalamnya adalah hoodie putih. Suhu di dewan kolej semestinya sejuk dan dia takkan membiarka anak kesayangannya itu kesejukan. Ini bukan kali pertama Jungkook membawa Taeri ke kolej dan kalau boleh, setiap event yang diadakan oleh kolej, dia akan membawa Taeri untuk turut serta.

Kawan-kawan dia pun tahu yang dia mempunyai seorang anak perempuan walaupun belum berkahwin. Malah mereka bangga dengan sikap Jungkook yang bertanggungjawab untuk menjaga Taeri daripada menghantarnya ke rumah penjagaan.

Sepanjang Taeri hidup, dia tidak pernah tahu siapa ommanya dan juga rupa bentuknya macam mana. Dia hanya tahu bahawa ommanya telah mati semasa melahirkannya dan tentu perkara itu adalah rekaan Jungkook sahaja. Tak mungkin dia akan bagitahu bahawa omma Taeri telah membuangnya dan tak nak berjumpa dengannya. Lagi pun bekas kekasih Jungkook berada di luar negara. Dah 5 tahun menetap di sana tanpa ada niat untuk balik Korea.

"Appa, Taeri nak pakai topi juga!"

Rengek Taeri apabila melihat Jungkook memakai topi. Terus dia tak berminat dengan gaya rambut ikat duanya itu. Kalau boleh apa yang Jungkook pakai, dia nak pakai jugak.

Apa yang Jungkook minat, dia nak minat juga sampaikan Jungkook sanggup membeli mini drum untuk Taeri. Tapi hujung-hujung drum itu tersimpan cantik di dalam bilik Taeri. Tak disentuh langsung. Katanya kurang berminat dan dia lagi suka dengan saiz drum yang normal. Harsilnya, drum Jungkook juga adalah milik Jeon Taeri.

"Okey appa tak pakai topi."

Jungkook melepas topinya begitu sahaja. rambutnya diperbetulkan dengan menggunakan minyak rambut kegemarannya. Selepas itu minyak wangi disembur keseluruh badan. Matanya melihat kearah Taeri. Tengok dari mata pun dia tahu anaknya itu ingin disembur minyak wangi juga. Nasib baiklah jenis minyak wangi Jungkook sesuai untuk semua orang.

"Jom!"

+++

Taeri mengambil tempat duduk dibahagian hadapan bersama dengan jaehyun iaitu kawan Jungkook yang ditugaskan untuk menjaga anaknya sepanjang dia berada di pentas. Tangan kecil itu memegang erat banana milk ditangannya sambil menatap kepentas dengan teruja. Manakala Jaehyun pula sibuk merakam persembahan tersebut untuk di upload di social media.

Selepas itu dia mengambil beberapa gambar dengan Taeri dan mencuba pelbagai filter yang telah disediakan.

"Oppa."

"Erm?"

"Oppa pandai main drum?"

Jaehyun menggeleng kecil. Dia tidak berminat dengan alat music yang bising itu. Dia lebih gemar dengan alat music piano yang menghasilkan suara merdu dan sesuai dengan jiwanya.

"Taeri suka drum!"

"Tahu. Taeri dah cakap banyak kali."

"Oh ye lah. hehe mianhae oppa."

"Nae"

Jaehyun mengusap kepala Taeri dengan lembut.

Tidak lama kemudian, persembahan Jungkook pun tiba di penghujungnya dan band mereka mendapat tepukan yang gemuruh. Jungkook turun dari pentas lalu menghampiri Taeri.

"How?"

"10/10. Perfect!"

"Oh yes!"

Kedua beranak itu ber-high five dengan tinggi.

No Dot | JungkookWhere stories live. Discover now