04 | You?

10 5 0
                                    

Anggap sahaja hari  ini adalah hari malang buat Jieun kerana semua yang dia buat serba tak kena. Dari dia bangun tidur sampailah tiba di cafe, semuanya tak berjalan dengan baik. Sekarang apa pulak?

Lagi sekali lantai cafe dikotori oleh minuman bersusu dan pada masa yang sama seorang budak kecil jatuh akibat tergelincir di depannya. Air susu itu terpercik membasahi seluarnya dari keluaran Chanel. baru masuk kerja tau dah dapat malang macam ni. Lepas ini apa pulak?

"Kau buta ke?" datar sahaja suara Jieun apabila bercakap dengan si pelaku itu.

"Maaf."

"Kali kedua kau buat benda yang sama. kau ada dengki apa dengan aku?"

"saya dah cakap maaf kan?"

Jieun berdecit kesal. Mudah betul namja bertatu di tangan ni minta maaf.

"Kau memang patut kena banned dari cafe aku lah."

"Jangan!"

Pantas namja itu menghalang. Musnahlah hidup dia kalau kena banned dari cafe ni. Jieun memeluk tubuh dan cuba untuk menahan amarahnya.

"Macam mana kau nak ganti rugi?"

Namja itu terdiam. Macam mana dia nak ganti rugi? duit hasil kerja dia hanya cukup menyara hidupnya. Kadang ada lebih dan kadang tak cukup dan terpaksa makan ramyeon sebagai alas perut.

"Hey drummer boy, jawab soalan aku."

Chaewon cuba untuk menenangkan boss dia sekarang ni. Pelanggan mula menjadikan mereka berdua bahan tontonan sekarang ni. Dia risau nanti ada penulis blog akan menceritakan tentang keburukan cafe ni lagi. Dia tak nak semua itu berlaku kerana akan menjejaskan pekerjaannya nanti.

"Boss, coffee kat dalam ruang nanti akan sejuk. Lebih baik boss masuk kedalam. Dia biar saya yang urus."

Pujuk Chaewon tetapi tidak berjaya. Jieun masih ditempatnya sambil menatap tajam kearah namja itu.

"Appa?"

Tiba-tiba seorang budak kecil mencelah mereka bertiga. Jieun menoleh menatap budak itu yang kini memeluk namja di depannya.

"Kenapa appa lama sangat? penat Taeri tunggu."

Jieun cuba mengawal perasaan terkejutnya. Ya, dia terkejut apabila pelanggan kegemarannya mempunyai seorang appa yang cuai. Hampir sahaja namja itu di black list dari terus datang ke cafe ni.

"Jom balik. Kita beli air kat tempat lain."

Pujuk Jungkook.

"Waeyo?"

Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa yang perlu dia jawab eh?

Taeri mendongak memandang Jiuen yang sedang memasang wajah bengisnya. Buat pertama kali Taeri melihat air muka Jieun seperti ini. Selalu tersenyum je kalau mereka berdua bersemuka. tapi kali ni lain.

"Appa buat salah ke?"

Jungkook hanya diam. 

"Unnie, appa Taeri buat salah ke?"

Kini Jieun pula dia tanya. Jieun menunduk kebawah lalu menggeleng kecil.

"Jom balik. Appa ada kerja."

Tubuh taeri digendong kemas lalu dia menundukkan kepalanya tanda minta maaf.

"Maaf dengan apa yang saya buat tadi."

Ucapnya lalu keluar begitu shaja tanpa mendengarkan kata-kata yang akan keluar dari mulut Jieun. Chaewon yang berada di sebelahnya cukup terkejut apabila mengetahui siapa appa Taeri.. 

No Dot | JungkookWhere stories live. Discover now