05 | Night Club

16 3 0
                                    

Jieun masuk ke dalam club dan terus menuju kebahagian bar untuk minum sesuatu. Wine putih menjadi pilihannya malam ni. Dia bukanlah sejenis yang suka jenis minuman berat tetapi malam ini, dia sangat memerlukan minuman ini untuk menghilangkan stress.

"Sendiri je?"

Tegur seseorang yang berada disebelahnya. Jieun hanya menjelingnya dan kembali minum.

"Awak takde kawan ke?"

Lagi sekali orang disebelahnya bertanya.

"Kawan?"

Jieun menarik sudut bibirnya. Kawan? bila kali terakhir dia ada kawan? dia sendiri pun tak ingat yang dia ada kawan. Apa yang dia tahu, dia adalah seorang yang jahat masa waktu sekolah dulu. Suka menjatuh-jatuhkan orang yang lebih miskin darinya. Apabila menuju ke alam kolej, dia mempunyai kawan seorang yang bernama Hyori tetapi mereka berdua putus kawan apabila Hyori menikamnya dari belakang.

Hyori menjalinkan hubungan secara senyap-senyap dengan Taeyong iaitu namja chingu Jieun. Ingin sahaja dia membunuh mereka berdua tu dengan tangannya sendiri. Satu menggatal dengan pasangan kawan dia sendiri dan satu lagi pergi melayan.

"Buat apa ada kawan kalau kawan sendiri pun menyerupai binatang?"

Namja itu terdiam. Jieun menoleh menatap namja yang berambut hitam itu.

"Eoh, saya Niki. Dr. Niki."

Niki memperkenalkan diri dan ingin bersalaman tetapi tidak disambut oleh Jieun.

"Son Jieun."

Hanya itu yang Jieun balas. Setelah itu, Niki tidak lagi mengajaknya berbual dalam fikirannya mungkin yeoja itu ingin minum dengan tenang. Jadi dia tak nak kacau masanya.

Semasa dia sedang menikmati minumnya dan namja tu dah pergi, tiba-tiba datang lagi seorang namja mabuk duduk disebelahnya. Tengok dari penampilan dan keadaan, namja ni sedang dalam mabuk berat.

"Eoh? Son Jieun? kau ke ni?"

Soal namja itu dan hampir sahaja dirinya jatuh dari kerusi. Jieun menatap namja itu sedikit lama dan baru dia sedar namja itu pernah satu kolej dan satu kelas dengan dia.

"Kenal aku tak? Yuta. Kawan ex Namja chingu kau."

Katanya separuh ketawa.

"Yah, bekas kau tu sekarang dah kahwin dengan kawan baik kau. Bahagia betul dua bangsat tu."

"Aku dah cuba macam-macam cara nak pikat Hyori, dia pulak yang dapat."

Yuta meneguk airnya sampai habis.

"Yah, kau tak nak musnahkan rumah tangga dorang ke? sekarang Hyori tengah mengandung, takde niat nak bagi yeoja tu gugur?"

Jieun masih lagi diam. namja ni kalau mabuk, semua benda dia nak cerita dan Jieun langsung tak berminat nak dengar. Dah kalau dorang dua jodoh, nak buat macam mana? buat lah apa sekali pun. Dah kalau takdir cakap mereka untuk bersama, sampai mati lah akan hidup bersama.

"Yah!"

Tiba-tiba Yuta merangkul bahunya. Dia cuba untuk tenang dan tak buat masalah sekarang. Dia datang sini untuk bertenang bukan untuk cari masalah. Tapi bila namja ni pandang dia lain macam, di saat tu jugalah dia menolak Yuta sehingga jatuh.

Yuta ketawa dan kembali bangun.

"Apa kata kita one night stand?"

Yuta memaparkan senyuman nakalnya. Dia melihat Jieun atas bawah sambil mengigit bibirnya. Dalam kepala dia sedang bermain perkara yang cukup fantastik.

"Come with me."

Dia cuba untuk menyentuh Jieun lagi. Belum sempat Jieun ingin menolaknya menjauh, tiba-tiba satu tangan menarik belakang Yuta dan membuatkan namja itu terjatuh ke lantai.

No Dot | JungkookWhere stories live. Discover now