03 | Sadness

15 7 0
                                    

.Taman.

Cuaca hari ini cukup baik untuk melakukan pelbagai aktiviti dan disebabkan itu, Jungkook meminta cuti semata-mata untuk mengajak Taeri pergi ke taman untuk bermain.

Tiba di padang yang luas, mereka berdua bermain layang-layang dengan begitu seronok. Semua itu boleh dilihat dari raut wajah Taeri yang tak henti-henti ketawa dan tersenyum. Walaupun mereka hanya tinggal berdua sahaja, perkara itu tidak membuatkannya sedih. Dia hanya perlukan Jungkook sebab dia yakin superhero dia ni mampu untuk melindunginya sampai bila-bila.

Jungkook terduduk lemah sambil  melihat Taeri yang sibuk bermain. Senyumannya mekar apabila melihat anaknya itu cukup gembira hari ini.

"Jeon Taeri!" 

Bulat matanya apabila Taeri jatuh ketika berlari. Belum sempat dia ingin menolong, Taeri sudah bangun dan sambung berlari. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Dia meneguk air tin yang dibeli lalu menyuap Gimbab ke dalam mulut.

"Appa."

Taeri yang penat berlari kini duduk disamping Jungkook lalu mencapai banana milk kegemarannya dan diminum penuh selera. Sambil minum, sambil tu juga kepalanya melihat kearah sekeliling dimana terdapat begitu ramai sekali keluarga kecil yang sedang mengisi masa lapang mereka dengan orang tersayang.

"Mesti best kan kalau Taeri ada omma jugak."

Jungkook berhenti mengunyah. kata-kata yang dilontarkan oleh Taeri berjaya membuatkan dia terdiam.

"Appa, kat dunia ni memang tinggal kita berdua je ke?"

"Kenapa cakap macam tu? Taeri kan ada uncle Seongyoon."

"Kawan-kawan Taeri semua ada keluarga. Ada omma, appa, heolmoni dan semualah. Taeri? ada appa je."

Taeri menunduk lesu. Nafasnya dihembus lemah. Jungkook melihat perubahan Taeri dan langsung dia meraih anaknya itu lalu mendudukkannya di atas pangkuan.

"Taeri tak happy tinggal dengan appa?"

"Happy. Tapi kalau tinggal ramai-ramai mesti best. Makan ramai-ramai. Pergi berkelah dengan omma. Mesti best."

"Kalau macam tu, nanti appa ajak kawan appa yang lain. Nak?"

"Bukan macam tulah appa!"

Lengan Jungkook dipukul pelan. Taeri kembali ketawa apabila Jungkook berpura-pura sakit lalu pengsan.

"Appa!"

Pipi Jungkook ditepuknya pelan namun Jungkook masih sahaja menutup matanya. Belum sempat Taeri ingin menyerang, dirinya sudah menjadi sasaran Jungkook. Perutnya digeletek beberapa kali dan ketawanya pecah begitu sahaja.

"Appa hajima."

Jungkook menghentikan serangannya. Rambut Taeri yang sedikit kusut diperbetulkan.

"Appa tak nak bagi omma baru dekat Taeri ke?"

"Tak nak lah. Mana ada orang sanggup nak jaga budak nakal macam Taeri. Appa je yang sanggup."

"Kalau Taeri tak nakal, appa nak bagi Taeri omma?"

Mata bulat itu terkebil-kebil menunggu jawapan dari Jungkook.

"Nanti appa tengok shop online. Ada tak jual omma kat dalam tu."

Gurau Jungkook. Sengaja tak nak bagi Taeri semakin sedih. Cukup dirinya yang sedih kerana dibuang keluarga di sebabkan oleh masalah yang dia buat. Dia tak nak Taeri merasai apa yang dia rasa.

"Buat masa ini. Appa jadi dua orang. Boleh jadi appa dan omma untuk Taeri. Omma baru? Kalau ada yang boleh terima Taeri, appa sendiri yang ajak dia kahwin. Macam mana?"

No Dot | JungkookWhere stories live. Discover now